Episode [23]

1.5K 56 2
                                    

"Wanginya..." Tersentak bunga bila dia merasa suaminya benar benar dekat dibelakangnya. Dada terasa nak pecah bila danish melendokkan dagunya dibahu bunga.

Bunga terkaku tak mampu berbuat apa apa. Sejak hubungan mereka baik danish semakin manja dan itu membuat bunga merasa bahagia. Semoga bahaga ini kekal hingga ke jannah.

"Sayang fikir apa?" Soal danish seraya menghadapkan tubuh bunga ke arahnya. Terkebil kebil bunga.

"Tak fikir apa." Jawab bunga nada suara lembut itu mengancam gelora jiwa danish.

Danish senyum nipis. Pipi kanan bunga di kucup sekilas. Terbeliak biji mata bunga.

"Iloveyou." Bisik danish lembut. Penuh rasa cinta yang membuak buak.

Bunga menahan senyuman rasa malu melanda jiwa. Alahai malu malu pula.

Kedua bahu bunga dipegang membuat bunga mendongak dengan muka blur.

"Tak balas pun?"

Bunga tersengih.

"Iloveyoumore danish." Danish cukup tidak berpuas hati dengan balasan ucapan cinta isterinya! Nampak sangat bunga sekadar mengucap dengan bibir namun tidak ikhas di hati!

Meletus tawa bunga tengok riaksi danish. Dia saja aje kenakan danish. Hehe

Danish berpeluk tubuh mata dikecilkan tanda dia marah marah manjo lah dekat bunga. Gila nak marah betul sayang bini kut!

Aih bini aku ni pun sengajalah tu nak kenakan aku. Cis!

"Sayang gelak lagi. Saya merajuk." Mendengar amaran keras itu bunga ketap bibir.

"Saya gurau aje lah. Awak ni serius sangat." Bunga mengengam tangan danish erat. Dalam diam danish suka! Jarang bunga nak sweet sweet macam ni selalupun dia sajalah jadi sweet romantik. Isi bakul angkat sendiri.

"Dah sayang tak ikhlas nak ungkapkan rasa cinta itu memanglah saya merajuk. Cuba betul betul dah lama saya angkat sayang masuk bilik." Kata danish sedikit nakal. Eh bukan sikit tapi banyak!

Bunga tayang muka rimas. Tak habis lagi perangai miang laki aku ni.

Danish merenung lama arah bunga. Menunggu balasan yang ikhlas dari bunga. Aih kalau bini aku tak balas juga aku terjun dekat balkoni ni kang. Desis hati danish geram!

"Sayang!" Perkataan 'sayang' ditekankan. Nak naik angin danish macam ni bila bunga seolah bertarik tali.

Bunga memandang danish sekilas sebelum pandangannya jatuh ke arah matahari yang hampir terbenam itu. Danish hampir berputus asa.

Tapi...

Panahan bebola mata bunga mensyahdukan irama di dalam hati danish. Walaupun danish tahu jawaban itu tapi dia nak juga dengar ayat itu selalu dari bibir bunga! Dia gila? Yes memang dia gila. Gila kerana terlalu mencintai bunga.

Tangan danish dibawa kebibir dicium lembut. Berkerut dahi danish. Lain macam aura bini aku petang ni.

"Saya mencintai awak danish fakri kerana allah. Insyallah." Hati danish tersentuh walaupun singkat tapi penuh makna!

Senyuman danish semakin lebar.

Danish menarik lembut tubuh bunga dan dipeluk erat.

"Insyallah sayang."

ΔΔΔΔΔΔΔ

Aktiviti memasaknya terganggu bila loceng rumahnya berbunyi minta dibuka. Siapa yang datang pagi pagi ni!

Dengan malasnya dia menuju ke ruang tamu. Mana pula kak murni ni? Terpaksalah aku buka sendiri.

Lalu dia membuka pintu rumahnya.

Terbit rasa pelik. Siapa gadis cantik ini?

Zalikha menghulurkan senyum nipis tapi tak ikhlas. Amyra senyum kekok. Amboi main senyum senyum pula minah ni.

"Siapa ea?" Tanya amyra sopan.

"Oh. I zalikha. Bytheway.. You amyra?" Macam mana gadis bernama zalikha ini tahu namanya? Kawan kolej ke? Tapi macam tak aje.

Amyra angguk kan saja. Jangan girlfriend akmal sudah! Memang habis suaminya itu diterajang teruk.

Zalikha tahu. Amyra adalah kunci untuk menghancurkan rumah tangga bunga dan danish! Dia dah siasat detail about nur bunga. Senang kerja!

"Maaf sebab datang tiba tiba. Sebenarnya i ada benda nak beritahu you. Boleh i masuk?" Masih ragu ragu tapi gadis ini seperti tiada tanda tanda berniat jahat.

"Masuklah." Pintu ditutup. Amyra melabuhkan punggung bertentangan zalikha.

"Erm. Apa yang cik nak beritahu saya. Penting ke?" Soal amyra.

"You kenal siapa nur bunga firdaus?" Berubah 360darjah amyra bila di tanya soalan itu. Siapa gadis ini sebenarnya?

Amyra sedaya upaya tenangkan hatinya takut kalau emosinya terganggu baby dalam kandunganya akan terjejas bahaya.

"Cik siapa sebenarnya? Saya tak rasa saya kenal cik zalikha sebelum ni." Amyra kembali tenang.

Zalikha rasa rimas pula, banyak tanya betul lah minah ni. Sepucuk gambar di campak di meja berdekatan amyra.

Amyra mengambil gambar gambar tersebut. Mulutnya ternganga. Allahuakbar!

Amyra menanggis terkejut apa yang di lihat saat ini. Gambar gambar bermula dari pertama bunga dibawa ke hospital dengan berlumuh darah seluruh tubuhnya wajahnya allahu! Dan beberapa keping gambar lagi tapi wajah bunga sudah berubah lain! Bunga kah ini?

"Ini semua tipu kan? Saya..

Amyra mati kata.

"Ini adalah nur bunga. Bunga belum mati!"

Lantang suara zalikha di ruangan itu. Adakah benar semua ini?

"Kalau you tak percaya. Tengok record hospital dimana bunga di rawat dulu." Sampul berwarna putih itu disambut dari huluran zalikha. Bergetar getar jari jemari amyra membuka sampul tersebut.

Sekali lagi amyra ternganga. Jadi selama ini bunga masih hidup? Tapi dah tukar muka lain sebab muka bunga dulu hancur?

Nama pesakit:Nur bunga Firdaus
TarikhLahir:24/9/1994|
Tempat:Hospital Qaseh
Disjcharge:8/30/2011

2011? Amyra cuba ingat peristiwa lama yang sentiasa menganggu mimpi indahnya itu jadi bunga koma selama 2 tahun?. Dan sekarang bunga masih hidup? Aku ada kesempatan lagi untuk minta maaf. Dalam sedih ada terselit bahagia

"Mana cik tahu semua ni?" Record hospital bunga digengam kuat. Ya allah bunga maafkan aku sebab tak cari kau selama ni.

Kali ini zalikha pula termati kutu.

"I.. I kawan suami bunga." Kata zalikha selamba. Janji tak kantoi niat sebenarnya.

"Suami?" Soal amyra. Bunga dah kahwin?

"Kenal danish fakri." Nama yang disebut zalikha sungguh amyra kenal. Siapa tidak kenal lelaki bernama danish fakri yang penyebab amyra sanggup membunuh bunga dulu.

Tidak mengangguk mahupun mengeleng. Amyra masih menunggu kata seterusnya.

"Itulah suami bunga. Danish fakri." Kata zalikha penuh sinis.

Terbuntang amyra. Suami? Danish fakri?!


Bersambung..
Ini kah rahsia 10 tahun lepas itu?

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now