Bunyi gerun petir menganggu lenanya.
Kedua kelopak mata dibuka perlahan lahan. Ah! Kenapa kepala aku berdenyut denyut ni macam kena hempas batu pun ada. Dia duduk bersandar di bucuk katil sambil tangan naik memicit.
Beberapa saat kemudian bunga tersedar sesuatu. Adakah semua itu mimpi? Kenapa seperti realiti? Hari ni haribulan berapa?
Dalam mencari telefonnya, tiba tiba bunga terdengar kuakkan pintu dari tandas?!
"Dah bangun." Suara itu jelas sekali bunga kenal!
Bunga mendongak dengan riak terkejut. Kejap! Ni danish kan? Apa dia buat dekat bilik aku ni?
Bunga diam. Masih terkejut.
Danish selamba duduk dekat sebelah bunga. Aih belum sempat pun danish mencium dahi bunga waktu akad nikah siang tadi bunga dah jatuh pengsan.
Tangan danish menyentuh kedua pipi bunga sebelum beralih ke dahinya. Mahu tak merah muka bunga di perlakukan sebegitu.
"Dah ok kan?" Tanya danish sedikit mendatar.
"Awak buat apa dekat bilik saya ni?" Tanya bunga pula tanpa membalas pertanyaan danish.
Degupan jantung bunga semakin kencang. Adakah semuanya itu nyata? Aku dah kahwin dengan danish? Lelaki yang aku cintai? Ah! Aku masih tak percaya.
Lamunan bunga terhenti bila danish selamba mencium pipi kanannya.
Terbeliak biji mata bunga.
"Eh"
Danish senyum kecil. Blur benar minah ni.
"Apa eh?" Usik danish
Berkerut dahi bunga.
"Saya tanya kan yang awak cium saya kenapa. Haram tau tak." Marah bunga tanpa sedar hujung katanya mengundang senyuman nakal dibibir danish. Dah kenapa senyum macam tu.
"Apa yang haram? Tak salah pun aku cium kau, kita sama sama dapat pahala. Kalau nak lebih pahala kena tutup lampu." Sakat danish nakal yang amat.
Ish mamat ni main main pula.
Eh? Dapat pahala? Jadi....
Bunga telan airliur.
"Jadi.... Saya tak mimpi lah petang tadi masa akad nikah semua tu? Jap! Tapi macam mana awak boleh jadi bakal suami saya mana azmi?" Bibir diketap tak sengaja sebut nama azmi. Danish menghela nafas panjang.
"Kenapa? Kau nak kahwin dengan dia? Berharap yang dia tu bakal suami kau? Hm?" Soal danish bertubi tubi. Cemburu ke?
"Bukan tu maksud saya, saya masih keliru." Jujur bunga. Mahu pecah otaknya memikirkan semua ini. Sungguh misteri...
Tenang danish... Isteri kau tengah keliru tu jangan nak tunjuk sangat cemburu buta kau tu.
Kedua tangan bunga diraih.
"Kau perasan tak umi selalu ke bandar?"
Bunga mengangguk. Hairan juga bunga sikap umi sedikit pelik ke bandar tanpa pengetahuan bunga, kalau ditanya ada urusan kerja. Takkanlah umi bohong?
"Sebenarnya, umi jumpa aku. First sekali tu umi masih berkeras taknak aku terima aku. Tapi aku tetap berusaha untuk pujuk umi. Lagipun kita kan saling mencintai satu sama lain itu membuat umi berfikir. Dan akhirnya umi setuju. And aku dah janji akan bahagiakan kau hingga akhir hayat hidup aku." Ujar danish lebar.
Mencintai satu sama lain? Uh entah entah aku saja cintakan dia, dia tak pun!
"Pasal azmi pula. Memang mengamuklah mamat tu sampai tumbuk aku. Susah dia nak terima tapi umi dah setuju. Diia tak boleh buat apa apa selain redha yang kauorang memang tak ada jodoh." Sehari sebelum pernikahan mereka, umi dan danish menemui azmi dan memberitahu perkara sebenar sebelah pipi kemerahan hasil tumbukkan padu azmi. Atas pujukkan umi azmi mungkin redha? Ya mungkin.
Tiada respon dari bunga melainkan mendiamkan diri.
"Kenapa ni?" Tanya danish risau
"Awak tau tak perasaan saya selama awak menghilang sebulan." Bicara bunga sekian lama mendiam diri.
Tangan ditarik semula. Danish tersentak.
"Susah ke awak nak jujur dengan saya? Awak boleh fikir tak macam mana kalau saya betul betul tawar hati dengan awak?"
"Aku minta maaf." Pinta danish kesal dengan tingkahnya. Kadang kadang dia tak sedar perbuatannya mengundang kelukaan pada seseorang yang dia cintai.
"Sudahlah. Saya nak tidur." Bunga bingkas bangun dari katil.
"Kau nak pergi mana?" Tanya danish. Gaya macam nak keluar.
"Saya nak tidur dengan umi." Mendengar saja kata kata bunga. Sepantas kilat danish menuju arah bunga dan mengunci bilik itu semula.
"Aku tak izinkan!" Suara danish di tegaskan sedikit.
"Saya taknak tidur dengan awak." Sikap bunga semakin dingin. Sebenarnya dia suka danish menjadi suaminya itulah selama ini dia idam idamkan cuma.. Pasal gambar..
"Tepilah danish." Belum sempat bunga memulas tombol pintu. Badannya terlebih dahulu dicempung oleh suaminya.
Danish!
Bunga di hentak ke katil bukan kuat pun.
"Sejak bila jadi degil ni?" Danish berpeluk tubuh sambil merenung bunga lama. Cantik! Getus hati danish. Sempat lagi!
Bunga duduk tegak. Taknak baring baring macam tu kang danish terkam habis hancur merajuknya!
"Aku tanya jawablah." Ulang danish geram
"Saya ngantuk nak tidur." Kata bunga tanpa memandang wajah danish. Menyampah!
"Tapi saya taknak awak tidur dekat saya." Bunga memberi amaran. Dalam diam danish mengeluh. Ingatkan dah kahwin ni bolehlah peluk peluk ni tak! Nasiblah kau danish siapa suruh tak jujur.
"Dengar tak?" Seperti burung merpati mengangguk angguk mendengar amaran si isteri.
'Bertemankan bantal ajelah aku malam ni!' Gumam hati danish.
ΔΔΔΔΔΔΔ
Tepukkan seseorang dibahu menyedarkan dia ke alam realiti.
"Abah tengok sejak balik dari majlis nikah danish amar asyik termenung. Kenapa ank abah pun nak kahwin juga ke." Gurau abah membuat amar senyum kecil.
Abah duduk sebelah amar.
"Takdelah bah. Amar cuma penat sikit." Bukan taknak jujur cuma amar tak mahu abahnya risau.
Abah mengangguk faham.
"Bah."
Abah menoleh arah amar setelah mendengar panggilan itu.
Amar masih ragu ragu hendak menanyakan sesuatu pada abahnya.
"Amar tanya ni abah jangan marah eh." Kata amar takut takut.
"Eh ke situ pula kamu ni." Abah mengeleng sendiri. Macam macam anak terunanya ini.
Amar tersengih. Amar tahu sejak kecil abah melayannya sangat baik sehingga tidak pernah sedikit pun abah tinggikan suara jauh sekali memukul, cuma abah juga akan bersikap tegas jika ada salah dimata abah.
"Kamu nak tanya apa?"
Amar kembali serius. Ya allah berikanlah aku kekuatan.
"Amar nak tahu... Dr mana yang operation arwah kak bunga 10 tahun lepas. Mesti abah tahu kan." Jantung rasa nak tercabut tanya soalan macam ni dekat abah.
Abah diam sejenak.
"Kenapa amar nak tahu? Benda dah lepas kan kita lupakan sajalah, arwah kak bunga pun dah tenang di alam sana kita disini kena teruskan hidup." Dah agak! Itu akan menjadi jawaban abah!
"Tapi abah amar cuma nak tahu siapa dr tu." Desak amar. Beritahulah abah!
"Sudahlah amar. Kita lupakan saja perkara yang sudah lama. Abah naik atas dulu." Abah berlalu ke bilik. Meninggalkan amar sendirian.
Bersambung...
Jangan lupa vote and komen guys!
YOU ARE READING
Rain After I Meet You✔
RomanceApabila Cinta Mula Berputik Rahsia Terbesar Terbongkar Akibat Kekecewaan Dalam Jiwa "Nur Bunga Binti Firdaus... Aku ceraikan kau dengan talak satu."-Danish Fakri Namun Rahsia Yang Tersimpan Adalah Kisah Silam Yang Pernah Menjadi Kenangan Terindah. N...