Tok!Tok!
Di biarkan saja ketukkan pintu itu ini dah masuk berapa kali si danish tu datang memujuk. Cuma bunga je jual mahal. Marah? Dah hilang beberapa jam yang lalu yang tinggal hanyalah rajuk nya!Bunga baring memejamkan mata nya. Perut nya berbunyi. Lapar... Tapi kalau keluar mesti danish pujuk! Aip merajuk tapi taknak kena pujuk? Pelik pelik.
Lalu bunga duduk mengusap perut nya.
"Mesti anak mama lapar kan." Sekali lagi perut nya berbunyi. Betul lah tu lapar. Adu macam mana ni.
Nak keluar? Tapi danish ada! Ishhh! Tak keluar.. Kesian pula dekat baby lapar.
Kali ini dia berjanji pada diri nya kalau pintu di ketuk lagi. Dia akan keluar dan terus memeluk danish! Sebab dia lapar sangat.. Otak tak boleh nak fikir sangat.
Selang beberapa minit. Kedengaran pintu di ketuk. Bunga senyum ceria!
Apabila bunga membuka pintu. Perasaan hampa di rasai. Eh tapi apa minah ni buat dekat sini.
"Kau buat apa dekat sini?" Tanya bunga hairan
Ryssa tersengih. Pelik gila! Dah tengah malam kut siapa hantar ryssa ke sini? Mustahil danish.
"Kita masuk bilik dulu nanti aku cerita." Mata bunga meliar liar mencari si suami. Mana pula danish ni. Lalu bunga tutup pintu bilik nya rapat. Dan menuju arah ryssa di birai katil.
"Ceritalah. Macam mana kau boleh ada dekat sini." Tak sabar bunga.
"Ok.. Macam ni. Petang tadi zarul call aku. Lepas tu nak jemput aku datang sini sebab danish call zarul suruh aku datang sini sebab kau merajuk."
Bunga ternganga. Sampai macam tu sekali danish buat sampai nak call zarul bagai suh ryssa datang sini. Alahai cair weh cair!
Bibir di muncungkan ke depan sambil berpeluk tubuh.
"Hah... Tak elok buat muka macam tu. Dengan aku takpe jangan suami. Ingat tau danish tu suami kau syurga kau terletak pada suami kau. Kalau ada masalah bincanglah elok elok janganlah merajuk sampai kunci pintu. Kesian suami kau tu." Pujuk ryssa lembut.
"Kau tak tahu apa dia buat dekat aku!"
Ryssa mengeleng perlahan.
"Ya. Tapi buruk macam mana sekali pun suami kau. Dia tetap suami kau. Kau patut hormat dia." Bukan niat ingin masuk campur tetapi hanya dia saja yang bunga ingin meluah rasa.
Wajah di tunduk kan sayu. Rasa bersalah menyerang seluruh diri nya. Apa yang ryssa katakan itu adalah benar belaka. Patut nya dia beri kan danish peluang untuk jelaskan semua nya.
"Aku tahu. Kau sayangkan danish kan?" Tidak mengeleng mahu pun mengangguk
Sayang? Jangan katakan sayang malah cinta nya pada danish seumpama air lautan di dunia begitu luas begitu besar. Cuma hormon nya tak stabil menyebabkan dia ikutkan perasaan.
"Eleh. Kalau tak sayang tak ada nya baby dalam perut kau tu." Usik ryssa nakal. Merah padam pipi bunga.
Lengan ryssa di cubit manja!
"Ish! Tak senonohlah kau ni." Kata bunga tergelak kecil. Lega sedikit hati nya dengan kehadiran ryssa. Pandai juga danish pujuk! Takpe lepas ni biar saya pula pujuk awak!
ΔΔΔΔΔΔΔ
"Aku masuk bilik dululah. Kau tu jangan nak merajuk sangat." Pesan ryssa sebelum melangkah meninggalkan bunga di dapur sendirian. Bunga duduk termenung.Suapan yang entah ke berapa kali di hadam ke dalam mulut nya.
Tiba tiba bunga tersedak. Ini padah nya kalau makan tak ingat dunia!
YOU ARE READING
Rain After I Meet You✔
RomanceApabila Cinta Mula Berputik Rahsia Terbesar Terbongkar Akibat Kekecewaan Dalam Jiwa "Nur Bunga Binti Firdaus... Aku ceraikan kau dengan talak satu."-Danish Fakri Namun Rahsia Yang Tersimpan Adalah Kisah Silam Yang Pernah Menjadi Kenangan Terindah. N...