Episode [8]

1.9K 88 10
                                    

Esok akan berlangsung majlis pertunangan bunga dan azmi. Tapi sedikit pun bunga tiada rasa teruja malah bunga rasa betul kah keputusannya ini?

Bunga duduk dibirai katil memikirkan apa akan jadi pada hari esok. Dalam masa yang sama fikiran bunga teringat pada danish.

{Flashback}

"Berapa umur awak?" Tanya bunga.

Danish lantas menoleh arah bunga.

"26. Masih single." Gurau danish. Entah kenapa hatinya suka sekali bergurau dengan bunga. Walhal itu bukannya style danish.

Bunga mengeleng kepala sendiri.

"Kenapa kau tanya? Kau nak kahwin dengan aku ke?" Terbeliak biji mata bunga.

"Tak ada, saya saja tanya." Nafi bunga.

Danish kembali memandang keindahan suasana kampung. Bunga pula berperang dengan perasaan yang dialaminya saat ini.

Kalau aku cakap aku suka danish agak agak apa riaksi dia? Aih bunga! Kau dah to much ni!

"Danish." Panggil bunga setelah beberapa minit berdiam.

Danish tidak memandang bunga tapi dia dengar.

"Saya tanya ni jangan marah tau. Awak ada sukakan seseorang?" Danish terkedu.

Bunga ketap bibir. Aku salah cakap kah? Asal mamat ni diam aje.

"Ada."

Kali ini bunga pula terkedu.

"Siapa?"

Danish merenung bunga lama.

"Tak ada!" Terkerut dahi bunga.

"Apa yang tak ada?" Tanya bunga hairan

"Eh kau ni banyak tanyalah. Mengalahkan wartawan pula." Perli danish.

Bunga sengih kerang busuk.

"Kau tanya aku.. Kau pun ada suka kan someone ke?" Tanya danish semula. Tak acilah kan kalau bunga saja tanya tentang dia.

Bunga melarikan matanya ke arah lain. Weh hati jangan berdebar! Kang hujan habis. Ya sejak pertama kali lagi bunga dapat tahu apabila hatinya berdebar pada seseorang (danish) pasti akan hujan.

Danish berpeluk tubuh. Tadi bukan beria lagi minah ni.

"Ada tak?" Sambung danish sedikit desakkan.

Bunga mengangguk selepas itu mengeleng.

"Mana satu kau ni." Geram danish.

"Saya tak tahu. Saya balik dululah umi dah panggil." Bunga bingkas bangun dan pergi meninggalkan danish. Danish hanya melihat bunga dari jauh. Macam macam.

ΔΔΔ

Setelah itu bunga tersedar dari lamunannya apabila tingkap diketuk dari luar. Siapa pula ketuk malam malam ni. Seram pula.

Bunga pantas bangun dan mengikat rambutnya. Jam di meja solek dipandang
10:10

Dengan bacaan bismillah. Bunga membuka tingkap seluas mungkin. Namun tiada apa. Hanya kendengaran bunyi burung hantu. Agaknya aku salah dengar kut.

Belum sempat pun bunga menutup kembali tiba tiba ada figura muncul benar benar dihadapannya. Terbuntang bunga dibuatnya.

Dan belum sempat pun bunga menjerit dia bertindak pantas menekup mulut bunga. Hoodie dibuka.

Kali ini bunga benar benar terkejut.

"Danish?" Teka bunga samar samar cahaya bulan menerangi

Danish menunduk sayu.

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now