Episode[7]

2K 98 5
                                    

Seminggu kemudian...

Selesai menunaikan solat asar. Bunga duduk termenung airmata bergenang. Ya allah sungguh aku tak kuat.

Awal sangatkah dia jatuh cinta? Salahkah dia jatuh cinta?

Ketukkan pintu menghentikan lamunan bunga. Cepat cepat bunga melipat sejadah membuka pintu.

"Bunga. Ada seseorang nak jumpa bunga." Kata umi

Bunga hairan. Siapa? Danish kah?

Tanpa melengahkan masa bunga mengikuti umi.

Sampai saja di ruang tamu. Lelaki itu membelakangi jadi bunga tidak dapat melihat jelas. Umi mengusap ubun ubun bunga sebelum meninggalkan bunga.

Entah kenapa bunga berdebar debar. Lalu bunga menghampiri lelaki yang duduk di sofa itu.

Assalamualaikum

Azmi membalas salam bunga dan menoleh dengan senyuman manis. Dalam diam bunga rasa hampa.

Bunga duduk bertentangan azmi.

"Apa khabar bunga?" Tanya azmi

Bunga senyum kelat.

"Alhamdulilah baik." Balas bunga lemah.

Azmi tidak tahu hendak mulakan dari mana.

"Abang buat apa dekat sini? Tak kerja?"

Azmi mengeleng.

"Abang cuti. Bunga boleh abang tanya bunga sesuatu." Azmi takut kalau terlambat hati ini bila bila masa boleh berubah.

Bunga mengangguk sahaja.

Azmi menarik nafas dalam dalam.

"Bunga ada sukakan seseorang?" Bunga terkejut dengan soalan azmi.

Tangannya digengam erat, walaupun ada orang itu bukan miliknya.

Melihat bunga diam. Azmi yakin bunga masih belum mempunyai perasaan istimewa pada sesiapa. Biarlah azmi orang pertama menjejaki hati bunga.

"Bunga." Panggil azmi lembut.

Bunga mendongak.

"Abang sayangkan bunga." Luah azmi jujur. Bunga terpinga pinga. Dia faham cuma terkejut.

Kotak sederhana itu diberikan pada bunga. Bunga mengambil. Dan membuka kotak itu. Cincin?

"Kahwin dengan abang, abang janji akan bahagiakan bunga." Bunga benar benar terkejut.

"Abang...

"Shhh... Bunga dah ambil cincin tu maknanya sekarang bunga milik abang." Azmi bingkas bangun. Dan berlutut dihadapan bunga.

"Abang ikhlas sayangkan bunga."

Bunga masih dalam dilema.



ΔΔΔΔΔΔΔ

Saya taknak ikut!

Zarul mengaru garukan kepalanya yang tidak gatal. Mujur saja dalam talian kalau face to face sudah lama anak buahnya ini dilenyek lenyek.

"Ini kan projek kau. Kau kena ada!." Tegas zarul.

"Pakcik boleh handle walaupun saya tiada. " Danish masih berkeras. Bukan taknak tapi ini soal perasaan.

"Takde! Esok aku jumpa kau dekat kampung cahaya. Nanti aku bagi location."

Belum sempat pun danish menjawab panggilan di tamatkan serta merta.

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now