Episode [22]

1.5K 58 1
                                    

"Danish tak turun sekali?" Soal papa sebaik saja melihat bunga melabuhkan punggung di kerusi bertentangan papa.

Dalam diam bunga terkaku. Tidak tahu nak jawab apa. Takkan nak beritahu papa yang mereka sekarng ni tengah gaduh? Memang taklah!

Bunga menghela nafas berat

Tansri hamzah merasakan ada masalah di antara danish dan bunga. Selalunya danish akan berkepit dibawah ketiak bunga macam kucing parsi. Tapi lain pula hari ini.

"Hm.. Danish mandi pa. Kejap lagi turunlah tu." Kata bunga main teka saja. Last bunga lihat danish tidur. Mungkin sekarang dah bangun kut?

Haraplah papa percaya dan tak banyak soal. Tak kuat rasanya hati ini nak menjawab.

Belum sempat bunga bangun tiba tiba kerusi disebelahnya ditarik. Automatik bunga memandang arah danish.

"Aik danish bunga kata tadi kamu mandi. Papa tengok macam baru bangun aje." Perli tansri hamzah. Memang ada something wrong ni.

Bulat mata bunga. Ish mamat ni pun satu kalau ya pun mandilah dulu, ni tak pasal pasal kantoi!

Danish telan airliur. Aku ada buat salah ke? Lain macam bunga pandang arahnya. Takut..

"Oh! Mungkin bunga ingat danish nak mandi tapi sebenarnya danish nak pee. Kan sayang?" Pandai mamat ni coverline takpelah janji papa tak tahu. Bunga paksa ukir senyuman paling manis.

Tansri hamzah hanya mengeleng kepala sendiri.

"Bunga nak buat air sirap dulu." Bertaut kening danish merenung bunga.

"Sayang nak buat air? Mak iti mana?" Soal danish hairan.

Mak iti tu cuti tiap hari isnin! Itulah asyik fikir zalikha saja orang sekeliling pun tak tahu! Marah bunga dalam hati.

Ikutkan hati mahu saja soalan danish dibiarkan tapi memandang bapa mertuanya ada disini jadi dia taknak kurang ajar dengan danish. Hormat suami gitu.

"Sayang?" Suara danish mengembalikan bunga ke realiti.

"Mak iti cuti." Jawab bunga dingin terus berlalu dari situ.

Danish mengeluh lemah. Sudah 3 hari bunga bersikap dingin padanya. Dia sangat rindukan bunga.. Sikap bunga yang lurus sikap bunga yang selalu membuat jiwa raganya lapang.. Rindu semuanya termasuk membuli bunga.

"Danish.. Masalah takkan selesai dengan mengeluh. Usaha itu penting." Kata tansri hamzah seolah memahami apa yang dialami anak lelakinya.

Walaupun terkejut. Lama kelamaan danish mengangguk lemah



ΔΔΔΔΔΔΔ
Kesokkan Hari...

"Excuse me? I nak jumpa danish. Ada?" Walaupun belum tahu siapa gelaran tersebut namun bunga dapat teka. Zalikha

Bunga masih menatap kerja diatas meja. Langsung tidak memandang pada zalikha. Sikit pun tak!

Panas hati zalikha di layan seperti dia tak wujud di depan bunga.

"Hello! I tanya you danish ada or tak ada? Susah ke soalan i tu! Jangan sebabkan you ni isteri danish. You boleh layan i macam ni." Bunga cuba menahan sabar.

"Danis--

Pintu dikuak dari dalam. Kedua duanya memandang tepat arah danish. Namun bunga cepat cepat melarikan pandangannya. Hatinya masih sakit apatah lagi sekarang!

Mulalah senyuman mengoda zalikha diserlahkan khas untuk danish. Dalam hati bunga tertanya juga. Zalikha ni tak tahu malu ke? Ke memang jenis takkan tahu malu gedik dengan suami orang? Ikutkan hati rasa nak tarik aje rambut tu sampai botak! Hahaha padan muka. Tanpa sedar bunga tergelak kecil. Membuat danish tersenyum. Apalah yang membuat isterinya ini gelak.

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now