Episode [2]

2.9K 120 2
                                    

Hanya radio bergemar di kereta. Masing masing mendiamkan diri, sorang main henfon lagi sorang termenung pandang hujan lebat di luar.

Berduaan dengan lelaki dalam kereta? Ini pertama kali dalam hidup bunga terjebak bersama lelaki yang telah menghancurkan basikal sekaligus strawberry uminya!

Bunga melirik arah danish yang sibuk bermain henfon, dalam kerisauan ada sesuatu menarik perhatian bunga. Bunga penasaran apabila jantung berdebar tiba tiba, entahlah mungkin sebab terlampau takut+risau lagi sebab tu jantungnya berdebar. Kan?

Telefon milik bunga berdering dalam begnya, terpapar nama Umi. Sepantas kilat bunga menjawab.

"Assalamualaikum bunga." Bunga pejam mata buat seketika sebelum membalas salam umi.

"Bunga dekat mana? Azmi call umi katanya strawberry belum sampai lagi, bunga tak apa apa?"

Bunga hendak menanggis saat ini.

"Er.. Bunga dekat gerai umi tiba tiba aje hujan lebat jadi bunga tak sempat ke Fruits. Maafkan bunga." Bohong bunga walhal dalam hati sudah menebal rasa bersalah terharap umi. Kalaulah umi tahu...

"Yala. Bunga hati hati jangan lupa solat makan, ingat ada sesuatu berlaku terus call umi."

"Baiklah umi. Walaikumsalam." Talian dimatikan bunga termenung jauh.

"Kenapa kau tipu?" Bunga diam.

"Saya taknak umi risau, lagipun saya nak jawab apa kalau umi tanya strawberry yang dah hancur tu. Kalau tak disebabkan awak semua ni takkan berlaku." Rungut bunga pada danish. Danish menghela nafas berat. Menyesal pula tanya

Danish menyambung aktiviti sebentar tadi.

"Saya nak balik." Suara bunga menyebabkan anak panah tersasar. Game over! Danish memandang bunga tajam. Terkebil kebil bunga dipandang begitu

"Saya nak balik." Bunga dah macam budak yang nak ajak balik rumah.

"Kau nak balik, balik ajelah! Sibuk kacau aku kenapa!" Tengking danish

Hujan pun masih lebat nak balik konon.

"Saya tak tahu nak buka pintu ni macam mana!"

Danish menahan gelak.

"Eh! Awak tak payah nak gelak kalau saya tahu dah lama saya pergi dari kereta awak ni tau." Wajah danish berubah kembali tegang, bunga berpeluk tubuh dek kesejukan.

Patutlah tadi bunga blur nak masuk kereta rupanya tak pandai nak buka pintu, disebabkan rasa kasihan danish dengan rela hati membukakan pintu untuk bunga.

"Kau balik macam mana? Basikal kau kan dah rosak, lepas tu strawberry kau dah hancur? Kau nak jawab apa dengan umi kau." Betul juga cakap mamat ni. Aduh macam mana ni.

"Saya tak ada pilihan lain. Tak apalah saya kenal umi macam mana, umi mesti faham." Kata bunga tenang.

Wang bernilai 500 dihulurkan pada bunga. Bunga terkelu bersilih ganti pandangannya terhadap duit dan danish.

"Apa ni?"

"Ganti rugi sebab dah langgar basikal dengan strawberry. Tak cukup ke?" Bunga pantas mengeleng laju.

"Bukan! Erm saya tak boleh ambil duit ni, awak simpan sajalah. Saya minta diri dulu." Mungkin nasib membelahi diri bunga tiba tiba pintu terbuka. Eh alhamdulilah akhirnya dapat buka juga.

Danish mengangkat bahu saja. Orang taknak takkan nak paksa pula.

Danish buka tingkap keretanya, hujan lebat tadi sudah mulai redah.

ΔΔΔΔΔΔΔ

2 hari selepas balik dari bandar. Bunga terkena demam panas dek berjalan kaki selama 2 jam setengah, terkejut umi melihat wajah pucat anak daranya.

Tuala di dahi bunga ditukarkan dengan yang baru. Umi mengusap wajah bunga penuh kasih sayang.

Umi..

Bunga mengigau memangil nama umi. Umi mengengam erat tangan bunga.

"Umi ada ni bunga." Perlahan lahan kelopak mata bunga buka.

"Bunga dekat mana umi." Tanya bunga lemah. Aku mimpi lagi ke?

"Rumah kita bunga. Dah bunga rehat umi nak hidang bubur untuk bunga." Bunga mengangguk. Setelah umi berlalu bunga bingkas duduk.

"Aku mimpi ke?" Tangan naik memegang dada. Dupdapdupdap!

ΔΔΔΔΔΔΔ

Danish!

Danish tahu dan kenal siapa yang kurang ajar sesuka hati masuk pejabatnya tak lain tak bukan ms zalikha. Zalikha selamba saja menerjah masuk pejabat bakal tunangnya.

Danish berpura pura sibuk menaip sesuatu di komputer depannya. Jujur dia rimas dengan sikap zalikha yng suka memaksa.

"Sayang..." Suara sengaja dimanja

Danish meluat dengar gelaran tersebut.

"I sibuk." Kata danish tanpa memandang zalikha yang lenggok terliuk itu. Lantak ah! Tak ada hati nak pandang

"You memang taknak bagi i peluang kan untuk buktikan betapa i cintakan you. Danish i janji kalau you jadikan i isteri you. You takkan menyesal." Mengarut! Desis hati danish

"I dah cakap sebelum ni kan, celah mana yang you tak faham." Kali ini danish memandang tepat arah zalikha.

Zalikha masih tak berputus asa.

"Kenapa you nak jual mahal sangat ni! I cintakan you." Danish terkedu

"Danish!"

"Stop it!" Dah hilang sabar dengan zalikha tak habis habis memaksa.

"I takkan cintakan you, dan sampai bila bila pun tak akan. Faham, so please keluar." Suara tegas danish membuat zalikha angkat punggung dari pejabat danish.

Danish bersandar dengan perasaan bercampur baur.

"Bunga.... I miss you." Bila mata pejam pasti wajah bunga muncul. Tiba tiba saja wajah bunga hilang dan muncul seseorang tersenyum manis arah danish.

Terbuka luas mata danish.

"Astagafillulahalazim." Danish mengucap wajah diraup berkali kali.

Bayangan bunga hilang dan muncul seseorang yang danish kenal beberapa hari lalu? Timbul tanda tanya di hati danish.

Danish sedar yang dia sudah fikir terlalu jauh. Danish menyambung kerjaannya. Namun beberapa minit kemudian pintu diketuk.

"Masuk!"

"Encik danish. Tansri hamzah nak jumpa encik danish." Danish mengarahkan melina untuk membawa tansri hamzah masuk. Danish berdiri tegak setelah tansri hamzah masuk.

Danish menunduk hormat.

"Apa khabar danish?" Tanya tansri hamzah sebaik saja melabuhkan punggung berdepan danish.

"Alhamdulilah sihat. Papa....

Danish seperti kehilangan kata kata.

"Papa sihat. Danish papa datang ni sebab papa nak berikan danish sesuatu." Sampul diletakkan dimeja kerja danish.

"Danish tolong papa sempurnakan impian arwah mama. Papa tahu danish rasa bersalah sebab tak dapat capai impian mama sewaktu mama masih hidup. Papa serahkan segalanya pada danish." Sampul itu dipandang kosong.

"Insyallah." Itu saja keluar dari bibir danish.

Bersambung...

Vote Vote Vote!

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now