Episode [12]

1.6K 69 1
                                    

Selesai mandi danish selamba merebahkan dirinya ke katil empuk itu. Ah lega!

Siling di pandang kosong. Betul ke aku cintakan bunga? Bukan terlalu awal kah?

Bingkai gambarnya bersama bunga firdaus terhias elok di meja solek sebelah katilnya dipandang sayu. Hati aku dah boleh terima nur bunga ke? Atau sekadar mengisi kekosongan dalam diri aku? Ya allah aku fikir apa ni!

Telefon bimbit milik berdering menanda panggilan masuk. Nama Amar. Terbuka luas kedua mata danish. Dia tak salah nampak kan? Seriusly amar call?

Butang hijau di slide. Danish terlebih dahulu memberi salam.

"Walaikumsalam. Bro! Apa khabar." Ramah amar tanpa rasa kekok walau sudah 5 tahun tidak bersua.

"Alhamdulilah baik. Kau?" Tanya danish pula. Masih tak percaya amar yang call? Ingatkan dah betul betul lost contact hm terakhir danish bertemu amar pun genap 5 tahun tahlil bunga.  sejak itu mereka tiada bertemu lagi walaupun terserempak. Entah kemana amar pergi terus menghilang tanpa jejak.

"Sama macam kau juga. Nish kau dah kahwin ke?" Soalan amar mengundang keluhan kecil dari bibir danish.

Nak beritahu or tak? Karang terkejut budak ni aku dah nak kahwin. Well sebelum ni aku pernah berjanji selagi hati aku pada bunga firdaus aku takkan kahwin. Now see? Hati aku dah terbuka untuk nur bunga. Termakan dengan kata sendiri.

Amar memandang screen telefon. Masih bersambung tapi tiada suara. Tidur ke? Jam di tangan kanan di pandang baru pukul 10:11 awal lagi.

"Kau dah tidur ke?" Tebak amar. Yalah dah suara tak ada tidur lah kut.

"Tak! Tak!. Aku.. Belum kahwin lagi haha belum ada calon mar. Kau tu bila nak kahwin nak juga aku merasa nasi minyak kau." Nafi danish dan akhirnya menukar topik. Hubungan cintanya bersama bunga masih fasa Bercinta tanpa restu umi mereka berdua takkan kahwin. So taknak berharap lebih.

"Oh. Sekarang ni aku fokus jaga restoran abah aku. Eh kau jangan nish kau tu dah tua nak kena ada anak lagi kena kahwin cepat cepat. Aku takpe masih muda." Usik amar bersahaja.

Dihujung talian kedengaran danish gelak. Amar masih macam dulu suka buat orang gelak. Danish? Entah hati berbolak balik.

"Nanti bila aku kahwin. Aku akan roger kau."

Amar mengangguk walaupun danish tak nampak.

"Oklah bro. Aku nak tidur ni esok nak kerja. Sorrylah sebab baru sekarang contact kau." 5 tahun bukan waktu yang singkat. Amar meninggalkan sahabat sahabatnya dan menghilang diri untuk mencari ketenangan, amar sungguh terkesan dengan insiden itu.

"Takde hal lah. Nanti ada masa aku datang restoran kau." Selesai membalas salam danish mematikan panggilan tersebut.

Sedikit sebanyak lega hatinya mendengar suara ceria amar. At least dia tahu amar dalam keadaan baik.

Kahwin? Aku masih buntu. Adakah aku tercabar kerana azmi?


ΔΔΔΔΔΔΔ

Mungkin dia busy kut. Bunga sedapkan hati sendiri. Selama seminggu danish menghilang tanpa khbar. Call tidak mesej tidak jauh sekali berjumpa. Hmm bunga sangat merindukan danish.

Kenapa danish suka sangat menghilang? Kali ini lebih lama? Danish sudah tidak peduli pada aku ke? Berbagai andaian bermain di fikiran bunga sekarang.

Dan bunga juga lupa sekarang bunga sedang minum petang bersama umi.

"Umi tengok bunga banyak sangat termenung. Kenapa? Bunga ada masalah." Kata umi lembut seperti selalu.

Bunga senyum nipis walau hati menanggis

"Tak adalah umi. Bunga cuma tak sihat." Bohong bunga. Maaf umi bunga cuma taknak umi risaukan bunga.

Wajah bunga diusap lembut.

"Kalau pasal perkahwinan bunga. Jangan risau biar umi dan azmi uruskan."

Bunga menghela nafas lemah. Ternyata umi masih tidak putus asa. Danish mana saat dia memerlukan? Macam macam danish janji bunga percaya. Tapi apa dia dapat? Janji palsu!

Kata kata umi dibiarkan sepi.

Umi minta diri untuk masuk ke dalam ingin menambah air teh tersebut. Tinggal lah bunga seorang diri.

Telefon bimbit di pandang. Tiada sesaat pun bunga lari dari melihat telefonnya. Namun hampa tiada call ataupun mesej. Betul betul buat bunga menjauh hati.

"Akak!" Jerit malik kali ini hanya sendiri. Badrul mana? Selalu berkepit aje.

Senyuman terhias dibibir bunga. Malik duduk di kerusi kayuh sebelah bunga.

"Badrul mana?" Tanya bunga hairan. Air teh milik bunga sudah menjadi milik malik haus sangat!

"Badrul sakit perut." Bunga hanya mengangguk faham. Mesti sebab banyak sangat makan mangga sampai sakit perut budak tu.

Pipi comel milik malik digomol gomol. Malik mengeleng tanda tak suka. Bunga memang suka cubit gomol pipi tembam malik. Comel sangat!

"Kak. Malik ada benda nak bagi akak."

"Apa?"

Sampul dihulurkan malik disambut oleh bunga. Sampul apa pula ni?

"Mana malik dapat?"

"Kak ryssa suruh bagi katanya dari bandar." Cerita malik. Bandar? Danish ke? Kenapa perlu bersampul bagai? Takde henfon ke nak call?

Petikkan jari malik menyedarkan bunga di alam realiti.

"Suka sangat kak bunga ni termenung." Sambil mengeleng sendiri. Sumpah comel!

Bunga tersengih.

"Kenapa kak ryssa tak hantar sendiri?" Soal bunga

Malik berfikir.

"Kak ryssa kan demam panas. Sampul ni pun dah lama sebenarnya kak cuma kak ryssa tak larat nak bagi akak. Mujur malik datang tadi." Ujar malik lebar.

Lama?

"Maksud malik lama tu berapa lama?" Macam detectik dah bunga ni.

Malik menghitung hari dengan jari jemarinya.

"Seminggu kalau malik tak silap." Seminggu? Waktu tu kan sehari selepas danish pulang.. Tunggu! Danish ada cakap nak menginap rumah kawan. Pian nama tak silap. Hmm.

"Kenapa kak?"

Bunga mengeleng laju. Kenapa hati aku tak lain macam ni.

Telefon bunga berbunyi menandakan mesej masuk. Aih mamat ni masih tak reti nak faham bahaasa betul!

(Azmi)
Salam. Bunga hujung minggu ni ikut abang ke bandar tau kita fitting baju kahwin sama sama.

Mengarut apa mamat ni! Siapa nak kahwin dengan dia. Makin hari makin meluat pula dengan perangai azmi yang suka paksa paksa ni.

Mesej itu dibiarkan begitu saja. Tak kuasa nak balas. Nanti kalau balas dikatanya kita bagi harapan.

"Lepas ni malik pulang terus ke rumah jangan nak merayau rayau lagi." Pesan bunga sedikit tegas. Malik budak baik cuma bunga tetap nak pesan agar malik ingat.

Malik mengangguk faham sebelum mengayuh basikal untuk pulang ke rumah.

"Mana pula umi ni." Omel bunga. Belum pun sempat bunga masuk ke dalam. Bunga ingat sesuatu! Sampul!

Bunga duduk semula. Sampul itu sedia untuk dibuka.

Terkejut besar bunga melihat beberapa keping gambar danish dan.... Perempuan ni macam zalikha? Jelas sekali halaman kampung. Jadi danish tipu ke nak tidur rumah kawan? Padahal teman zalikha?

"Ya allah..." Itu saja terluah dibibir saat ini. Hancur hati melihat gambar gambar ini.

Bersambung..

Apa jadi?

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now