Danish!
Danish membuka mata sekilas sebelum menyambung tidurnya.
"Awak buat apa dekat atas katil saya ni?" Geram bunga
Namun tiada respon dari danish malah hanya dengkuran kedengaran. Ish! Baru sehari jadi suami aku dah menyakitkan hati! Ni kalau setahun mahu makan hati aku dengan dia ni.
Jam menunjuk angka 2pagi. Entah bila danish tidur di sebelahnya dia sedar pun sebab ada sesuatu memeluk belakangnya aih nasib baik sayang kalau tidak dah lama lempang sampai jatuh.
Kejam sangatkah aku suruh dia tidur bawah? Eh tak! Dia yang kejam sebab menghilang tiba tiba.
"Aku takut lipaslah sebab tu aku tidur sini." Suara garau itu menyedarkan bunga dari lamunan. Dahi bunga bertaut. Lipas? Erkk
Bunga meliar liar memandang setiap inci di biliknya.
"Awak ni biar betul? Saya dah bertahun tinggal dalam bilik ni satu lipas pun tak ada. Awak jangan nak tipu awak sengaja kan sebab nak tidur sebelah saya?"
Diam sepi
Dah tidur ke mamat ni?
Bunga mencuit bahu danish. Sah dah tidur. Mengigau ke apa tadi tu.
"Menyakitkan hati betul lah dia ni." Omel bunga seraya baring semula tanpa menjarakkan dirinya dengan danish.
"Kalau sengaja tu cakap ajelah. Ni nak guna alasan lipas bagai."
Belum sempat bunga pejam mata. Ada sesuatu di atasnya sekarang. Jap! Ni macam danish!! Ah!
Danish tanpa riak mengunci badan bunga.
Terkebil kebil bunga jadinya. Alamak! Dia dengar ke aku cakap tadi tu? Ya allah berdosanya aku...
"Memang aku sengaja. Sebab aku nak tidur sebelah kau. Nak peluk kau. Cium kau. Ada masalah?" Terus terang danish.
Ya allah! Jantung aku rasa nak tercabut ni.
"Asal diam? Tadi bukan main mulut kau tu membebel." Perli danish. Berposisikan danish di atas bunga dibawah sungguh membuat bunga kurang selesa.
Seraya bunga menarik selimutnya hingga kepala. Malu!
Danish kembali ke tempatnya. Dan menghadap arah bunga. Jujur dia cakap dia tak dapat tidur dekat bawah tu sakit badan kut! Sebab tidur dekat katil manalah tahukan tiba tiba bunga berubah hati nak tidur sama sama. Hekk
"Bunga?"
"Hmm."
"Kau marah aku ke?" Soal danish ngantuknya sudah hilang.
Bunga menurunkan selimutnya. Sangkanya danish menghadap arah lain. Terbeliak bunga. Tak sempat nak tarik selimut danish menghalang.
"Kau marah aku kan?" Soalan di ulang semula.
Ya memang aku marah kau! Satu, sebab kau menghilang sebulan buat aku seksa dengan penantian. Dua, gambar mesra kau dengan zalikha! Semua tu hancurkan hati aku! Namun semua itu hanya terluah di dalam hati.
Airmata bunga mengalir. Bunga cepat cepat membelakangi danish tak mahu danish melihatnya nanggis.
Terperanjat bunga bila ada sesuatu merangkul pinggangnya. Dagu danish pula di sandarkan di bahu bunga. Kali ini bunga membiarkan saja.
"Kalau aku ada buat salah aku minta maaf. " Pipi gebu milik bunga di cium sekilas. Tanpa sedar senyuman mula mekar.
ΔΔΔΔΔΔΔ
Selamat pagi pengantin baru
Sapa satu suara membuat danish dan bunga menoleh.
Danish senyum kerek.
YOU ARE READING
Rain After I Meet You✔
RomanceApabila Cinta Mula Berputik Rahsia Terbesar Terbongkar Akibat Kekecewaan Dalam Jiwa "Nur Bunga Binti Firdaus... Aku ceraikan kau dengan talak satu."-Danish Fakri Namun Rahsia Yang Tersimpan Adalah Kisah Silam Yang Pernah Menjadi Kenangan Terindah. N...