Assalamualaikum!
Tiada sahutan.
Lalu bunga ketuk pintu rumah penginapan danish dan zarul. Dah bagi salam tak ada yang jawab.
Mustahil dah balik? Kereta masih ada.
Bunga berkira kira ingin pulang tapi bunyi kuakkan pintu menyebabkan bunga berpaling semula. Namun hampa bukan dia yang bunga inginkan. Bunga mengukir senyuman nipis.
"Walaikumsalam, maaf bunga saya mandi tadi. Ada apa?"
Bunga diam sejenak.
"Bunga cari danish?" Tebak zarul. Dari riak wajah bunga pasti zarul tahu.
"Danish tak beritahu apa apa dekat bunga ke?" Bunga mengeleng. Beritahu apa pula ni.
Zarul turut hairan, ingatkan danish dah berubah hati rupanya tidak. Kasihan bunga.
"Danish dah balik petang tadi, saya yang akan uruskan hal tanah tu dengan awak." Bunga terkejut. Dah balik?!
"Tak apalah kalau begitu, bunga balik dulu." Tak dapat sembunyikan perasaan sedihnya. Ya allah kenapa hati aku sakit.
Belum sempat bunga melangkah jauh, zarul melaung namanya.
Bunga menoleh.
"Saya mungkin tak tahu hubungan awak dengan danish, tapi apa saya boleh cakap. Lebih baik awak jangan berharap tinggi dekat danish. Saya kenal danish macam mana." Ujar zarul tak berniat ingin menyakitkan hati bunga tapi itu adalah kenyataanya. Bunga tidak menjawab dan terus berlalu pergi.
ΔΔΔΔΔΔΔ
Malam itu bunga tak tidur walaupun hari semakin larut. Kata kata zarul masih segar dalam ingatannya.
Bunga buka jendela dan memandang langit. Cahaya bulan menerangi namun kenapa hatinya masih gelap? Aku suka danish ke? Nampak sangat ke aku ni berharap tinggi dekat danish tu? Kusut otak nak fikir semua ni.
Bunga memegang jantungnya. Normal tapi bila dengan danish tahu pula jadi unnormal, apa maksudnya?
Bunga?
Terangkat bahu bunga. Kus semangat, ingatkan siapalah umi rupanya.
Umi masuk ke dalam bilik bunga. Dan duduk bertentangn dengan bunga di atas katil.
"Tak tidur lagi?" Tanya umi lembut. Bunga mengeleng.
"Bunga fikir apa." Bunga mengeluh
"Bunga.. Umi boleh bunga tanya." Bunga menukar topik.
Umi mengangguk.
Kedua tangan umi digengam erat.
"Umi kenapa bunga tak tahu apa apa pasal tanah dekat kampung cahaya? Bila umi tukar nama bunga." Kata bunga penuh rasa ingin tahu.
"Selepas arwah ayah bunga meninggal, umi terus tukar nama bunga sebab umi dah tak larat nak urus tanah tu lagi." Balas umi tenang. Baru sekarang bunga faham.
"Bunga buatlah keputusan sama ada nak jual tanah tu atau taknak." Sambung umi lagi.
Bunga masih berperang dengan perasaanya. Sukar nak berfikir mana yang betul mana yang salah.
"Nanti bunga fikirkan." Putus bunga, dia perlu masa untuk berfikir.
ΔΔΔΔΔΔΔ
Azmi sibuk mencatat sesuatu di kertas, sampai tak sedar seseorang berada dibelakangnya.
Bahunya dicuit membuat azmi berpaling.
"Bos!" Danish senyum sebaris.
Azmi terkejut sebenarnya, jarang sekali danish datang ke caffe fuits ini walaupun hanya bersebelahan syarikat danish. Dan caffe ini juga dibawah nama syarikat danish.
YOU ARE READING
Rain After I Meet You✔
RomanceApabila Cinta Mula Berputik Rahsia Terbesar Terbongkar Akibat Kekecewaan Dalam Jiwa "Nur Bunga Binti Firdaus... Aku ceraikan kau dengan talak satu."-Danish Fakri Namun Rahsia Yang Tersimpan Adalah Kisah Silam Yang Pernah Menjadi Kenangan Terindah. N...