35. Tertulis

661 73 4
                                    

Petang itu, Mawaddah duduk di meja berdekatan kawasan barbecue khas di luar kotej. Walaupun tenaga elektrik di kotej telah kembali pulih, dia lebih selesa menulis di luar terutamanya pada waktu petang kerana pencahayaan yang lebih baik.

Selesai menaip dua perenggan cerita, dia berhenti dan meneliti tapak tangan kanannya. Pada tapak tangan itu, ada garis lurus pudar yang tidak hilang sejak hampir 20 tahun. Luka kelaran yang dibuat oleh Ustaz Kamal.

"Kenapa kamu ni cantik sangat, Mawaddah?" Tiba-tiba bisikan Ustaz Kamal menghembus ke telinga.

"Sesiapa pun tak boleh tahu!"

Suara itu semakin jelas.

"Ustaz bunuh kau!"

Seluruh tubuh Mawaddah tegang. Dadanya berdebar-debar. Matanya diarah ke kiri, kanan dan belakang, mencari-cari kelibat manusia berdekatannya, namun tiada sesiapa yang ada di situ. Setelah yakin apa yang didengar tadi hanya bayangannya, Mawaddah menghembus nafas lega. Dia mengusap-usap muka sendiri.

"Tak mungkin dia ada dekat sini, Mawaddah," bisiknya sendirian. "Dia ada di dalam penjara. Seumur hidup. Dia tak mungkin boleh ada dekat sini."

"Umi!"

Najah muncul di pintu kotej. Dia menyarung kasut lambat-lambat.

"Najah nak pergi jumpa aunty Izzati, boleh? Bosanlah duduk dalam tu sorang-sorang. Aunty Izzati ada game."

"Tak boleh," jawab Mawaddah ringkas. Dia menyambung menaip di komputernya.

"Kenapa?" Najah merengus. "Umi sibuk buat kerja. Najah tak tahu nak main dengan siapa. Najah nak main dengan aunty Izzati."

"Tak boleh, Najah."

"Kenapa...?" Rengeknya.

"Sebab umi tak nak Najah ganggu orang. Lagipun kita bukan kenal sangat dengan keluarga aunty Izzati."

"Tapi umi kenal dengan uncle Iffat..."

Mawaddah berhenti menaip.

"Najah, umi cakap tak boleh." Dia cuba menyambung menaip tapi gerakannya terhenti semula. "Boleh tak jangan panggil diorang aunty Izzati dan uncle Iffat? Izzati tu muda lagi. Panggil dia kakak!"

"Tak nak, aunty Izzati suruh panggil aunty!"

"Najah!"

"Najah tak kira! Najah nak aunty Izzati!" Bentak Najah. Dia melarikan diri melepasi Mawaddah menuju ke laluan kotej keluarga Iffat.

"Najah!" Mawaddah bangun untuk mengikuti Najah, tapi pandangannya terhenti pada Iffat yang sedang berselisih jalan dengan Najah.

"Najah, kenapa ni?" Iffat menghentikannya.

Najah hanya menggeleng-geleng. Mengelak daripada memandang wajah Iffat atau Mawaddah. Dia menyambung semula langkahnya ke arah kotej keluarga Iffat.

"Kenapa ni?" Iffat mengulang soalan sama kepada Mawaddah.

"Tak ada apa-apa. Najah merajuk... sebab... saya tak bagi dia pergi jumpa Izzati."

Iffat duduk di kerusi di hadapan Mawaddah. "Kenapa tak bagi dia jumpa Izzati?"

"Tak nak menyusahkan. Ganggu."

"Tak ganggu pun..."

"Saya cuma tak nak dia terlalu attach dengan awak dan Izzati. Nanti dia akan sedih sebab esok kami dah nak balik."

Iffat senyum sinis bercampur kecewa.

"Kiranya Mawaddah memang tak nak berhubung dengan kami lagilah lepas ni?"

Nota Buat Mawaddah (Mawaddah Ilmi Ingin Pulang)Where stories live. Discover now