26. Nota Buat Mawaddah

642 76 16
                                    

Aku cuma nak hidup bahagia.

Aku cuba betulkan hidup tapi masih tak nampak jalan. Semuanya sama.

***

Aku tak tahu apa yang aku mahu dalam hidup ini.

***

Bahagia itu apa? Di mana aku boleh dapatkannya?

***

Somebody please save me. Tuhan, save me.

***

Semua perkara di dunia ini sementara. Walau derita atau bahagia. Kejayaan atau kegagalan.

Kejayaan hakiki ialah tuaian kita di akhirat kelak, hasil semaian daripada perkara-perkara sementara tadi. Walau derita, atau bahagia.

***

Aku akui aku penakut.

Yang paling aku takuti bukan tentang membuat pilihan. Aku takut ingatan terhadap pilihan ini akan muncul semula pada masa hadapan, dan aku nampak penyesalan. Pada waktu itu aku tidak boleh kembali putarkan masa.

***

Kalau ia susah, menangislah.

Kemudian lap air matamu dan teruskan berjalan.

***

Aku benci mak kau, Mawaddah.

Kalau aku maafkan dia sekalipun, perkara yang dia buat akan tetap mengikut aku, seperti saka, merajut setiap urat saraf aku, mengganggu mimpi-mimpi aku, sampai aku mati.

Aku minta maaf, Mawaddah.

Minta maaf sebab aku benci dia.

***

Mawaddah mengeluh. Dia merenung tulisan berlengkung atas kertas yang dipegangnya. Di atas mejanya ada beberapa lagi kertas serupa – cebisan kertas yang dipotong kecil-kecil supaya dapat menulis nota pendek, kemudian dilipat dan dimasukkan ke dalam kotak.

Mawaddah menyimpan semula kertas tersebut di dalam kotaknya yang berwarna perang. Berpenutup seperti sebuah kotak pejabat.

"Hazlan..." Gumamnya.

Rasanya pelik sebab dia memahami apa-apa yang ditulis Hazlan. Dia merasai kesakitan yang dirasai Hazlan. Dia juga pernah mengalami apa yang dialami Hazlan. Dan kata-kata Hazlan... Ia bagai sebati dengan jiwanya, seolah-olah dia sendiri yang menuliskannya. Dia ialah Hazlan. Hazlan ialah dia.

Mereka sama.

***

"Doktor.."

"Ya?" Dr Afnani menyatukan jari-jemari. Sikunya ditongkat di atas meja.

"Dr pernah sampai pada satu situasi, yang mana kita tahu apa yang patut dibuat, tapi kita masih fikir kebarangkalian yang lain?" Tanya Mawaddah. Dia membetulkan blaus merah jambu yang dipakainya.

Dr Afnani tersenyum simpul. Dia tidak menjawab, bahkan menatap Mawaddah dengan sejenis riak wajah. Riak yang menunjukkan dia tahu bahawa Mawaddah perlu meluahkan sesuatu.

"Doktor pernah rasa macam tu?"

"Rasa macam mana?" Duganya.

Mawaddah tersenyum pahit.

"Semalam saya duduk seorang diri dan tiba-tiba saya terfikir tentang bingkai-bingkai gambar yang pernah ada di rumah masa saya dan Najwan masih berkahwin. Di rumah tu ada baanyak bingkai gambar. Ada yang tersusun atas para, ada atas rak buku, di bilik, di dapur.."

Nota Buat Mawaddah (Mawaddah Ilmi Ingin Pulang)Where stories live. Discover now