. . .
"Yah , kau tengok music bank semalam ? Tomorrow X Together perform lagu baru dorang !"
"Homework minggu lepas kau dah siap ? Aku mak tiru !"
"Omo kau dah break up dengan dia ke ? Habistu kau okay tak ni ?"
"Kau memang tak faham bahasa eh ? Aku dah cakap , perempuan tu memang takde taste."
Kepala aku setia sahaja ditundukkan ke bawah. Kedua belah mata masih melekat menghadap buku Sejarah yang aku letakkan elok di atas meja.
Tangan kanan aku pula ralit sahaja menjalankan tugasnya untuk menyalin nota yang ada di dalam buku teks tersebut.
Nota untuk peperiksaan bulan depan.
Peperiksaan CSAT bakal tiba. Dan aku kena belajar bersungguh sungguh. Itu sahaja matlamat aku buat masa sekarang.
Jikalau aku dapat keputusan yang cemerlang , aku bakal dimasukkan ke dalam universiti yang bagus. Berkemungkinan aku dapat capai cita cita aku.
Tangan aku serta merta berhenti menyalin.
Ah , aku lupa.
"Park Jimin tak pernah ada cita cita dalam hidup sendiri." Senyumku sinis.
"AAARRRGGGHHHH !"
Hampir terlepas pen yang dipegang aku itu ke lantai tatkala suara jeritan kuat seorang lelaki tiba tiba sahaja berbunyi.
"Tch , kau kata kau anak jantan. Tapi apahal kau jerit macam betina ni , ha ?"
Suara garau yang cukup tidak asing di gegendang telinga aku. Suara yang cukup satu sekolah takut tatkala mendengarnya bersuara.
Perlahan aku tolehkan sedikit tubuh ke belakang dan memandang ke arah seorang lelaki yang sedang menunjal dahi lelaki lemah yang kepalanya sudah berdarah.
Ianya lelaki itu.
Min Yoongi , ketua pembuli sekolah yang paling digeruni.
Aku hanya memandang kosong sahaja adegan mereka. Langsung tidak menunjukkan rasa minat terhadap tindakan lelaki itu.
Manakala ahli kelas aku yang lain juga turut terkejut melihat kelakuan Yoongi walaupun ini bukannya kali pertama.
Itu rutin harian sepatutnya.
Sepanjang waktu rehat tiba sahaja , pasti akan ada kotoran darah di lantai. Tak lain tidak bukan kalau itu bukan kerja Min Yoongi.
Bukan sahaja budak budak lain takut nak laporkan perbuatannya kepada cikgu malahan cikgu cikgu juga terlalu gerun dengan lelaki itu.
Aku tersenyum.
Tch , dia lah karnivor.
Dalam kehidupan di sekolah , ada 3 kategori. Yang pertama , herbivor. Golongan aku , mereka yang dibuli dan sentiasa diperlekehkan orang lain.
Manakala yang kedua , golongan omnivor. Golongan mereka yang sederhana dan biasa biasa sahaja. Bukan pangkat dibuli atau membuli.
Dan yang ketiga , karnivor. Contoh yang paling dekat aku boleh kaitkan ketika ini sudah semestinya Min Yoongi.
Aku memusingkan semula tubuh ke hadapan semula dan menyambung menyalin nota Sejarah yang tergendala buat sementara itu.
"Tapi..."
Senyuman aku mati.
"Sekurang kurangnya karnivor seperti dia dapat perhatian..."
o n l i n e
STREAMER
YOU ARE READING
𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjm
Misterio / SuspensoIn order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience . but do you know what his content about ? what his online stream live about ? dancing ? singing ? mukbang ? no , it will be the wors...