In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
. . .
"Kau tahu , kau takkan boleh teruskan live stream seterusnya tanpa aku."
Aku perlahan menoleh ke arah Yoongi di sebelah. Sebelah kening aku terangkat ke atas , pelik.
Yoongi yang sedang duduk bersandar di batu itu sesekali menghisap putung rokoknya. Kemudian , dikeluarkan lalu keluar lah asap busuk di mulutnya.
Aku mengalihkan pandangan. Wajah aku berkerut buat seketika. Hidung aku pantas sahaja ditekup , tak menggemari bau busuk rokok.
"Kau nak ?" soal Yoongi selamba.
Putung rokoknya yang dikepit dengan dua belah jarinya dihulurkan kepada aku. Namun pantas aku menggeleng laju , menolak pelawaannya.
"Aku tak merokok."
Yoongi tertawa kecil. "Vape pun tak ?"
Perlahan aku menggeleng. "Buat apa aku susahkan diri nak bunuh diri sendiri pulak sedangkan aku sihat ?"
"Aku tak sangka pulak... psychopath macam kau ni pentingkan kesihatan diri."
"Terlalu banyak benda menarik yang aku perlu buat dalam dunia ni... jadi aku tak nak mati lagi."
Yoongi mengangguk perlahan. Memahami apa yang aku cuba terangkan. Pantas sahaja dia membuang putung rokoknya itu jauh jauh.
"So... kau dah cuba fahamkan dengan apa yang aku bagitahu kau ?"
"Kenapa pula aku tak boleh nak teruskan live stream kalau takde kau ?" soal aku pelik.
Yoongi mengumam perlahan. Kedua dua belah kakinya yang dibiarkan terjulur diangkat perlahan lalu sikunya direhatnya di atas lutut.
"Kau tak tahu ke ? Youtube akan banned kau punya video kalau content kau illegal. Dalam kata lain , kau tak boleh nak teruskan content tu dah."
"Kenapa pulak ?"
"Beberapa penonton yang rasa terganggu dengan content kau pasti akan report channel kau. Dan youtube mesti akan buat tindakan."
Aku kembali membisu.
Tak tahu ingin katakan apa lagi. Adakah ini bermakna aku akan berakhir sampai di sini sahaja ?
"Tapi Park Jimin , kau ni bijak. Content kau dah bagus. Aku sukakannya. Lain daripada yang lain cuma... kau tak buat research awal tentang perkara ni."
Mimik wajah sedih Yoongi tayang selamba kepada aku , seolah sedang memprovok aku.
"Tapi... sebab kau berjaya tarik minat aku."
Perlahan aku memandang wajahnya , menunggu balasan seterusnya di ketika dia tersenyum sinis.
"Aku boleh tolong kau. Aku boleh bagi kau tiket percuma untuk teruskan benda illegal ni."