In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
Aku sedikit terkejut.
Video live stream yang aku upload dekat channel baru tu , harini tiba tiba je jadi viral. Aku tak sangkakan pula video aku tu akan jadi popular.
Dan sekarang , walaupun dekat dalam kelas , aku dapat dengar beberapa budak kelas aku yang tengah bualkan tentang live stream semalam. Aku yakin ada di antara diorang yang tonton sekali.
Aku sedang menyelesaikan masalah matematik di buku latihan ketika Miss Choi tak masuk kelas , namun tumpuan aku terganggu sepenuhnya.
" Kau tengok live stream creepy semalam ?"
" Seram weh tapi cool !"
" Sumpah thriller weh , meremang bulu roma aku"
"Aku tak sangka ada orang buat live stream tu"
"Anjing tu real ke weh ???"
Tanpa aku sedar , senyuman aku perlahan lahan terukir. Menghiasi wajah aku yang tadinya hanya menunjukkan eksprasi wajah kosong. Semakin lama semakin lebar.
Ya , aku sukakan perhatian ni semua.
Kalau aku tak create channel baru , mesti diorang semua dah tau aku lah sebenarnya pemilik channel yang diorang bangga banggakan tu.
Senyuman sinis terukir. "Ini... baru permulaan."
. . .
Harini aku tak memilih untuk menghabiskan masa rehat di cafeteria. Lagipun ramai orang , sesak. Jadi aku tak suka. Aku lebih suka tempat yang sunyi dan tak ramai orang.
Jadi aku pilih untuk luangkan masa dekat bangku padang. Betul betul di bawah sebuah pokok yang besar. Jadi takdelah aku rasa panas. Boleh berteduh.
Sambil mata aku memerhatikan beberapa pelajar sedang bermain basketball , aku sisipkan straw ke dalam mulut. Menikmati susu strawberi yang aku beli tadi.
Aku memejam mata perlahan. Menikmati angin yang menyapa lembut wajah aku , membelai rambut aku dengan penuh kasih sayang.
Sekarang pun angin dah mula beri perhatian dekat aku ? Tch.
"Macam mana kau buat tu ?"
Suatu suara garau membuatkan aku yang juga melelapkan mata terganggu. Perlahan kelopak mata aku dibuka lalu figura seorang lelaki menyambut pandangan aku.
Min Yoongi.
Terkejut ? Agak lah.
Tak menyangkakan pulak lelaki karnivor sepertinya akan berbual dengan aku. Bahkan datang menghampiri aku pun aku tak percaya.
Dia melemparkan segaris senyuman sinis tatkala mata kami bertembung.
Namun aku pedulikan sahaja dia. Buat buat seperti aku tak nampak dia di hadapan. Lagipula , buat apa aku nak layan dia. Dia bukan sebut nama aku , entah tengah cakap dengan orang belakang aku tak.
Tanpa meminta izin , dia terus mengambil tempat di sebelah aku. Hanya beberapa beberapa centimeter sahaja jarak di antara kami di atas bangku ini.
"Aku tanya... jadi kau jawab lah."
Suara Yoongi mula mendatar tatkala aku langsung tidak memberikan sebarang respon kepadanya sebentar tadi.
"Apa ?" aku menyoal keliru.
"Baru semalam aku nampak kau bunuh binatang dan harini boleh pulak kau chill minum susu strawberi ni macam takde benda yang berlaku..."
Dia berdecit halus.
Yoongi yang tadinya hanya menumpukan perhatian di hadapan perlahan lahan memusingkan wajahnya lalu membalas pandangan aku.
"...macam mana kau buat tu...?"
Anak matanya menikam tajam halus anak mata aku. Tapi entah kenapa aku langsung tidak merasakan sebarang ancaman daripada renungan tajamnya.
Dia tersenyum sinis. "Kau tak nak tanya aku macam mana aku tahu tu kau sedangkan kau pakai mask ?"
Aku hanya diam membisu.
Dia memusingkan semula wajahnya ke hadapan. Tidak memandang aku.
"Aku... dah perhatikan kau lama , Park Jimin."
- Diam.
"Dan aku tahu naluri aku tak pernah salah..."
- Diam.
Anak mata hazel milik Yoongi bertemu dengan anak mata aku dalam.
"Naluri aku mengatakan bahawa... taraf kau... lebih tinggi dari karnivor. Kau lah , pemangsa..."
Dan entah mengapa , kata kata Yoongi kepada aku kedengaran begitu manis seolah olah ianya merupakan pujian buat aku.