. . .
Sekolah harini seperti biasa.
Aku dengar beberapa pelajar tengah bercerita tentang live stream aku semalam. Sepanjang koridor aku berjalan , sepanjang tu juga aku pasti akan dengar mereka bercerita.
Mustahil kalau aku cakap aku tak suka.
Ianya membuatkan aku menjadi semakin teruja ingin melakukan persembahan aku yang seterusnya. Aku tak sangka dengan semua ini , boleh membuatkan aku bahagia.
Langkah aku serta merta terhenti.
Perlahan aku menoleh ke arah tingkap di koridor , melihat ke arah luar tingkap. Memerhatikan beberapa polis yang sedang menyiasat kandang arnab itu.
Yang merosakkan mood aku... polis polis ni.
Takut ? Tch , buat apa pulak aku nak takut ?
Aku merupakan seorang budak baik yang terkenal dengan sifat halimunannya. Dan ianya sangat mustahil untuk polis mengesyaki bahawa aku merupakan dalang di sebaliknya.
Bahkan mereka mungkin...
Aku memerhati kosong ke arah Yoongi yang sedang lena dibuai mimpi di dalam kelas dari pintu belakang kelas.
"Kalau akan ada yang ditangkap... orangnya pasti Min Yoongi."
Dengan selambanya , aku berjalan melepasi kelas aku.
Memandangkan sekarang waktu rehat , ramai pelajar yang berada di ruang koridor. Sedang berbual dan bermain antara satu sama lain.
Tanpa aku sedar , kini aku sudah berada di hadapan perpustakaan.
Selama aku berada di sekolah buat masa ini , jarang aku menjejakkan kaki ke dalam perpustakaan. Alang alang aku dah sampai sini , baik aku masuk sahaja ke dalam.
Aku terus melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Memerhatikan segenap ruang perpustakaan yang hanya segelintir sahaja pelajar yang berada di situ.
Mereka yang bertungkus lumus belajar.
Tiada matlamat hidup. Hanya membenarkan diri sendiri menjadi uji kaji tikus makmal.
Aku pun dahulu begitu , hidup dalam kehidupan yang membosankan. Di mana membuatkan aku begitu menyesal dengan jalan yang aku pilih.
Buat apa belajar kalau kau ada banyak benda menarik yang boleh kau lakukan di dunia ini ?
Kita... hanya hidup sekali.
Jadi jangan kau memilih untuk tidak melakukannya hanya kerana kau takutkan masa hadapan kau. Kau perlu lakukan apa sahaja yang kau perlu lakukan kerana kemungkinan kau tiada kesempatan untuk lakukannya selepas ini.
Bila kau mati , semuanya game over.
Aku menarik perlahan kerusi di sebuah meja lalu melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Berhadapan dengan seseorang yang sedang tekun dengan buku rujukannya.
Mungkin menyedari aku yang tiba tiba sahaja mengambil tempat di hadapannya , perlahan dia mengangkat wajah dan memandang ke arah aku.
Telinganya yang disumbat dengan earphone dicabut sebelah , berkerut wajahnya memandang aku. Memberi pandangan kau-siapa ?
Aku tersenyum.
Tag nama yang tertera di bajunya aku pandang sekilas. Menutur perlahan nama yang dia dukung selama dia hidup penuh teliti di dalam hati.
Lee Heeseung.
Junior muda dua tahun dari aku.
Mungkin dia tidak mengenali aku , tapi biarkan. Siapa sahaja yang kisah. Asalkan aku kenal dia sudah cukup memandai.
"Siapa..."
Dia mengerutkan dahinya ke arah aku. Sebelah kening terjungkit ke atas. Langsung tidak tahu bahawa aku ini merupakan salah seorang daripada senior tertinggi Busan Highschool.
Oh , mungkin dia tak kenal. Memandangkan aku halimunan.
Perlahan aku mengangkat tangan dan hulurkan kepadanya membuatkan dia memandang wajah aku dan tangan aku silih berganti dengan pandangan pelik.
"Aku Park Jimin."
"Dan... ?"
Perlahan senyuman sinis aku terukir di wajah. Memberikannya senyuman penuh seribu satu makna yang hanya aku seorang sahaja tahu apa rancanganku.
"Boleh aku jemput kau jadi tetamu jemputan aku...?"
o n l i n e
STREAMER
YOU ARE READING
𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjm
Gizem / GerilimIn order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience . but do you know what his content about ? what his online stream live about ? dancing ? singing ? mukbang ? no , it will be the wors...