• e i g h t e e n •

369 81 5
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


. . .

"Kenapa pulak kau bawak aku ke sini ?"

Soalan yang ditujukan Min Yoongi kepada aku langsung sahaja aku abaikan. Aku melangkah masuk ke dalam kedai burger itu.

Sesekali mata aku memerhati sekeliling , mencari kelibat seseorang yang aku yakin dia pasti ada di sini. Tipulah kalau perempuan tu takde.

"Yah Park Jimin !"

Langkah aku serta merta terhenti tatkala Yoongi menahan lengan aku. Aku memusingkan sedikit tubuh ke belakang bagi menghadap dia.

"Kau kata nak discuss dengan aku benda yang penting , boleh pulak kau ajak aku lepak burger ?" berkerut wajah Yoongi berikan.

Aku tersengih. "Aku nak bawa kau jumpa seseorang , Min Yoongi-sshi."

Selepas sahaja berkata begitu , aku pantas merentap lengan kasar membuatkan tangannya yang memegang tangan aku serta merta terlepas.

Tanpa menunggu dia , aku terus melangkah ke hadapan. Beratur di kasawasan hadapan kaunter. Senyuman sinis aku terukir tatkala melihat sasaran berada di hadapan mata.

Disebabkan kepantasan pekerja yang sangat lancar , hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk aku dan Yoongi tiba di hadapan kaunter.

"Selamat tengahari encik , apa yang encik nak pesan ?"

Dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya , wanita itu berikan. Namun matanya terlalu fokus pada alatan elektronik mengambil order di hadapannya.

Langsung tak berikan aku sebarang perhatian.

"Aku nak pesan kau. Spicy one. Baru aku kenyang." aku mengakhiri kata kata dengan senyuman sinis.

Wanita itu tersentak.

Yoongi di sebelah sudah melopong tengok aku dengan pandangan tak percayanya. Terkejut lelaki itu tatkala melihat keberanian aku yang tak pernah dia nampak.

Perlahan lahan wanita itu mengangkat wajahnya dan buat seketika anak mata aku dan anak matanya saling bertembung sebelum aku mengenyitkan sebelah mata kepadanya.

Memberikan salam perkenalan buat kali kedua kepada wanita semalam.

Hwang Saesong.

. . .

"Apa yang kau dekat sini ? Cuba untuk buat kecoh ke ?" berkerut wajah Saesong , menahan marah.

Aku tertawa kecil.

Seronok pula bila melihat wanita yang berlagak seolah dia berani bersama dengan aku semalam tiba tiba sahaja kecut selepas aku datang untuk bertemu dengannya.

Kedua dua belah tangan aku disilangkan lalu dirapatkan pada dada , melihat dia dengan uniform kerjanya dengan senyuman yang penuh makna.

Manakala Yoongi di sebelah langsung tak menghiraukan aku dan Saesong yang sedang berbual. Sibuk dengan burger yang dia pesan tadi.

"Aku tahu kau perlukan duit , noona."

"Kau nak aku jual badan dekat sekolah kau ? Untuk lepaskan nafsu kawan kawan kau ?"

Kata kata Saesong diakhiri dengan pandangan jijik yang diberikan kepada Yoongi membuatkan lelaki itu tersedak tatkala renungan tajam Saesong singgah kepadanya.

"Well , kalau tu apa yang kau nak aku boleh bagi. Tapi sayangnya... aku datang jumpa kau bukan untuk minta kau jual badan kau."

Dahi Saesong berkerut memandang aku. Dia cuba untuk mencari jawapan dari pandangan mata aku namun tetap tidak jumpa.

Aku tersenyum sinis.

"Kau... nak kerja dengan aku tak ?"

"Mwo ?" Saesong mengerutkan dahinya.

"Kau tahu kan video kita yang viral tu ?"

Mendengarkan kata kata aku , riak wajah Saesong serta merta berubah. Aku dah agak dia mesti dah tengok video tu.

Tapi masih nak berlagak cool.

"Jimin , maksudnya dia ni..." Yoongi memandang wajah aku dan wanita itu silih berganti.

Aku tersenyum sinis.

Mata aku masih tak lepas dari merenung tepat ke dalam anak mata Saesong. Memberikan pandangan penuh berharap kepadanya.

"Be my actress , noona."

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang