• t h i r t e e n •

437 88 18
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

. . .

Aku masih tak boleh nak percaya.

Untuk pertama kalinya... aku peroleh perhatian daripada seseorang walaupun aku tak suka dia.

Min Yoongi.

Aku tak sukakan lelaki itu. Kerana apa yang aku nampak , dia hanyalah penyangak yang mempunyai banyak kelemahan tapi cuba untuk berlagak kuat.

Tapi...

Dia merupakan manusia pertama yang berbual dengan aku sepanjang aku menjadi halimunan di sekolah.

Mungkin nampak pelik dan mustahil , tapi ketua pembuli seperti dia... dah perhatikan aku lama dan dia nak berkawan dengan aku.

Tadi waktu kami berdua balik bersama pun , budak budak sekolah aku yang lain pandang kami sambil berbisik antara satu sama lain.

Manakan tidak , mesti lah diorang terkejut bila nampak Min Yoongi boleh berkawan dengan lelaki halimunan seperti aku.

Tapi aku sukakannya.

Disebabkan Yoongi , aku dapat perhatian.

Perlahan lahan senyuman aku melebar. Aku memejam mata aku rapat buat seketika manakala tubuh aku pula dari tadi sudah terbaring di atas katil.

Aku baru sahaja sampai ke rumah. Dan sekarang pun dah senja. Sebab aku malas nak mandi dulu , aku nak rehat sekejap.

Nanti nak kena masak ramen. Well , tu je makan malam yang aku ada. Lagipun aku tak reti memasak.

Tok ! Tok ! Tok !

Aku yang baru sahaja ingin melelapkan diri , serta merta mengerutkan dahi pelik.

"Ada orang ketuk pintu rumah aku ke ?"

Aku pantas bangkit daripada baring , mengubah posisi kepada duduk. Perlahan mata aku memandang ke arah pintu rumah.

Tok ! Tok ! Tok !

Bukan perasaan aku je , realitinya memang ada orang ketuk pintu aku.

Aku bangkit perlahan dari katil. Dengan langkah yang malas , aku menghampiri pintu utama rumah.

Disebabkan aku hanya duduk di rumah flat yang agak terpencil , bangunan flat ni agak sunyi sebab takde ramai orang duduk sini.

Aku beli rumah ni pun sebab murah. Lagipun , aku takde pilihan lain.

Pintu dibuka.

"Anneyonghaseyo , Hwang Saesong imnida !" termpampang wajah seorang wanita di hadapan aku.

Aku hanya memberikan pandangan kosong kepadanya. Langsung tak berminat dengan dia yang cuba untuk mengenalkan dirinya kepada aku.

"Saya jiran baru awak. Sebelah rumah awak , 714. Selamat berkenalan !"

Dia mengukirkan senyuman lebar kepada aku sehingga menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun sempurna.

Aku masih tidak berminat.

"Nah , saya ada buatkan gimbap untuk awak sekeluarga. Boleh awak makan dengan omma dan appa awak. Kirim salam saya dekat omma appa awak tau !"

Aku masih berdiam diri.

Melihatkan aku yang langsung tak memberikan sebaran respon kepadanya , dia tersenyum kekok. Pantas tangannya menarik tangan aku dan memberikan aku sebekas tupperware.

Mungkin berisi gimbap yang dibuatnya.

Mungkin terlalu rasa kekok , dia terus pulang. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi meninggalkan aku , langkahnya terhenti.

"Omma dengan appa saya takde."

Dia pantas memusingkan semula tubuhnya ke belakang. Keningnya diangkat ke atas , memandang aku hairan.

"Nae ?"

"Parents saya... tiada di rumah."

Terkebil kebil wanita itu memandang aku. Masih merasa kekok dan tak faham dengan apa yang aku cuba katakan kepadanya.

Perlahan aku tersenyum.

Senyuman paling manis yang pernah aku ukirkan kepada sesiapa sahaja. Senyuman paling innocent.

"Boleh temankan saya dekat rumah sampai omma dengan appa saya balik.... noona ?"

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang