In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
Langkah Yoongi serta merta terhenti.
Lengannya yang ditarik Saesong pantas dilepaskan dari pegangan wanita itu membuatkan langkah wanita itu juga turut terhenti.
Perlahan Saesong memusingkan tubuhnya ke belakang , menghadap Yoongi yang masih seti menundukkan wajahnya ke bawah.
Jujur , Hwang Saesong tak pernah melihat sisi Min Yoongi seperti ini.
Dia tak pernah lagi melihat lelaki itu murung dan sedih seperti ini. Dan kini , melihatkan wajah Yoongi sebegitu , membuatkan hatinya juga terasa remuk.
"Yoongi..."
Saesong memanggil lembut nama Yoongi. Dapat wanita itu lihat perubahan di wajah lelaki itu. Dengan matanya yang kini kian berair.
"D-dia bunuh o-omma aku..."
Suara Yoongi mula bergetar. Serentak itu air matanya mengalir deras. Lelaki itu masih tidak boleh menghilangkan perasaan sedih yang dirasanya sebentar tadi.
Melihatkan keadaan Yoongi sebegitu , Saesong pantas menghampiri lelaki itu lalu tubuhnya dipeluk erat. Wajah Yoongi dibenamkannya lembut ke bahunya.
"D-dia... d-dia bunuh omma aku..."
Bahu Yoongi terhinjut hinjut. Esakan tangisnya mula kedengaran perlahan membuatkan Saesong memeluk tubuh lelaki itu dengan lebih erat.
Belakang badan lelaki itu digosoknya lembut , cuba untuk menenangkan lelaki itu. Bahagian bahu Saesong sudah basah dengan air mata Yoongi.
Pantas wajah Yoongi dipegang erat oleh Saesong , dijauhkan dari bahunya. Kini anak mata hazel milik wanita itu bertemu dengan mata Yoongi yang berair.
"No , Yoongi , no. Kau ada aku. Dan aku ada kau. Kita ada untuk satu sama lain."
Bibir Yoongi kembali bergetar. Dia mengetap bibirnya rapat , serentak itu air matanya mengalir deras membasahi pipi.
Saesong mengusap lembut wajah Yoongi , perlahan jarinya mengesat air mata lelaki itu yang tak henti mengalir membasahi pipi.
Yoongi perlahan menundukkan wajahnya. Dahi mereka berdua saling bercantum. Kedua dua tangan Saesong melekap di pipi Yoongi , cuba menenangkannya.
Namun Yoongi masih teresak esak menangis.
Seorang wanita yang cukup dia sayangi dan dia lindungi seumur hidupnya kini sudah pun pergi begitu sahaja hanya kerana dia lalai dan membuat pilihan yang salah.
Jikalau dia tidak bertemu dengan Park Jimin dan bertindak ingin mengenali Park Jimin lebih rapat , sudah pasti semua ini tak akan pernah berlaku.
Dan sudah pasti... ommanya takkan mati.
Air mata Yoongi mengalir deras. Dia menggeleng kepalanya perlahan. Mukanya menjadi semakin merah , menahan rasa sebak yang dirasainya.
Semua ini terlalu sukar untuk dia terima.
Kedua dua belah tangan Yoongi digenggam erat. Jauh dalam sudut hatinya masih terbuku satu dendam terhadap Park Jimin yang tidak akan dapat lupakan.