. . .prkjmxn start a live stream
JIMIN :
*sengih* Welcome... to my suicide live stream , everyone.Keadaan di dalam ruang bilik itu hanya ada Jimin yang menyarungkan topeng yang sama digunakannya di live stream sebelumnya.
Dan Jimin sedang duduk di atas sangkar yang menempatkan budak lelaki itu. Budak itu masih tidak sedarkan dirinya.
Mungkin ubat tidur yang diberikan Jimin berkesan dalam tempoh yang lama.
JIMIN :
So... harini aku nak kenalkan kau orang dengan tetamu jemputan aku *tertawa kecil*Perlahan Jimin bangkit daripada sangkar itu. Dia berdiri di hadapan sangkar itu membuatkan camera mula nampak figura budak lelaki di dalamnya dengan jelas.
Disebabkan kepakaran Yoongi di dalam bidang pengeditan cukup handal , cepat sahaja wajah budak itu sudah pun dikaburkan menggunakan laptopnya.
Live stream tersebut dirakam melalui cameranya dan dihantar terus ke laptop Yoongi. Di mana segala komen dan bahagian editan akan terus disiapkan oleh Yoongi.
Manakala Saesong yang mengambil tempat di sebelah Yoongi hanya memerhatikan sahaja mereka berdua.
Kelihatan seperti mereka berdua sudah pun mahir dan biasa dengan hal seperti ini. Seolah olah ini bukan kali pertama mereka bekerja bersama.
JIMIN :
Aigoo... mian. Tetamu jemputan aku buat perangai. Boleh pulak dia tidur time macam ni.Jimin menggeleng kepalanya perlahan lalu tersenyum sinis di balik topeng yang dipakainya. Perlahan segelas air yang disediakan berdekatan dengannya dicapai.
Tanpa mengira satu ataupun dua , pantas sahaja air itu disimbah dia atas budak lelaki itu membuatkan budak itu serta merta terbangun daripada pengsannya.
Tubuhnya meronta sebentar. Lagi dia terkejut tatkala menyedari dirinya berada di dalam sebuah sangkar yang mampu memuatkan 2 ekor kucing dewasa.
Matanya terbeliak luas. Memandang ke arah semua yang ada di situ dengan pandangan keliru. Namun Jimin dapat bau , perasaan takut yang menyebulungi diri budak itu.
Perlahan Jimin berjalan menghampiri sangkar itu. Dia duduk bercangkung di hadapan budak itu , membelakangi camera.
JIMIN :
Chukahae... kau boneka bernyawa pertama aku.Dengan suara lembut dan comel , Jimin ungkapkan kepada budak lelaki itu membuatkan riak wajah budak itu berubah seratus peratus.
Lagikan seluruh anggota tubuh budak itu menggeletar dahsyat melihat topeng menakutkan yang tersarung pada wajah Park Jimin.
Belum sempat Jimin ingin membuat apa apa , budak lelaki itu sudah mula menangis teresak esak. Dipanggilnya omma dan appanya sambil menangis.
Jimin tertawa.
JIMIN :
Sayangnya... omma dan appa kau pun tak mahu beri perhatian dekat kau. Jadi... biar hyung yang beri perhatian dekat kau , okay ?Dengan senyuman sinis menakutkan di sebalik topengnya , Jimin terus bangkit daripada duduknya di hadapan sangkar itu dan mula memusingkan tubuhnya ke belakang , menghadap camera.
Wajah budak lelaki itu sudah lencun dengan air mata. Kepalanya digeleng laju , tidak mahu perkara yang tidak baik akan berlaku kepadanya.
Namun mana pernah Park Jimin kisah.
JIMIN :
Harini... cuba teka apa yang aku akan persembahkan kepada kau orang ?Di ketika itu , banyak komen mula tertera di live stream Jimin. Melihatkan komen tersebut , Yoongi terus mengangkat tangannya yang membentuk isyarat bagus.
Menandakan penontonnya memberikan perhatian sepenuhnya kepada Park Jimin.
Jimin tersenyum sinis. Semakin teruja lelaki itu tatkala mendapat apa yang dia inginkan selama ini. Dia , betul betul bahagia.
JIMIN :
Harini... aku akan persembahkan dekat kau orang semua tentang... macam mana ingin melayan tetamu jemputan dengan penuh rasa hormat.Sesekali anak mata Jimin memandang sekilas ke arah beberapa alat yang telah pun disediakan di atas meja yang berdekatan.
Bukan barang yang bahaya.
Hanya sebuah dulang yang diletakkan teko air teh dan cawan kaca sahaja di atasnya.
Betul betul merupakan bahan untuk menjemput tetamu dengan penuh rasa hormat.
Namun... kau yakin hormat dalam fikiran Park Jimin sama dengan di dalam fikiran kau ?
jadi... apa maksud hormat , penonton yang Jimin kasihi sekalian ?
:)
o n l i n e
STREAMER
YOU ARE READING
𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjm
Misterio / SuspensoIn order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience . but do you know what his content about ? what his online stream live about ? dancing ? singing ? mukbang ? no , it will be the wors...