In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
Perlahan Yoongi terjaga.
Perkara pertama yang disaksikan pada itu hanyalah siling putih yang kelihatan agak asing. Dia memejam matanya rapat buat seketika , cuba menstabilkan penglihatan.
Baru sahaja dia ingin bangkit daripada posisi baringnya , baru dia sedar seseorang di sebelahnya yang sedang tidur beralaskan lengan sasanya sendiri.
Melihatkan Hwang Saesong di sebelahnya dan menyedari tubuh badan mereka berdua saling berbogel , Yoongi melepaskan keluhan berat.
"Apa yang aku dah buat ni...?"
Dia mengurut pelipisnya perlahan. Tidak menyangkakan bahawa dia tidak dapat mengawal dirinya walaupun baru sahaja digoda sedikit dengan wanita itu.
Yoongi membiarkan sahaja Saesong di sebelahnya masih lena dibuai mimpi , tidak mahu menganggu tidur wanita itu. Sudah pasti Saesong pun penat.
Tangannya perlahan mencapai telefon pintarnya yang diletakkan elok di atas meja sisi katil. Telefon pintarnya dibuka lalu skrin telefon diperhatikan.
"Apahal ada banyak miss called ni ?"
Berkerut wajah Yoongi. Pelik pula lelaki itu. Tak pernah pernah dia mendapat miss called sebanyak ini. Bukan sahaja miss called , message pun ada sekali.
Jari Yoongi perlahan menekan notifikasi dari message nya. Matanya serta merta membulat besar tatkala dia membaca mesej tersebut.
Refleks , tubuhnya bangkit daripada posisi baring kepada duduk. Gerakan Yoongi membuatkan Saesong yang tadinya terbaring di sebelahnya terganggu dan mula terbangun dari lenanya.
Dengan pantas , Yoongi terus bangkit daripada katil. Pakaian yang berselerak di atas lantai pantas dicapai lalu disarungkan pada tubuhnya dengan pantas.
Saesong yang terganggu dengan gerakan Yoongi , pantas bangkit daripada posisi baringnya. Matanya ditenyeh perlahan lalu memandang Yoongi di hadapannya pelik.
"Yoongi , kau nak pe--"
"Maafkan aku , tapi aku tak rasa apa yang kita buat semalam betul."
Ujar Yoongi sambil tangannya ralit menyarungkan pakaian ke tubuhnya semula. Tergesa gesa. Kerana dia perlu ke suatu tempat selepas ini.
Dahi Saesong berkerut. Keliru dan tak faham dengan apa yang baru sahaja lelaki itu ungkapkan kepadanya sebentar tadi. Lagi lagi bila lelaki itu bukan main nak blah awal.
"Min Yoongi , apa yang kau cakap ni ?"
Selesai menyarungkan pakaian pada tubuhnya , gerakan Yoongi terhenti. Perlahan dia mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah Saesong.
"Maafkan aku... Hwang Saesong."
Sebaik sahaja mengucapkan kata maaf kepada wanita itu , pantas Yoongi memusingkan tubuhnya ke belakang untuk meninggalkan wanita itu sendirian.
"MIN YOONGI !"
Langkah Yoongi serta merta terhenti.
"D-don't you love me too...?" suara Saesong mula bergetar.
Yoongi melepaskan keluhan beratnya.
Yoongi faham dengan apa yang wanita itu ingin lakukan. Bahkan dia tahu , wanita itu juga menyukainya juga dalam diam.
"I do , Hwang Saesong." ujarnya perlahan.
"Ta-tapi kenapa kau nak pergi sekarang ? Ke-kenapa kau cakap apa yang kita buat semalam tak betul ? Kau... kau betul betul cintakan aku atau tak ?"
Mendengarkan luahan sebak wanita itu , perlahan Yoongi pusingkan tubuhnya ke belakang. Anak mata hazelnya merenung dalam ke dalam anak mata Saesong.
"Aku cintakan kau... bukan kerana nafsu. Tapi aku... nak lindungi kau."
Dan selepas itu , Min Yoongi pergi meninggalkan wanita itu.