Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
Tepat pada waktunya.
Waktu tamat sekolah sudah pun tiba. Tak mengambil masa yang lama , kini kawasan sekolah sudah kurang dengan para pelajar.
Kelas aku pula , awal awal lagi budak budak semua dah lesap. Tinggal aku seorang sahaja yang masih duduk sendirian di tempat duduk.
Disebabkan aku tak pernah ada kawan , jadi bersendirian begini ketika habis waktu sekolah tak menjadi satu masalah yang besar bagi aku.
Langit yang berubah warna oren menandakan senja itu aku perhatikan lama dengan pandangan kosong. Masih duduk diam di tempat sendiri.
Aku suka suasana sepi seperti ini.
Dan aku dapat rasakannya ketika habis waktu sekolah sahaja. Pabila semua pelajar dah balik dan hanya tinggal aku seorang sahaja.
Aku malas nak balik rumah awal. Lagipula , bukannya dekat rumah aku tu ada siapa siapa yang ingin menjemput aku pulang dari sekolah.
Aku memejam mata rapat.
"Aku dengar dia jadi youtuber. Famous betul lelaki tu."
Perbualan di antara dua orang budak perempuan itu kembali terngiang semula di dalam kepala aku. Perlahan lahan aku membuka mata.
Aku merenung buat seketika.
"Youtuber ?" Suara aku perlahan.
Pantas aku mengeluarkan telefon pintar aku dari bawah meja. Telefon pintar aku dibuka dan aku mula mencari sesuatu.
youtuber
Di saat aku memasukkan nama itu di carian google , sekelip mata sahaja banyak maklumat yang serta video terpapar di skrin telefon.
Ada pelbagai jenis youtuber. Bukan sahaja yang mahir dalam bab menari dan menyanyi malahan ada juga vlog dan mukbang.
Tanpa aku sedar , aku tersenyum lebar.
"Jadi... ini lah yang perlu aku lakukan untuk mendapatkan perhatian , hm ?"
Bersinar sinar mata aku tatkala membaca pelbagai maklumat yang terpapar di skrin telefon sendiri. Teruja sakan gamaknya.
"Park Jimin..."
Aku tersenyum lebar.
"Semuanya akan bermula sebentar lagi."
o n l i n e
STREAMER
ANDA SEDANG MEMBACA
𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjm
Mystère / ThrillerIn order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience . but do you know what his content about ? what his online stream live about ? dancing ? singing ? mukbang ? no , it will be the wors...
