• t h i r t y - s e v e n •

240 52 4
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

. . .

Dia... lelaki yang aku pilih.

Dan kini dia sudah pun terperangkap di dalam permsembahan yang aku jemput dia dengan tangan aku sendiri. Menjemputnya untuk menambahkan perisa di dalam persembahan aku.

Seperti yang aku janjikan dengannya... dia hadir ke sekolah pada malam ini.

CCTV ? Pak guard ? Jangan risau.

Min Yoongi ada untuk uruskannya.

CCTV sudah pun digodam oleh Yoongi menggunakan laptopnya sendiri. Aku agak kagum bila mengetahui lelaki yang berpengalaman membuli budak lain agak genius orangnya.

Manakala berkaitan dengan pakguard mahupun pekerja pekerja yang bekerja lewat malam di sekolah , sudah pun diselesaikan oleh Hwang Saesong.

Hanya dengan berlakon untuk memberikan minuman percuma kepada mereka , kini mereka sudah pun pengsan tidak sedarkan diri selepas menghabiskan minuman itu.

Dan kini...

Hanya ada Lee Heeseung yang aku pilih untuk bawanya ke syurga di dalam dewan sekolah.

Seorang diri.

Tertanya kenapa aku pilih dia ?

Kerana dia... mempunyai kehidupan yang sama seperti aku. Mempunyai keluarga namun keluarga langsung tidak mengisahkan tentang dirinya.

Tiada kawan mahupun peneman. Hidupnya terlalu keseorangan di dalam dunia ini di mana membuatkan aku berasa simpati dengan kehidupannya.

Kerana dia... perlukan perhatian.

Langkah aku serta merta terhenti di saat aku tiba di dewan. Melihat dengan renungan redup ke arah Heeseung yang sudah pun berdiri tercegat di dalam dewan.

"Anneyong , Lee Heeseung."

Mendengarkan suara aku yang bergema memanggilnya , pantas dia memusingkan tubuh ke belakang untuk melihat aku.

"Eo , hyung."

Mendengarkan panggilannya , senyuman aku serta merta terkuntum di wajah aku. Namun aku tidak melangkah untuk menghampirinya. Hanya berdiri tercegat di situ.

"Hyung..?"

Aku tertawa kecil.

"Maaf , Heeseungie. Tapi kalini kau bukan hak aku. Kau... hak dia."

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang