In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
. . .
"Min Yoongi , kau serious ?"
Berkerut wajah Saesong tatkala mendengar apa yang baru sahaja lelaki muda 8 tahun daripadanya itu katakan. Sedikit terkejut.
Min Yoongi tidak menjawab. Dia hanya mengangguk kepalanya perlahan.
Mereka berdua kini berada di sebuah restoran untuk makan malam. Lepas sahaja kejadian petang tadi , Saesong terus bawa Yoongi ke situ untuk makan.
Makanan yang sudah pun terhidang di hadapan mata langsung tidak diberikan perhatian. Di ketika itu , otaknya tidak henti memikirkan segala rancangan yang perlu dia lakukan.
Bagi membunuh Park Jimin dengan tangannya sendiri.
Tapi entah kenapa... jauh dalam sudut hatinya dia masih ragu ragu dengan apa yang dia ingin lakukan. Terkadang ada baiknya jika dia serahkan semuanya kepada pihak polis.
"Kau rasa... aku tak patut buat semua ni ke ?"
Perlahan Yoongi mengangkat wajahnya ke atas. Iris matanya menatap lembut wajah Saesong. Cuba untuk meminta jawapan daripada wanita itu.
"Ma-maksud kau ?"
"Kau bagitahu aku , kalau kau rasa aku patut teruskannya , aku akan teruskan. Tapi kalau kau tak mahu , aku tak akan teruskan..."
Nada suara Yoongi kedengaran perlahan di hujung ayat. Jujur , dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya ketika itu.
Sebahagian daripada dirinya ingin meneruskan ranacangan gila ini dan membunuh Park Jimin menggunakan tangannya sendiri.
Tapi sebahagian daripada dirinya lagi rasa seperti dia tidak perlu lakukan semua itu kerana semua itu merupakan suatu perkara yang tak baik.
Mungkin Min Yoongi selalu membuli budak di sekolahnya , namun dia masih waras dan tidak mencabut nyawa manusia lain yang berharga. Dia tahu di mana limitnya.
"Takkan lah kau nak lepaskan Park Jimin setelah apa yang dia dah buat dekat kau ?"
Berkerut wajah Saesong memandang Yoongi. Mata mereka saling bertembung. Saesong cuba untuk memberikan sedikit keyakinan kepada lelaki itu.
Walaupun benda ini tampak salah di sisi undang undang , namun jika mereka serahkan tugas ini kepada pihak polis , belum tentu mereka dapat hukumnya dengan sebaiknya.
Lagipula , Park Jimin masih di bawah umur. Dia sudah pasti tidak akan dipenjarakan jika dia ditangkap oleh pihak polis dan semua itu tidak patut berlaku.
Yoongi hanya kekal membisu. Dia sendiri tidak tahu ingin membalas apa.
"Hey Min Yoongi , look at me." panggil Saesong lembut.
Mendengarkan panggilan Saesong , perlahan Yoongi mengangkat wajahnya dan kini mata mereka saling bertemu. Lembut tatapan Saesong berikan kepada lelaki itu.
"Kau... tak boleh biarkan binatang macam dia tu kekal hidup. Kalau kau biarkan semua ni dekat polis , mereka mungkin tak semampu yang kau sangkakan..."
Yoongi hanya diam.
"Bahkan... bukan sahaja omma kau. Malahan boleh jadi mangsa pilihannya akan bertambah ramai. Orang orang yang tak bersalah akan mati selepas ini..."
Yoongi terkedu.
Dia langsung tidak menyangkakan bahawa wanita itu akan mengatakan seperti itu kepadanya. Dia tidak pula berfikir sejauh itu. Hanya dari tadi memikirkan tentang dendamnya sahaja...
Perlahan Saesong memegang tangan lelaki itu yang sudah pun terletak elok di atas meja membuatkan Yoongi menunduk perlahan memandang tangannya yang digenggam Saesong erat.
"Trust me , you can do it"
Perlahan Yoongi ukirkan senyuman nipis.
"Tapi... kalau ada benda yang tak baik berlaku dekat aku , janji dengan aku yang kau akan terus lupakan aku."
Saesong tersentak.
. . .
Seperti rancangannya , Yoongi naik ke tingkat atas apartment milik Jimin. Setibanya di koridor aras terletaknya rumah Park Jimin dan Hwang Saesong yang bersebelahan , langkahnya terhenti.
Dia menjenguk buat seketika ke bawah , memandang ke arah sebuah kereta berwarna merah milik Saesong.
Ikutkan tadi Saesong berkeras ingin mengikutinya tapi Yoongi tidak langsung membenarkannya. Katanya , dia akan selesaikan semuanya sendiri.
Dan jikalau sesuatu terjadi kepadanya , Saesong di bawah akan terus menelefon untuk mendapatkan bantuan daripada mana mana pihak.
Perlahan Yoongi mengangkat wajahnya semula. Langkahnya diteruskan menuju ke hadapan. Melalui koridor tersebut untuk menuju ke arah pintu rumah Park Jimin.
Langkahnya dihentikan betul betul di hadapan pintu rumah Park Jimin.
Merenung tajam pintu rumah itu bagaikan dia sedang menghadiahkan renungan tajam tepat ke wajah Park Jimin yang cukup dia berdendam.
Perlahan tangannya diangkat lalu diketuk pintu itu perlahan. Walaupun dia juga turut berdebar dan takut , namun dia cuba untuk kumpulkan segala keberanian yang dia ada.
Lagipula , dia tidak boleh membiarkan seseorang yang telah membunuh manusia yang dia paling sayang begitu sahaja....
Min Yoongi akan membalas dendam.
Tali beg sandangnya ditarik perlahan. Beg sandang yang sepatutnya diisi dengan laptop dan camera kini sudah pun diisikan dengan pelbagai alatan tajam.
"Park Jimin"
Sekali lagi Yoongi mengetuk pintu rumah Jimin namun langsung tiada sebarang sahutan dari dalam membuatkan lelaki itu semakin pelik.
Apakah Park Jimin tiada di rumah ?
Baru sahaja dia ingin melangkah pergi , baru Yoongi sedar bahawa pintu rumah lelaki itu langsung tidak berkunci.
Dengan pantas , Yoongi membuka pintu tersebut.
Matanya terbelalak luas tatkala melihat sekujur tubuh yang sudah pun berlumuran dengan darah sedang tergantung elok di siling.
Disebabkan terlalu terkejut , tubuh Yoongi hilang imbangan dan terjelopok di atas lantai. Mulutnya ternganga , begitu tidak menyangkakan akan melihat tubuh yang cukup tidak asing itu.
Ianya Park Jimin.
Dan lelaki itu sudah pun mati sebelum sempat dia membunuh lelaki itu...
"A-apa yang..."
Dan belum sempat Yoongi ingin meneka , sesuatu buruk sudah pun menimpa dirinya.