• t w e l v e •

429 90 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .

"Kau masih belum dibayar , bukan ?"

Aku toleh sedikit ke tepi. Iris mata aku mencuri pandang ke arah Yoongi yang hanya menumpukan perhatian di hadapan.

Entah macam mana ketua pembuli sekolah yang digeruni ramai seperti dia , tiba tiba sahaja mengajak aku untuk menjadi kawannya.

Dan sekarang... dia nak hantar aku balik rumah.

Pelik ? Sudah semestinya. Tapi aku sukakannya. Buat pertama kali , aku mendapat perhatian dari seorang kawan.

"Kau tau tak betapa complicatednya process tu ? Kau kena evaluated dulu."

E-evaluated ?

"Tapi aku tahu... kau create channel ni bukan untuk dapatkan duit pun. Cuma... aku nasihatkan kau untuk buat income dengan hobi baru kau ni."

Selamba sahaja Yoongi bersuara di sebelah aku dengan tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tangan kirinya memegang erat tali begnya.

"Aku akan rakam kau. Jangan risau , aku tahu angle mana yang lawa. Aku boleh edit video kau dan hack system youtube supaya takkan jadi masalah untuk kau teruskan channel tu walaupun illegal."

Langkah Yoongi serta merta terhenti membuatkan langkah aku juga turut terhenti. Dia perlahan menoleh memandang ke arah aku. Pandangan redup diberikan.

"I'll be your perfect cameraman. All you have to do... is perform."

Senyuman sinis terukir di wajah Yoongi.

"Anni."

Mendengarkan sepatah perkataan terbit di bibir aku , serta merta riak wajah Yoongi berubah. Dahinya berkerut.

"Mwo ?" pandangan menjengkelkan Yoongi tayang.

"Aku akan lead channel aku sendiri. Dan aku takkan biarkan kau jadikan aku hanya sekadar boneka bernyawa."

Sebelah kening Yoongi terjungkit ke atas , hairan.

"Aku takkan sesekali bersetuju dengan kau kalau kau hanya nak aku jadi bahan rakaman..."

Yoongi tertawa sinis.

"Aku... akan jadi mastermind."

Yoongi memandang aku dengan kedua belah tangannya yang mula disilangkan lalu dirapatkan pada dada.

"Jadi ? Siapa yang akan jadi bahan rakaman kau , Park Jimin-sshi ?"

Aku terdiam buat sejenak.

Cuba untuk memikirkan siapa siapa sahaja yang akan terlintas di dalam minda aku.

Malangnya , tiada siapa siapa.

Memandangkan aku tidak punyai lansgung kawan dan tak pernah kenal rapat dengan mana mana orang , jadi aku tak tahu.

"Aku akan cari."

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now