• t w e n t y - e i g h t •

297 66 14
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


. . .

Saesong terjaga .

Serentak kedua dua kelopak matanya terbuka luas. Peluh peluh dingin meleleh tidak henti di seluruh badannya membuatkan di semakin takut.

Seluruh anggota tubuhnya dilanda persaan takut membuatkannya kembali tidak tenang.

Pantas Saesong bangkit daripada posisi baringnya dan duduk di atas katil. Kedua dua belah kakinya diangkat ke atas lalu dipeluk erat.

Seluruh anggota tubuhnya menggigil ketakutan. Nafasnya pula menjadi tidak teratur. Dadanya berombak naik dan turun dengan lajunya.

Jantungnya pula , sudah pasti berdegup laju.

Saesong menggigit lengan bajunya tak henti. Matanya memerhatikan sekeliling biliknya yang kosong , hanya ada dia sahaja.

Terlampau takut.

Kejadian yang berlaku beberapa jam yang lalu membuatkan Saesong sendiri tidak mampu ingin melelapkan matanya untuk tidur.

Setiap kali dia ingin tidur , pasti bayangan Park Jimin membunuh budak lelaki itu akan kembali menerjah mimpi malamnya.

Di mana membuatkan Saesong semakin takut.

Dia takut... jikalau Park Jimin pula yang akan bertindak sekejam itu terhadap dirinya.

Dia sendiri tidak mengenali Park Jimin itu bagaimana orangnya. Dan walaupun dia sudah menandatangani contract , Park Jimin tetap...

Lelaki bahaya.

Pelbagai fikiran negatif asyik menerjah ruang kotak fikiran Saesong. Pelbagai perkara ngeri seringkali membuatkannya semakin takut.

Apa yang akan terjadi jikalau Park Jimin tiba tiba pecah masuk rumahnya dan berniat ingin membunuhnya pula ?

Sudah lah mereka bersebalahan rumah sahaja.

Bagaimana Hwang Saesong ingin tidur dengan tenang jikalau apa yang terjadi itu tidak henti menganggu fikirannya.

Bahkan lampu biliknya juga dia tidak mahu tutup kerana terlalu takut. Takut berada di dalam gelap dan takut jikala Park Jimin bersembunyi di dalam gelap untuk membunuhnya.

Saesong memejam matanya rapat. Dia memegang kepalanya erat. Mengetuk kepalanya berkali kali , beranggapan dengan cara itu akan membuatkannya lupa akan tragedi sebentar tadi.

"Ha--"

Tubuh Saesong pantas ditarik Yoongi masuk ke dalam dakapannya. Tubuh Saesong yang tak henti henti menggigi bagaikan tiada hari esok , dipeluknya erat.

Setelah lama bertahan , akhirnya Saesong menghasilkan esakan kuat.

Yoongi melepaskan keluhan berat.

Sudah dia agak , wanita itu pasti tidak mampu melelapkan dirinya. Siapa sahaja yang akan dapat tidur dengan lena selepas menyaksikan perkara ngeri secara live di hadapan mata.

"Shuhh... aku ada dekat sini."

Belakang badan Saesong digosoknya lembut. Cuba untuk menenangkan wanita itu. Namun tangisan Saesong menjadi semakin kuat.

Dia... terlampau takut.

Pantas Yoongi meleraikan pelukan itu. Pandangan runsing terhias di wajahnya. Semakin dia tertekan tatkala Saesong tidak mahu berhenti menangis.

Sudah lah dia berjanji untuk menemani wanita itu dan terpaksa tinggalkan ommanya seorang diri di rumah , ni pulak sekarang dia tak dapat nak tidur dengan tenang sebab Saesong tak habis bising.

Kedua dua belah bahu Saesong dipegangnya erat. Mata dingin Yoongi merenung dalam ke dalam anak mata Saesong yang berair.

"Hey , look at me..."

Wajah Saesong masih setia ditunduk ke bawah. Tidak mahu langsung mengangkat wajahnya ke atas untuk bertemu mata dengan Yoongi.

Dia tahu Yoongi juga turut tertekan dengannya.

Yoongi melepaskan keluhan beratnya tatkala Saesong masih tetap ingin berdegil. Wanita itu sudah pun berhenti menangis namun wajahnya lencun dengan air mata.

Perlahan Yoongi menolak dagu Saesong ke atas menggunakan jari telunjuknya , serta merta membuatkan mata mereka saling bertembung.

Renungan redup Yoongi berikan.

"Self-healing. Kau tak buat ?"

Saesong hanya diam.

Yoongi mengeluh. "Kan aku cakap... kalau kau tak boleh nak bertenang buat method tu."

Saesong masih diam.

Melihatkan mimik wajah sedih Saesong , tak sampai hati pula Yoongi ingin menengking wanita itu yang sudah pun menganggu lenanya.

Kalau ikutkan , mahu sahaja Yoongi tumbuk sesiapa sahaja yang menganggu lenanya. Tapi jikalau ianya perempuan... Min Yoongi lemah.

Setiap kali perempuan menangis... dia terasa bagaikan dia membuat ommanya sendiri menangis.

"Kau tak boleh nak buat method tu , hm ?" soal Yoongi dengan nada selembut yang boleh.

Saesong mengetap bibirnya. Perlahan ditundukkan wajahnya ke bawah lalu mengangguk tiga kali.

"Nak aku ajar lagi satu cara ?"

"Cara ap--"

"Reset."

Dalam sekelip mata , bibir mereka bercantum.

Suatu babak yang berlaku secara tiba tiba akan membuatkan kau terkejut dan terlupa akan apa yang baru sahaja terjadi kepada diri kau.

Itu lah... Min Yoongi's reset method.

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang