• t w e n t y - s i x •

311 73 4
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


. . .

"Y-yah , kau ada dekat dalam ke ?"

Yoongi mengetuk perlahan pintu rumah itu namun langsung tiada sebarang sahutan dari dalam. Apa perempuan tu dah pengsan ke ?

"Perempuan tu dah tidur ke atau--"

Kata kata Yoongi terhenti di saat tangannya berjaya memulas tombol pintu rumah itu. Matanya sedikit membulat. Pantas dia mengangkat wajah dan memandang ke arah pintu tersebut.

Bermakna penghuni rumah ini tidak mengunci pintu rumahnya sendiri.

Tanpa memikirkan apa apa , pantas sahaja Yoongi menarik daun pintu rumah itu. Dengan selambanya , dia melangkah masuk ke dalam.

Seperti sangkaannya , bau aroma lavender menusuk ke dalam rongga hidungnya. Memandangkan ini merupakan rumah perempuan , sudah pasti bau pun wangi.

Masuk sahaja ke dalam , dapat Yoongi dengar bunyi tangisan yang tidak berhenti teresak esak kedengaran. Bunyi tu takdelah jauh mana , mungkin datang dari Saesong yang berada di biliknya.

Sesekali , mata Yoongi meliar memandang sekeliling. Memerhatikan segenap ruang rumah milik wanita itu. Dari cara dekorasinya pun , Yoongi tahu wanita itu penggemar warna merah jambu.

Perlahan Yoongi memusingkan tubuhnya , menghadap ke arah sebuah bilik yang berkemungkinan merupakan bilik tidur wanita itu.

Memandangkan bunyi tangisan itu datang dari dalam.

Tidak berlengah masa , pantas sahaja Yoongi memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik tidur wanita itu.

"Kau tahu tak bahaya tau untuk perempuan yang tinggal seorang diri , biarkan rumahnya tak berkunci dalam waktu begini."

Bahu Saesong terhinjut. Pantas dia yang membenamkan wajahnya pada lutut mengangkat kepala. Pandangan terkejut menghiasi wajahnya.

Wajahnya juga lencun dengan air mata.

Yoongi hanya memberi pandangan kosong kepada wanita itu. Sebelah tangannya elok sahaja dimasukkan ke dalam poket hoodienya.

"A-apa yang kau..."

Yoongi terus menghampiri katil itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah wanita itu dengan selambanya. Berkerut wajah Saesong melihat Yoongi.

Entah objektif lelaki itu masuk ke dalam rumahnya juga dia sendiri tidak tahu.

"Kau tak boleh nak lupakan apa yang kau nampak tadi , bukan ?"

Mendengarkan soalan Yoongi juga sudah pun membuatkan tubuh Saesong kembali bergetar. Wanita itu... terlampau takut.

Segala moment bagaimana Park Jimin membunuh budak lelaki itu langsung tidak boleh dilupakan Saesong. Semuanya diulang tayang bagaikan video rosak di dalam kepalanya.

Walau macam mana pun dia cuba , dia langsung tidak boleh nak bertenang. Wanita itu terlampau takut sehingga dia langsung tidak boleh nak tidur.

"Selepas ni... kau kena seksa mereka yang Jimin pilih. Kau yakin kau dapat lakukannya ?"

Perlahan Yoongi menoleh , memberikan pandangan kosong kepada wanita itu. Saesong menggeleng kepalanya laju , terlalu takut.

"A-aku takut... a-aku tak rasa aku bo-boleh lakukannya..." Saesong mula ingin menangis.

Yoongi mengeluh.

"Kau sendiri tahu , kalau kau stop sampai sini , semuanya akan berakhir. Berkemungkinan Park Jimin sendiri yang akan jadikan kau mangsa seterusnya sebab kau khianat dia dan tinggalkan dia."

Mata Saesong membulat. Semakin takut wanita itu mendengar apa yang dikatakan Yoongi.

Yoongi merenung redup wajah wanita itu. Timbul sedikit perasaan kasihan terhadap Saesong. Melihatkan dia dalam keadaan begitu takut dan lemah.

Membuatkan Yoongi... rasa bersalah ingin meninggalkannya.

"Kau... nak aku tunjuk macam mana nak tenangkan diri kau ?"

"Ma-macam mana...?"

Yoongi perlahan menghampiri tubuh Saesong. Kedua tangannya menarik tubuh Saesong menghampirinya lalu memusingkannya. Membuatkan tubuh Saesong kini membelakanginya.

Kedua dua belah tangan Yoongi memegang erat sisi bahu milik Saesong membuatkan wanita itu sedikit terkejut.

"Apa yang kau buat ni ?"

"Tarik nafas..." pinta Yoongi lembut.

Wajah Saesong berkerut. Namun wanita itu terlalu malas ingin bertanya , dia akur dengan apa yang dipinta lelaki itu.

Perlahan Saesong menarik nafasnya dalam dalam lalu menghembuskannya.

"Tutup mata..."

Sebelah kening Saesong terjungkit ke atas. Dia cuba untuk menoleh ke belakang bagi melihat wajah Yoongi.

"Apa yang kau--"

"Tutup mata kau."

Mendengarkan perubahan suara Yoongi yang tadinya lembut terus berubah dingin , pantas Saesong berdiam diri dan akur.

Melihatkan Saesong yang hanya menurutinya , Yoongi tersenyum nipis.

"Bila kau tak boleh nak bertenang... silangkan tangan kau macam ni."

Perlahan Yoongi mencapai tangan kanan Saesong lalu diletakkan pada bahagian bahu kiri wanita itu manakala tangan kirinya pula dicapai lalu diletakka pada bahagian bahu sebaliknya.

"Dan lepastu... tepuk bahu kau perlahan lahan berulang kali."

Yoongi menepuk perlahan tangan Saesong yang diletakkan pada bahagian bahu wanita itu perlahan.

"...ia akan membantu kau untuk menenangkan diri."

Saesong mengetap bibirnya.

"A-apa... benda ni ?"

Yoongi tersenyum. "Butterfly hug method. Ia merupakan teknik self-healing untuk pesakit trauma."

Perlahan Yoongi melepaskan tangannya daripada terusan menyentuh tangan wanita itu. Tidak mahu membuatkan Saesong kurang selesa dengan sentuhannya.

"Kalau macam tu , aku nak balik dulu."

Baru sahaja Yoongi ingin bangkit daripada duduknya , pantas sahaja Saesong menarik hoodie lelaki itu perlahan membuatkan langkah Yoongi terhenti.

Dipandangnya wajah wanita itu dengan sebelah keningnya terangkat , menginginkan penjelasan.

Saesong tundukkan wajahnya ke bawah.

"Boleh... kau teman aku ?"

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang