• s i x •

510 105 48
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .

Aku mengeluh.

Melepaskan keluhan yang berat sekali. Wajah aku diraup kasar. Rambut aku sudah pun kelihatan tak terurus kerana asyik dikusutkan oleh aku sendiri.

Manakan tidak , selepas apa yang dah berlaku semalam kau fikir aku boleh duduk tenang sahaja ?

Jujur , aku sukakan perhatian yang diorang bagi walaupun ianya tak semestinya dalam keadaan yang baik. Walaupun dimaki seperti semalam , aku tetap suka.

Cuma yang aku tak suka...

Diorang pergi macam tu je. Diorang tinggalkan aku sendiri begitu sahaja.

"Nampaknya aku kena cari cara untuk buat live stream yang menarik. Yang boleh buatkan diorang bertahan lama dan tidak akan tinggalkan aku..." aku ketap bibir rapat.

Dalam kepala aku cuba sedaya upaya untuk memikirkan sebarang idea bernas yang boleh aku gunakan untuk buat live stream malam ni.

Tapi hampeh , takde satu pun masuk otak.

Aku mengeluh berat sekali lagi. Perlahan aku baringkan tubuh aku di atas lantai rooftop bangunan sekolah itu.

Tempat ni memang dah jadi tempat larangan tapi dah aku tengok pintu masuk rooftop ni tak berkunci , jadi aku pun masuk jela.

Apa aku kisah kan ?

Disebabkan terlalu tertekan untuk memikirkan apa apa idea , aku terus sumbatkan earphone dalam telinga aku dan mula dengar lagu.

Beberapa lagu merapu yang tak berguna dimainkan secara rawak oleh aku.

"Dah 2020 pun takde lagu yang best ke lahai." Rungut aku perlahan.

Baru sahaja aku ingin menutup kembali lagu yang dimaikan dari telefon pintar aku , tiba tiba gerakan aku terhenti tatkala telinga aku mendengar sesuatu.

Tunggu...

Mata aku membulat.

Bukannya lagu tak guna yang aku selalu dengar di radio mahupun kaca televisyen. Ianya kedengaran jauh berbeza dari lagu lagu tersebut.

Ini bukan lagu.

Tapi bunyi anjing menyalak.

Nyalakannya kedengaran agak berbeza sekali daripada yang selalu aku dengar. Seolah olah nyalakannya ini bagaikan tragis dan menyedihkan.

Aku pejamkan kedua dua belah mata aku rapat dan cuba untuk membayangkan imaginasi anjing tersebut di dalam kotak fikiran aku sendiri.

Dan ya.

Ianya merupakan seekor anjing yang diseksa tanpa belas kasihan.

Semakin aku seksa dia lagi dan lagi , nyalakannya semakin mendayu dayu seakan sedang menangis. Meminta aku untuk membebaskannya.

Darah memancut ke sekeliling sehingga membasahi pakaian aku. Di mana membuatkan aku semakin seronok bermain dengan anjing itu.

Dan sekali lagi aku tusuk hujung payung ke tubuh anjing itu kuat. Dia menyalak kuat. Matanya juga sudah pun berair bersama darahnya.

Aku tusuk lagi payung ke perutnya.

Sekali.

Dua kali.

Tiga kali.

Empat kali.

Lima kali.

Sehinggakan anjing itu tidak mampu lagi bergerak. Air matanya mengalir deras. Namun apakan daya , tubuhnya sudah terlalu lemah ingin melawan aku.

"Tch , anjing lemah..."

Tanpa aku sedar , aku tersenyum lebar.

Perlahan aku membuka kedua belah mata aku dan memandang tepat ke atas di mana langit cerah mula menyambut aku.

"Aku dah dapat... tema content channel aku."

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now