In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
Bbuk !
Tubuh aku terdorong ke belakang di saat Yoongi melayangkan satu tumbukan padu ke muka aku. Bibir aku sudah pun pecah dan berdarah.
Tapi aku masih tertawa sinis.
Makin aku suka bila pergaduhan kami berdua ini menarik perhatian semua pelajar. Memandangkan dia belasah aku dekat tapak perhimpunan sekolah , semua pelajar akan nampak.
Ya , dia buatkan aku dapat perhatian.
Dan aku cukup sukakannya.
"Kau.. kau yang bunuh omma aku kan ?"
Suara Yoongi kedengaran bergetar. Mukanya merah menahan marah. Urat uratnya tersembul keluar di bahagian lehernya. Tangannya digenggam erat.
Aku tertawa sinis.
"Apa kau ni ? Omma kau mati sebab rumah kau terbakar kan ? Apa kena mengena dengan aku ?"
"SETAN !"
Sekali lagi satu tumbukan dilayangkan pada wajah aku membuatkan tubuh aku kini terdorong dan terbaring lemah di atas lantai , namun aku tetap ketawa.
Walaupun bahagian mulut aku sudah berlumuran dengan darah , namun aku tetap mampu boleh ketawa. Aku tak melawan bukan bermaksud yang aku lemah.
Kerana... yang akan dikenakan hukuman nanti hanyalah Min Yoongi.
Aku... masih tetap menjadi seorang pelajar baik yang pendiam di sekolah ini. Dan mungkin cikgu akan assume Min Yoongi sedang membuli aku heh.
Yoongi membongkokkan dirinya dan mula mencengkam erat kolar bajuku dengan kedua dua belah tangannya. Matanya tajam menikam anak mata aku.
"Kau... kau sengaja jerat aku dalam permainan kau semalam." suaranya semakin bergetar.
Pfttt... lucu.
"Kau... kau sengaja gunakan Saesong untuk buat aku lalai , bukan ?"
Aku tersenyum lebar menampakkan barisan gigi aku yang dicemari dengan warna merah darah. Masih mampu memprovok Min Yoongi walaupun dibelasah teruk.
"Yoongi-yah..."
Matanya tetap menikam tajam anak mata aku.
"Nak aku bagitahu kau suatu rahsia ?" aku tertawa kecil.
Dia masih menjengilkan matanya kepada aku , memberikan pandangan yang menakutkan. Tch , apa kau pikir aku takut dengan si lemah ni ?
Si cacat tu dah mati sikit dah tumbang. Dasar lemah.
Aku mendekatkan wajah dengan wajahnya lalu berbisik perlahan ke telinganya. Sengaja mencurahkan lagi minyak di atas bara api yang sedang bernyala di hadapan aku.
"Kalau omma kau hidup lagi... sudah pasti kau akan dapat adik. Dan aku bakal jadi ayah tiri kau."
Aku mengakhiri kata kata dengan tergelak sinis.
Mata Yoongi serta merta membulat. Disebabkan tidak dapat tahan lagi dengan kemarahannya , wajah aku terus ditumbuknya kuat. Dia betul betul bengang.
Tak cukup dengan tumbuk aku macam orang gila , tubuh aku dipijak dan ditendangnya kuat. Melepaskan segala kemarahannya kepada aku.
"MATI KAU MATI !!!"
Aku ?
Aku tak sakit. Malahan aku langsung tak takut dengan dia.
Yoongi mencengkam kolar baju aku sekali lagi membuatkan tubuh aku tertarik lemah menghadapnya. Wajah aku yang sudah lebam itu memandangnya kosong.
Air matanya mengalir deras membasahi pipinya.
Entah kenapa , aku rasa kesian. Title dah gempak , ketua pembuli sekolah. Tapi hanya disebabkan kecacatan dalam hidup dia , dia nampak begitu lemah.
"Kenapa... kenapa kau buat macam tu ???"
Suara Yoongi tersekat sekat menahan rasa sebaknya. Air matanya tak henti henti bercucuran keluar dari tubir mata. Wajahnya kelihatan pilu sekali.
Aku hanya memberi pandangan kosong.
"A-aku... a-aku hanya ada dia je dalam dunia ni..."
Air mata Yoongi mengalir semakin deras. Dia mengetap bibirnya rapat seraya wajahnya perlahan ditundukkan ke bawah , menahan diri daripada menangis.
Hinggakan kedua dua tangan Yoongi yang sedang mencengkam kolar baju aku juga turut terketar ketar. Dia... betul betul tak dapat kawal emosi dia dengan baik.
Lemah.
Wajahnya yang putih semakin memerah tatkala dia cuba menahan diri daripada menghasilkan sebarang bunyi tangisan. Wajahnya juga turut lencun dibasahi air mata.
"Park Jimin... ke-kenapa...?"
Aku tersenyum sinis.
"Kau kata kau nak jadi kawan aku , jadi kau hanya perlu ada aku dalam dunia ni."