In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
Ya , aku dah putuskannya.
Semuanya terjadi dengan sangat pantas sampai aku pun tak tahu macam mana nak terangkan bagaimana aku dapat ilham untuk lakukan semua ini.
Aku tak sangka , aku ni bijak juga rupanya.
"Kenapa aku tak mengenali diri aku dengan lebih dalam sedangkan aku tahu itu jawapan yang bernas ?" Aku geleng kepala perlahan seraya tersenyum sinis.
Waktu sudah pun senja.
Langit makin gelap dan aku berada di padang yang tidak digunakan lagi. Padang ini merupakan padang yang berdekatan dengan rumah aku.
Dan sebab utama kenapa aku jejakkan kaki ke padang ini hanyalah satu. Kerana aku... ingin melatih diri aku dengan lebih baik.
Aku merenung dalam ke arah kawasan gelap itu. Di mana aku dapat lihat dengan jelas sebuah kotak berhampiran melalui cahaya terang dari bulan.
Tanpa banyak fikir , aku terus mengatur langkah menghampiri kotak tersebut.
Tiga ekor anak anjing.
"Aku tahu kau akan ada di sini. Sedang menunggu ibu kau pulang cari makanan ke , hm ?"
Ketiga tiga anak anjing itu sedang tidur nyenyak langsung tak menghiraukan aku yang bakal melakukan sesuatu yang menyeronokkan kepada mereka.
Sekali lagi , even binatang sekali pun... mengabaikan aku.
Riak wajah aku menjadi kosong. Langsung tiada perasaan tatkala aku memerhatikan ketiga tiga ekor anak anjing yang masih nyenyak itu.
Mata aku melilau memandang sekeliling sebelum pandangan aku jatuh pada batu bata yang digunakan untuk membina rumah itu berdekatan.
Pandangan redup aku berikan.
"Kau tak bagi aku sebarang pilihan. Kau buat aku bagaikan tidak penting , memang kau patut terima balasannya..." aku memandang kosong ke arah anak anak anjing itu.
Perlahan senyuman aku terukir.
"...aku akan buatkan kau mula beri perhatian kepada aku."