In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
"Weh sumpah weh , aku terkejut gila dengan live stream semalam."
"Dia memang betul betul bunuh budak tu weh !"
"No , it's not like patung or main main tau but memang real !"
"Even darah dia pun darah betul aku tau walaupun aku tak bau !"
Aku perlahan tersenyum.
Masih dengan rutin harian aku yang sama , menyalin nota. Namun kalini aku membuat nota subjek kimia. Subjek paling aku tak suka. Tapi menarik.
Bukan sahaja kelas aku , tapi satu sekolah sedang menceritakan live stream yang aku buat semalam.
Dan jujur... aku kagum kerana mereka semua sekarang mula beri perhatian terhadap aku. Walaupun mereka tidak mengenali diri sebenar aku.
Aku berjaya... menjadi tumpuan perhatian ramai orang.
Aku perlahan menoleh ke sebelah , memandang ke arah meja Yoongi yang terletak sedikit jauh daripada meja aku.
Dia sedang tidur dengan beralaskan buku teks Biology. Mungkin terlampau mengantuk selepas kami melakukan live stream malam semalam.
Aku tersenyum.
Dalam kepala aku , tercipta pelbagai idea untuk aku lakukan seterusnya. Segala perkara yang aku rasa akan buatkan aku mendapat perhatian yang lebih banyak.
Aku pasti akan...
"AAAARRRRGGGHHHHHHHH !!!!"
Jeritan suara seorang perempuan dari tingkat bawah mengejutkan semua budak kelas aku , bahkan aku juga sedikit terkejut dengan jeritan secara tiba tibanya.
Pantas aku menoleh ke arah tingkap.
Semua budak kelas aku terlebih awal sudah berlari ke arah tingkap yang akan menunjukkan pemandangan luar bangunan sekolah. Di mana dari situ datangnya bunyi jeritan itu.
Disebabkan aku juga ingin tahu , aku perlahan bangun daripada duduk.
Baru sahaja aku ingin melangkah ke tingkap , langkah aku terhenti. Aku menoleh sebentar untuk memandang ke arah Yoongi yang masih berada di tempatnya.
Yoongi masih lena dibuai mimpi.
Namun kalini dia menutup kepalanya dengan buku teks , tidak mahu sesipa menganggunya.
Aku tersenyum nipis.
Dengan langkah yang berhati hati aku mula melangkah menghampiri tingkap yang dikerumun dengan semua budak kelas aku.
Mereka semua memandang ke arah bawah denga riak wajah terkejut. Ada yang lari daripada kelas kerana tahan muntah.
Apa yang diorang tengok ?
Di saat aku berada betul betul di tepi tingkap , perlahan aku turunkan pandangan ke bawah. Memandang ke arah kandang arnab yang berada di bawah.
Dan di kala aku ternampak seorang perempuan pengsan kerana terkejut melihat apa yang berada di sangkar arnab tersebut...
Aku tersenyum lebar.
Tubuh yang telah pun aku kerjakan semalam sudah pun dijadikan sarapan pagi buat arnab arnab yang berada di dalam sangkar.
Perlahan aku toleh dan pandang ke arah Yoongi.
"Kau... buatkan aku semakin suka dengan attitude kau , Min Yoongi."