• t h i r t y - f o u r •

266 60 4
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

. . .

S A E S O N G

Semua di sekitar aku semuanya gelap.

Aku langsung tak mampu untuk melihat apa apa. Semuanya samar samar. Bagaikan deria penglihatan aku terputus buat sementara.

Jujur , dengan keadaan aku sebegini membuatkan aku semakin takut. Kerana aku tidak tahu apa yang ada di hadapan , di kanan , di kiri mahupun di belakang aku.

Aku perlu menggunakan deria pendengaran dalam skala yang maksima.

Itu sahaja cara untuk aku boleh kekal berhati hati ketika ini.

"Buka."

Suara dingin Park Jimin yang kedengaran seakan sedang berbisik di telinga aku membuatkan bulu roma aku serentak berdiri tegak , tubuh aku menggigil.

Dengan tangan yang tak henti berketar , aku mula membuka tudung saji yang aku rasakan di hadapan. Disebabkan mata aku sudah pun di blindfolded , aku tak dapat lihat dengan jelas.

Aku mengerutkan dahi.

Pantas menekup hidung aku tatkala bau yang amat busuk menerjah ke dalam rongga hidung aku. Baunya terlalu kuat sehingga membuatkan aku rasa ingin muntah.

Apakah ia ? Adakah ianya benda yang teruk ? Kenapa aku rasa begitu tak sedap hati ?

Aku dapat rasakan Jimin mula melangkah pergi meninggalkan aku.

Walaupun dia sudah pergi meninggalkan aku , tapi aku masih tidak dapat merasakan ketenangan di sekeliling. Kerana dia... tinggalkan aku seorang diri dengan tugasan yang perlu aku lakukan.

Aku kena makan benda di hadapan aku.

Walaupun aku tidak nampak dan tidak tahu apakah ia , tapi aku harus menelannya juga untuk memuaskan hati penonton penonton yang sedang menyaksikan persembahan aku.

Bukan , atau lebih tepat aku... memuaskan hati Park Jimin.

Walaupun aku tak nampak , tapi aku dapat rasakan dia sedang memandang aku dengan pandangan penuh teruja. Senyuman lebar sehingga ke telinga.

Aku membetulkan posisi aku sebelum tangan aku yang masih berketar mula menyentuh perlahan sesuatu yang dihidangkan atas pinggan tersebut.

Aku menyentuhnya.

Ianya keras tetapi tidak terlalu keras. Ada bahagian yang keras dan ada bahagian yang lembik.

Aku menyentuhnya perlahan , dapat aku rasakan benda itu melekat pada jari aku.

Perlahan aku mendekatkan tangan dengah wajah sendiri. Menghidu bau benda itu dengan deria bau aku.

Serentak aku membuat mimik wajah geli. Busuk.

Perlahan aku keluarkan lidah dari dalam mulut. Walaupun aku terlampau takut dan masih was was , tapi aku perlu teruskannya juga.

Lidah aku menjilat perlahan benda yang melekat pada jari aku. Di saat ia menyentuh lidah aku , terasa agak geli.

Aku mula menelannya perlahan.

"Puff--"

Aku hampir ingin termuntah tatkala menelan benda itu. Aku tak pasti apakah ia tapi... rasanya begitu teruk sekali.

Aku tak tahu nak terangkan bagaimana. Rasanya terlampau menjijikkan. Membuatkan aku semakin tertanya tanya , apa yang aku baru sahaja telan sebentar tadi.

Walaupun aku rasa seperti ingin berputus asa... tapi aku tak mampu.

Kau kena teruskan semua ni , Hwang Saesong.

Dengan sebelah tangan aku menekup hidung , aku mula menjilat rakus tangan aku yang sudah pun melekat dengan benda yang aku langsung tidak tahu.

Di saat benda itu masuk ke dalam rongga mulut , aku terasa penuh dan betul betul ingin termuntah.

Aku menekup mulut dengan wajahnya berkerut. Menahan diri dan cuba menelan sendiri cecair yang hampir terkeluar dari mulut aku sendiri.

Jijik.

Tapi... aku tak boleh berhenti.

Aku mengambil benda itu dan disumbat terus ke dalam mulut aku sehingga penuh , cuba sedaya upaya untuk menelannya walaupun sukar.

Di saat ia mula tersekat di celah celah gigi aku , aku terasa begitu geli. Tapi aku cuba telannya juga.

Rasanya... terlalu jijik.

Tapi jika ingin dibandingkan dengan dibunuh oleh Park Jimin ,

Aku lebih sanggup memilih untuk menelan benda ini.

Kerana ini sahaja... cara untuk aku kekal hidup.

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang