In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
2 tahun kemudian
Segenap ruang rumah agam itu berbau hanyir. Bau yang cukup kuat seakan bau darah. Di merata tempat , hinggakan di siling juga berbau hanyir.
Namun bau yang kuat itu langsung tidak menganggu si penghuni.
Figura seorang wanita berambut blonde paras bahu mengheret pergelangan kaki sekujur tubuh lelaki yang sudah pun berlumuran dengan darah.
Wajah lelaki itu pucat. Tubuhnya berbogel hanya ditutupi dengan boxernya sahaja. Matanya pula terbelalak luas. Menandakan bahawa dia memang sudah mati.
Mati dibunuh.
Sambil mengheret tubuh si mati tersebut menuju ke destinasi entah apa , wanita itu bernyanyi kecil dengan suara merdunya.
"London Bridge is falling down, falling down, falling down. London Bridge is falling down. My fair lady...."
"London Bridge is falling down, Falling down, falling down.London Bridge is falling down. My fair lady'..."
Langkah wanita itu terhenti.
Dia mengheret tubuh si mati menuju ke arah ruang tamu rumahnya lalu terus mengambil tempat di atas sofa kulitnya. Sofa kulitnya , kelihatan agak aneh.
Berbeza beza warna dan tekstur namun tetap kelihatan cantik dan menarik di mata wanita itu membuatkan wanita itu tertawa kecil secara tiba tiba.
Sofa antiknya diusap perlahan. Dianggap bagaikan harta peribadinya.
Soda kulit yang dibuatnya sendiri menggunakan kulit kulit mangsanya yang telah pun dia siat. Mengubahnya menjadi harta peribadi di rumahnya.
Wanita itu menyandarkan belakang badannya pada sofa.
Menarik nafas dalam dalam , menghidu segala bau hanyir yang dirasakan begitu menarik dan sedap baunya. Hanya dia sahaja yang tahu semua itu.
Tiba tiba , kejadian 2 tahun yang lepas kembali tertayang di ingatannya.
"Park Jimin..."
Jimin yang baru ingin melangkah masuk ke dalam rumahnya pantas menghentikan langkahnya. Dahinya berkerut memandang ke arah Saesong yang masih tercegat di hadapannya.
Sepatutnya wanita itu dan Yoongi dah diarahkan untuk balik ke rumah masing masing memandangkan mereka akan mula bekerja pada hari esok selepas tandatangan contract.
"Apa yang aku boleh bantu...?" Jimin tersengih sinis.
"Contract ni..."
Saesong menghulurkan kertas tersebut kepada Jimin membuatkan lelaki itu memandangnya dengan pandangan pelik. Sebelah kening diangkat ke atas.
"Kenapa... contract aku tak sama dengan Yoongi ?"
Jimin tersenyum.
"Bukan maksud aku untuk curi curi tengok contract dia tapi aku ada perasan , kau sertakan special treatment dalam contract dia. Apa maksud semua tu ?"
Jimin tertawa kecil menampakkan eyesmilenya.
Perlahan dia mengangkat wajah dan memandang tepat ke dalam anak mata hazel milik Saesong. Lelaki itu tahu... perempuan itu ingin tahu.
"Aku tahu... kau ni mata duitan. Hidup dengan hutang keliling pinggang jadi kau memang betul betul perlukan duit"
Saesong tersentak.
"Jadi... aku bagi kau satu offer. Dan ianya win-win situation"
Dahi Saesong berkerut. "Apa..."
Jimin tersenyum sinis.
"Aku nak kau buatkan Min Yoongi cintakan kau. Atau lebih tepat... percayakan kau ? Buat seolah olah kau berada di pihak dia. Dan selepas semuanya tamat , segala duit hasil dari live stream aku akan jadi milik kau"
"Tapi kenapa aku kena buat semua tu ? Apa objektifnya , Park Jimin ?"
Jimin terdiam buat sejenak. Dia mengumam perlahan sambil jarinya mengusap lembut dagunya seolah olah sedang memikirkan balasan bagi soalan Saesong.
Perlahan Jimin tersengih comel.
"Sebab aku nak bagi perhatian dekat dia ehe"
Wanita yang bernama Hwang Saesong itu perlahan membuka semula matanya. Entah bagaimana insiden bersama Park Jimin bermain semula di dalam fikirannya.
Antara cinta atau harta... wanita itu lebih cintakan harta.
Min Yoongi ? Dia tak pernah mempunyai sebarang perasaan terhadap lelaki itu. Lelaki itu hanyalah objek yang perlu dia jerat untuk dapatkan duit daripada Jimin.
Ting ! Tong !
Jam mula berbunyi menandakan kini sudah pun tiba waktu pukul 12 malam. Waktu yang sangat sesuai untuk Hwang Saesong bekerja dan bergiat aktif.
Dia pantas bangkit daripada duduknya dan turun ke tingkat bawah tanah yang disediakan hanya khas buat dirinya sahaja.
Bahkan kata laluan hanya dia seorang sahaja yang tahu.
Memandangkan dia merupakan satu satunya penghuni di rumah agam yang besar ini. Langsung tidak punyai jiran di mana mana , hanya ada dia di dalam rumah tersebut.
Langkahnya terhenti tatkala dia melihat ke arah seorang lelaki separa bogel yang sudah pun digantung dengan cangkut besi yang selalu digunakan di kedai daging.
Cangkut besi yang sepatutnya digunakan untuk menyangkut daging daging lembu kini sudah pun digunakan untuk menyangkut mangsa mangsa pilihannya.
Bahagian belakang badan mereka ditusukkan dengan cangkut tersebut. Begitu dalam sekali sehingga membuatkan mereka begitu sukar untuk melarikan diri.
Aku tersenyum tatkala melihat kedua dua belah tangannya yang sudah pun hancur dan berlumuran dengan darah lepas aku hancurkan dekat dalam mesin blender.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Mesti kau tak sabar kan ? Jangan risau , turn kau dah sampai"
Saesong tertawa sinis.
Dia berlari kecil ke arah sebuah camera canggih yang diletakkan di atas camera stand tersebut. Camera yang cukup familliar.
Camera milik kekasih lama , Min Yoongi.
Rakaman mula bermula.
Saesong bersama topeng kucingnya mula tersenyum lebar sambil tangannya memegang erat sebuah sabit tajam , menunggu masa untuk memulakan kerjanya.