• t h r e e •

562 113 19
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

. . .

"Weh , kau kenal tak Kang Daniel ? Budak kelas sebelah tu ?"

"Ha ? Kenapa dengan dia ?"

"Aku dengar dia jadi youtuber. Famous betul lelaki tu. Cepat je dia dapat fans ramai."

"Of course lah. Dia tu dah lah hensem. Mesti lah ramai nak tengok dia."

"Kau tahu tak yang dia buat content menyanyi dan menari ? Cool weh dia ! Aku in love tetiba."

"Untung lah. Dah lah ada rupa , pandai nyanyi dan menari pulak tu. Memang lah dia dapat perhatian banyak."

Aku tersentak.

Tangan aku yang baru sahaja ingin memasukkan sesudu kuah sup ayam yang dihidangkan dewan makan itu terhenti.

Aku... dengar apa tadi ?

Budak budak perempuan tu hanya duduk di belakang aku sahaja. Terlalu dekat. Jadi mustahil kalau apa yang aku dengar tu salah.

Mereka ada cakap tentang perhatian , bukan ?

Seseorang perlu lah menjadi seorang yang rupawan , pandai bernyanyi dan pandai menari supaya dia akan mendapat perhatian yang banyak ?

Tanpa aku sedar , aku tersenyum lebar. Lebar sehingga ke telinga.

Dalam benak fikiran aku , pelbagai imaginasi indah sedang ditayang. Imaginasi tentang diri aku yang disanjung dan disayangi ramai orang.

Imaginasi tentang aku mendapat perhatian.

Aku ketawa kecil. "Indah. Indah sekali."

Bayangkan , aku menjadi seorang yang kacak. Sudah pasti pelajar perempuan mahupun cikgu perempuan akan memberi perhatian kepada aku.

Bayangkan , aku pandai bernyanyi. Sudah pasti agensi agensi syarikat entertainment akan datang bertemu dengan aku untuk menjadikan aku seorang penyanyi.

Bayangkan , aku pandai menari. Sudah pasti kumpulan kumpulan penari malahan kelab menari akan mengajak aku untuk menyertai mereka.

Kesimpulannya , aku pasti akan mendapat perhatian yang banyak.

Aku ketawa lagi.

Tapi...

"Aku dengar dia jadi youtuber. Famous betul lelaki tu."

Senyuman aku serta merta mati.

Berkerut dahi aku buat seketika cuba untuk memikirkan tentang perkataan asing itu. "Youtuber ?"

Jadi...

Untuk mendapat perhatian yang banyak daripada orang ramai , aku bukan hanya perlu menjadi kacak , pandai bernyanyi dan pandai menari...

Malahan aku juga perlu menjadi seorang youtuber ?

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang