In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
Aku memandang kedua dua manusia di hadapan aku dengan pandangan sinis. Senyuman penuh seribu satu makna terukir di wajah aku.
Kedua dua tangan aku disilangkan lalu dirapatkan pada dada. Masih memberikan pandangan yang sama kepada mereka berdua.
Aku dan Yoongi tunggu Saesong habis waktu kerja dia dan sekarang mereka singgah ke rumah aku.
Untuk menandatangani contract.
Saesong membaca dengan teliti kertas berwarna putih itu. Tidak mahu satu bait perkataan pun dia terlepas. Penuh teliti takut jikalau dia bakal diperdayakan oleh aku.
Manakala Yoongi pula selak selak kertas tu dengan wajah berkerutnya. Makin tertekan dia baca banyak banyak perkataan yang tertera. Dah macam stress jawab exam gayanya.
"So... how ? Kalau korang setuju , boleh tandatangan sekarang."
Kata kata aku membuatkan mereka berdua yang tadinya sedang sibuk memberi perhatian kepada contract itu terus mengangkat wajah dan memandang aku.
"Maknanya... aku dan lelaki ni akan dapat 10% manakala kau akan dapat 80% ?" soal Saesong.
Aku mengangguk.
"Kalau macam tu satu video kau boleh buat berapa banyak duit ?"
Aku terdiam buat sejenak. Dagu aku diusap perlahan dengan jari sendiri. Cuba mengingati kembali berapa duit yang aku dapat dari bank account.
"Erm... macam video semalam. Seminit pun aku dah dapat 1 million won. So , what do you say ?" aku tersenyum sinis.
Riak wajah Saesong berubah.
Terkejut mendengar jumlah duit yang begitu banyak walaupun hanya dengan seminit sahaja panjang video itu.
Yoongi pula hanya memberikan pandangan kosong sahaja. Langsung tidak berminat dengan hal berkenaan dengan urusan duit.
"So , kalau korang setuju , sign. Kalau tak , boleh berambus dari rumah aku secepat yang mungkin."
Aku memberikan senyuman yang paling manis yang pernah aku berikan kepada mereka berdua.
Mereka memandang wajah aku sebentar sebelum kedua dua mereka mula mencapai pen dan mula menandatangani contract tersebut.
Aku tersenyum lebar.
Hwang Saesong , perempuan tu memang gilakan duit. Bahkan sanggup jadi pelacur untuk dapatkan duit yang banyak. Sebab kenapa dia tergila gilakan duit , aku sendiri malas nak ambil tahu.
Walau macam mana pun , hanya dia seorang sahaja yang sesuai menjadi actress.
Sebab aku dah siapkan content untuk dia membuat persembahan tu dengan betul.
Manakala...
Min Yoongi , lelaki tu agak misteri. Tapi apa yang aku dapat rasakan , dia memang sukakan kekejaman. Mungkin dengan tengok content seperti ni boleh lepaskan rasa baran dia.
Walaupun aku tak sukakan dia , hanya dia sahaja merupakan penyelamat aku daripada dibanned dengan youtube.
Jadi mungkin dia candidate yang paling sesuai untuk menggalas jawatan cameraman.
Aku tersenyum.
Di ketika kedua dua mereka mula menyerahkan semula kertas contract yang sudah siap ditandatangani oleh mereka.
Kedua dua belah tangan aku dihulurkan kepada mereka. Tangan kanan dihulurkan kepada Hwang Saesong manakala tangan kiri dihulurkan kepada Min Yoongi.
Meminta mereka untuk berjabat tangan dengan aku sebagai majikan baru mereka.