In order to get attention from others , he became a perfect youtuber . gain a lot of attention from his audience .
but do you know what his content about ? what his online stream live about ?
dancing ?
singing ?
mukbang ?
no , it will be the wors...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
. . .
"Kau... dah ada idea untuk buat video ?"
Berkerut wajah Yoongi tatkala mendengar suara Jimin di hujung talian. Dia yang sedang cuba memasak ramen , menghentikan gerakannya.
Telefon yang ditekupkan ke telinga kirinya diubah ke telinga kanan menggunakan tangannya. Perlahan dia menjauhi dapur rumahnya.
"Datang rumah aku. Aku akan kenalkan kau dengan boneka bernyawa pertama aku."
Dahi Yoongi berkerut. Langsung tak faham dengan apa yang dimaksudkan Jimin. Namun jauh dalam hatinya , dia tahu ianya bukan sesuatu yang baik.
Yoongi berdehem perlahan.
"Pastikan ianya budak lelaki." suaranya dingin penuh amaran membuatkan Jimin tertawa kecil di hujung talian.
Tahu sahaja lah lelaki itu bahawa Min Yoongi tersangatlah lemah dengan wanita.
Jikalau Park Jimin menjadikan sasarannya perempuan , sudah pasti sahaja rancangannya tidak akan menjadi. Memandangkan Min Yoongi akan menghalang untuk meneruskan rakaman.
Dasar lelaki lemah.
"Datang rumah aku sekarang. Kita boleh mulakan live stream malam ni untuk penonton."
Yoongi hanya kekal membisu.
Langsung tidak membalas apa apa kepada Park Jimin di hujung talian. Panggilan telefon pantas sahaja dia putuskan.
Bahagian dapur yang sedang mendidih air panas untuk memasak ramen , pantas sahaja dimatikan semula. Tak jadi nak masak ramen.
Dengan pantas , Yoongi berlari naik ke tingkat atas. Bersiap siap untuk ke rumah Jimin bersama dengan camera kesayangannya.
Min Yoongi memang pakar dalam bab merakam dan menangkap gambar. Semua gambar atau video yang ditangkapnya , semuanya mempunyai kualiti yang tinggi dan cantik.
Lagipula , Yoongi memang berminat dalam bidang penyuntingan. Memang dari dulu , dia seringkali edit banyak video.
Dan kali ini dia ingin memperluaskan hobinya.
Yoongi yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari rumah terhenti tatkala merasakan seseorang menahan lengannya perlahan.
Tubuhnya kaku buat seketika , namun walaupun tidak melihat gerangan tangan tersebut dia sudah dapat agak siapakah tuan empunya tangan.
Ommanya.
Perlahan lahan Yoongi tolehkan wajahnya ke belakang , menghadap ommanya yang memandangnya dengan wajah yang penuh risau.
Puan Min melepaskan perlahan tangannya dari memegang lengan Yoongi. Kedua dua belah tangannya pantas sahaja membuat bahasa isyarat kepada anak lelakinya.
yoongs , nak pergi mana ?
Yoongi hanya diam.
Perlahan tubuh kecil ommanya ditarik perlahan lalu dipeluk erat. Terasa bagaikan tidak mahu pergi meninggalkan ommanya , namun dia perlu.
Ubun ubun ommanya dikucup perlahan lembut sebelum pelukan sementara mereka dileraikan. Anak mata Yoongi menatap lembut anak mata jernih milik ommanya.
"Yoongi nak keluar sekejap. Pergi kerja." suara Yoongi lembut sambil tangannya membuat bahasa isyarat.
Berkerut wajah ommanya. Dia juga turut membuat bahasa isyarat dengan pandangan risaunya kepada Yoongi sebagai balasan kepada anak lelakinya.
tapi dah lewat malam . kerja apa tu ?
Yoongi menguntum senyuman nipisnya.
Memberikan senyuman paling berharga kepada wanita paling istimewa di dalam hidupnya itu.
Tangan Yoongi mengusap lembut rambut ommanya. Mengamati lama wajah ommanya yang kelihatan cukup cantik walaupun umurnya semakin tua.
"I'll be right back. Omma tidur tau. Jangan tunggu Yoongs."
Dengan senyuman manisnya , sebelah tangannya membuat bahasa isyarat itu kepada ommanya supaya ommanya akan faham dengan apa yang dikatakannya.
Walaupun ommanya masih tetap risau , namun Yoongi cepat cepat yakinkan juga. Tidak mahu ommanya mengesyaki bukan bukan tentang apa yang ingin dilakukannya.
Perlahan Yoongi pusingkan tubuh ke belakang semula dan terus melangkah keluar daripada rumahnya , meninggalkan ommanya seorang diri.
Yoongi memang dilahirkan dengan single mother. Appanya pula sudah pergi meninggalkan bumi ketika dia hanya baru 6 bulan dalam kandungan ommanya.
Dan sudah menjadi tugas sebagai seorang anak yang baik , Min Yoongi menjaga ommanya.