• t h i r t y - t h r e e •

277 57 45
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

. . .

"Diorang pilih B , noona."

Sengihan sinis penuh makna terukir di wajah Jimin. Manakala Yoongi di sebelah terkaku. Dia sendiri tidak tahu ingin ungkapkan apa.

Saesong hanya berdiam diri.

Bahkan wanita itu sendiri tidak tahu hidangan apa yang telah disediakan Jimin. Tapi walau macam mana pun... dia tahu hidangan itu bukan lah sesuatu yang menyenangkan.

Jimin mencapai topengnya lalu terus dipakaikan pada wajahnya. Perlahan langkahnya diaturkan menuju ke arah meja tersebut.

Buat seketika , wajahnya ditoleh menghadap ke arah camera yang sedang merakam perbuatannya. Memberikan senyuman penuh sinis di sebalik topeng yang dipakai.

"Jadi... kau orang tertanya tak apa yang ada di dalam tudung saji ni semua ?"

Mungkin tiada jawapan dari camera tidak bernyawa.

Tapi Park Jimin tahu , komen komen mula timbul di skrin monitor laptop milik Yoongi , menandakan penonton sedang berebut rebut mengatakan bahawa mereka ingin tahu tentang hidang tersebut.

Jimin tersenyum puas.

"Mari... kita tengok apa yang ada di hidangan pertama."

Tubuh Jimin menghampiri hidangan yang dilabel sebagai A. Tangannya perlahan memegang tudung saji itu sebelum ditarik untuk menunjukkan apa yang ada di dalamnya.

 Tangannya perlahan memegang tudung saji itu sebelum ditarik untuk menunjukkan apa yang ada di dalamnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ianya lipas.

Masih hidup.

"Sayangnya... kalau pilihan A mendapat undian lebih banyak , sudah pasti kita dapat saksikan actress kita makan benda ni."

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang