• t w e n t y - f i v e •

311 71 19
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


. . .

Yoongi mengemas barang barangnya dan memasukkannya elok ke dalam beg sandang. Sesekali lelaki itu menoleh dan melihat ke arah Park Jimin yang sedang membasuh lantainya.

Mata dingin Yoongi memerhatikan Jimin.

Jimin mengelap lantainya yang kotor dengan darah hanya menggunakan kain basah sahaja. Barehanded. Langsung tidak memakai sarung tangan.

Seolah olah Park Jimin langsung tak geli dengan lumuran darah itu. Bukan , seolah olah dia sudah pun terbiasa dengan darah....

Riak wajah Yoongi berubah apabila Jimin tiba tiba sahaja tertawa. Gelak tawanya kuat sehingga wajahnya membentuk eyesmile.

Yang sepatutnya nampak comel.

Tapi kalini tidak bagi Min Yoongi. Lelaki muka jambu tu baru sahaja bunuh seorang budak lelaki tanpa rasa belas kasihan.

Itu bukan comel.

Itu mental.

"Kenapa kau gelak ?" soal Yoongi dingin.

Terkadang , dia sendiri tidak dapat memikirkan apa yang bermain di dalam kepala Park Jimin. Kelakuannya sahaja sudah pun terasa aneh bagi Min Yoongi.

Terlalu... psycho.

Perlahan Jimin memusingkan wajahnya dan membalas pandangan Yoongi. Masih dengan wajah innocent nya. Terlalu suci.

Mungkin orang yang mengenalinya buat kali pertama takkan menyangkakan bahawa dia sudah pun berpengalaman membunuh.

"Kau tak nampak ke tadi tu ?" Jimin menghabiskan sisa tawanya.

Berkerut wajah Yoongi. Masih tak faham apa yang dirasakan lucu bagi Jimin.

"Kau... tak rasa kelakar ke ? Budak tu... waktu aku jumpa dia hanya berseorangan. Langsung tiada kawan. Langsung tiada peneman. Malahan appa bodoh dia juga tidak langsung mengawasinya."

Yoongi hanya kekal membisu. Memasang telinga dengan teliti apa yang cuba Park Jimin katakan.

"Dan kau tak nampak tadi ? Aku... aku satu satunya yang bagi perhatian dekat dia. Aku jadi kawan dia dan peneman dia. Malahan sebab sifat mulia aku juga dia akhirnya tidak berseorangan."

Jimin tertawa sinis.

Yoongi mengecilkan matanya memandang ke arah Jimin. Masih dengan wajah dinginnya.

"Yoongi-yah... kau tak rasa ke aku berkelakuan seperti Tuhan ?" Jimin tersenyum sinis.

Anak matanya bertemu dengan anak mata Yoongi. Jimin memaparkan senyuman lebarnya manakala Yoongi masih memberikan riak wajah yang sama.

"...Tuhan sendiri tak mampu beri perhatian dekat dia. Jadi... aku rasa aku dah boleh gantikan tanggungjawab Tuhan."

Yoongi berdecit sinis.

Dia terus mengalihkan pandangannya. Tangannya ralit meneruskan kerjanya yang tergendala kerana Park Jimin.

"Dan kenapa pula Tuhan seperti kau bertindak untuk membunuh budak tu ?"

"Untuk masukkannya ke dalam syurga."

Gerakan Yoongi serta merta terhenti. Sedikit terkejut mendengar jawapan yang terbit di bibir Park Jimin.

Perlahan dia menoleh dan memandang semula ke arah Park Jimin yang masih dengan senyuman lebarnya.

"Supaya... manusia manusia yang aku pilih tidak akan berterusan terseksa melihat dunia kejam ni. Mereka perlu kan perhatian dari aku , Yoongi."

Yoongi kekal membisu.

Dia tidak mahu lagi mengungkapkan apa apa kepada Park Jimin. Malahan juga otaknya terlalu tepu dan tidak tahu ingin balas apa lagi.

Jikalau dia katakan sesuatu , ada sahaja perkara tidak masuk akal yang bakal Jimin balas.

"Mana perempuan tu ?"

Soal Yoongi , cuba mengubah topik. Tidak mahu pula Park Jimin tiba tiba sahaja menyerangnya dengan soalan pelik berkaitan dengan Tuhan yang tak masuk akal itu.

Bukan dia tidak tahu , lelaki tu tak betul.

"Dekat rumah dia , mungkin ?"

"Rumah dia ?" sebelah kening Yoongi terjungkit ke atas.

"Sebelah rumah aku. Mungkin trauma ?" Jimin tersengih. "Maklumlah , first time tengok secara live ?"

Yoongi hanya membisu.

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now