• f o u r t y •

227 55 2
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


. . .

Laluan koridor itu hanya didengari dengan bunyi kasut berpijak pada lantai dengan laju tatkala Yoongi berlari selaju yang dia mampu untuk ke tempat ommanya dirawat.

Baru sahaja sebentar tadi dia mendapat panggilan dari pihak hospital bahawa ommanya sakit dan kini sedang dirawat ke hospital. Jiwa anak mana yang tak rapuh mendengar berita itu.

Perasaan risau dan takut serta merta menyebulungi dirinya membuatkan Min Yoongi langsung tidak mampu untuk berdiam diri. Manakan tidak , semua live stream itu terus ditinggalkan begitu sahaja.

"Omma !"

Mata Yoongi membulat besar tatkala melihat kelibat seorang wanita yang cukup dikenalinya sedang dirawat di atas sebuah katil. Pantas dia melangkah menuju ke arah wanita itu.

Setibanya di hadapan katil ommanya , pantas tubuh wanita itu dipeluknya erat. Mata Yoongi mula berair tatkala tubuh ommanya bersentuhan dengan tubuhnya.

Dia terlalu risau dan takut daripada tadi sehingga tak henti memikirkan perkara negatif yang bakal berlaku kepada ommanya. Min Yoongi... terlalu sayangkan ommanya.

Tubuh wanita itu dileraikan buat sebentar. Dia duduk melutut sebelah kaki di hadapan ommanya yang memaparkan wajah terkejut di hadapannya.

"Yoongs fikir yoongs takkan dapat jumpa omma lagi ?"

Dengan mimik wajah sedih , tangan Yoongi laju sahaja membuat gaya bahasa isyarat kepada ommanya supaya ommanya akan faham dengan apa yang dimaksudkannya.

Memahami apa yang dikatakan anak lelakinya , ommanya tertawa kecil. Senyuman nipis terkuntum di wajahnya. Perlahan rambut Yoongi diusapnya lembut sebelum memberi balasan kepada anak lelakinya.

sayang , tangan omma termelecur kena air panas je.

Mata Yoongi membulat besar. Tangan ommanya yang sudah pun berbalut sedikit itu pantas dibeleknya dengan pandangan penuh risau. Mimik wajah sedih terpapar di wajahnya.

"Aigoo... macam mana ni ? Mesti omma sakit kan ?" tangan ommanya dibelek penuh risau.

Ommanya tersenyum. Tangannya mengusap perlahan rambut Yoongi. Walaupun dia tak dapat dengar apa yang Yoongi bicarakan , namun dia faham melalui pergerakan mulut Yoongi.

Perlahan Yoongi mengangkat wajahnya dan kini matanya dan mata ommanya saling bertembung. Tangan ommanya yang sedang mengusap rambutnya itu perlahan dicapai lalu dikucup telapak tangannya lembut.

"Jangan buat Yoongs risau lagi , tau ?"

Yoongi tidak membuat bahasa isyarat , hanya mengungkapkan kata kata itu kepada ommanya. Namun melihatkan ommanya yang tersenyum lebar kepadanya , dia tahu ommanya faham melalui pergerakan mulutnya.

Kerana... hanya ommanya sahaja yang Min Yoongi ada di dalam dunia ini.

Bagi Min Yoongi , ommanya merupakan segala galanya bagi dirinya. Orang lain boleh mengutuk dan memukul dirinya , namun dia takkan sesekali membenarkan sesiapa menyentuh ommanya.

Dia sayangkan ommanya lebih dari nyawanya sendiri.

Namun... siapa sangka kebahagiaan yang dimilikinya ketika itu akan musnah tak lama lagi ?

Satu figura seorang lelaki bertshirt putih , memerhatikan mereka berdua dari jauh. Dengan senyuman lebarnya sehingga ke telinga , memandang mereka dengan penuh tekun.

Dalam diam , mencipta pelbagai idea di dalam kepalanya. Segala idea yang sudah pasti bukan lah sesuatu yang menyenangkan dan baik untuk di lihat sesiapa.

Sesuatu yang dia anggap... sebagai satu perhatian.

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang