• s e v e n t e e n •

380 83 18
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


. . .

Tubuh aku terdorong ke lantai. Serentak itu aku mengerang sakit. Wajah aku dikerutkan , menahan rasa sakit. Manakala wajah aku penuh dengan luka.

Tepi bibir aku pecah sehingga berdarah. Manakala bahagian pipi aku sedikit calar sehingga berdarah. Bahagian perut aku pula terasa begitu senak dan sakit.

Aku memegang erat bahagian abdomen yang terasa senak. Aku tak tipu bila aku cakap aku tak pernah reti berlawan malahan martial arts pun aku tak reti.

Di mana aku... tampak begitu lemah.

Telinga aku menangkap bunyi derepan kaki menghampiri tubuh aku yang masih diserang dengan perasaan sakit selepas dibelasah.

Sepasang kaki berhenti betul betul di hadapan aku. Aku tak perlu angkat kepala untuk melihat siapakah gerangannya , aku sendiri sudah tahu.

Min Yoongi.

"Buat sex... takde dalam content kau , bukan ?"

Walaupun Yoongi tak bersuara dengan jelas namun aku dapat dengar suaranya bergetar , cuba menahan rasa marah.

Aku berdecit sinis.

"Kau... langgar perjanjian kita."

Perlahan aku mengangkat wajah ke atas dan memandang ke arah Yoongi. Anak matanya menikam tajam anak mata aku membuatkan aku hampir ketawa.

Aku perlahan memusingkan tubuh dan mula baring melentang di atas lantai rooftop. Kedua dua belah tangan aku didepakan luas. Kedua mata dipejam rapat , menahan silau matahari.

Namun aku yakin , Min Yoongi masih tetap memberikan pandangan mautnya dekat aku. Di mana membuatkan aku rasa lucu sangat.

"Yoongi-yah... stop dengan attitude kau. Kau tak sesuai dengan watak lelaki gentle." aku tertawa sinis.

"Park Jimin... kau rasa benda ni kelakar ke ?"

Aku masih ketawa. Semakin lama semakin kuat. Langsung tak menghiraukan Min Yoongi yang sedang menghadiahkan aku pandangan mautnya tak sudah.

Dia fikir aku takut ?

Walaupun dia dah belasah aku teruk macam ni pun , tak pernah sekalipun timbul perasaan takut dalam diri aku terhadap dia.

Sebab aku rasa... dia yang lebih takut kepada aku.

"Kau tak perlu rasa teruk sangat , dia tu memang dah takde dara. Pelacur. Jadi memuaskan nafsu semua lelaki tu memang tugas dia." balas aku selamba.

"Park Jimin , berhenti cakap macam tu..." suara Yoongi bergetar , menahan barannya.

Aku tersengih.  "Kenapa ? Kau tetap rasa terganggu ?"

"Kau cakap macam tu... seolah olah kau sedang ludah dekat maruah diorang. Kau cakap macam... semua perempuan dalam dunia ni tak bermaruah."

Kedinginan suara Yoongi jelas membuatkan aku tersenyum. Aku langsung tak terasa dengan kata katanya. Kerana apa yang dia cakap memang betul.

Objektif kaum wanita diwujudkan hanya untuk menjadi objek pelepas nafsu kaum lelaki.

"Kau... tak rasa bersalah ke cakap macam tu ? Kau takde omma ke ? Sekurang-kurangnya kau patut rasa bersalah cakap macam tu memandangkan... omma kau perempuan."

Senyuman aku serta merta mati tatkala mendengar kata kata Yoongi. Perlahan aku membuka mata aku dan memandang kosong ke arah langit biru di atas.

Cahaya matahari menyapa perlahan wajah aku yang sudah pun luka. Menampakkan wajah aku yang kelihatan lemah selepas dibelasah.

"Aku... tak pernah tahu siapa omma aku , appa aku pun..."

Yoongi tersentak.

"Bukannya seperti... aku minta untuk dilahirkan pun."

Perlahan aku tersenyum sinis.

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now