SLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya taknak couple. Tak suka la, saya busy tahu tak. Mana boleh berkepit 24 jam." Air sirap bandung dihadapannya diteguk. "Habis tu aku ni kau suka la? Sebab tu ajak aku couple dengan kau." "Couple contract je pun." Iskandar diam sejenak. Memikirkan keputusan untuk permintaan gadis gila ini. "Awak single kan. So, saya rasa tak ada masalah untuk awak dan jugak saya." "Pandai la kau! Siapa kata aku single?" Pucuk dicita ulam mendatang. Iskandar yang memang sedang mencari seseorang untuk dijadikan isteri, muncul pula Athalia menawar diri. "Aku boleh tolong kau." Athalia mengangkat kepala usai mendengar ucapan Iskandar tadi. "Betul ni? Awak nak tolong saya?" Athalia memastikannya sekali lagi. Iskandar menggangguk, "Jadi isteri aku." ⚪ Short Story ⚠️No plagiarism