QIĂOKÈLÌ MAISON
ERYANE GUESS HOUSE
Oceana, Vince dan Evan sama sama membaca papan tanda yang terpampang di pagar rumah agam itu.Beberapa saat kemudian, mereka melihat antara satu sama lain. Aku pandang kau, kau pandang aku. Macam ada satu parsoalan yang besar di dalam fikiran mereka.
"Mythical creatures ada buat bisnes guess house ke?" Akhirnya, Oceana meluahkan juga apa yang terbuku dihatinya. Kejap! Seriuslah! Memang buat bisnes ke? Maju juga ya mythical creature ni.
"Entah lah! Aku ingat diorang ni sakadar creature yang hanya bergantung hidup dengan magik. Tak sangka pula diorang ni bijak." Kata Evan dengan nada tidak percaya. Tapi, sempat pula dia puji kan? Kagum benar bunyinya sampai puji pun dengan nada yang tidak percaya.
Vince yang merasa 'tidak' berapa kagum dengan kebolehan myhtical creature terus bejalan melepasi pintu gerbang itu. Permukaan pintu yang sudah berkarat itu mengakibatkan proses pembukaan pintu menjadi susah. Ternyata mengeluarkan bunyi berkeriut yang kuat.
Oceana dan Evan mengekor Vince masuk ke rumah agam itu dengan segera.
Tiba tiba, angin kuat mula menyapa mereka apabila mereka berdiri dihadapan rumah agam itu. Seumpama dalam filem seram, bulu roma mereka berdiri tegak.
"Wei. Kau pasti ke yang tempat ni yang kau cari? Macam rumah hantu je." Nyata Oceana separa berbisik kepada Vince. Pelik semacam pula tempat ni. Cantik? Memang laa rekaan mansion dia cantik. Tapi tu laa. Macam ada yang tak kena. Macam terlalu....sunyi. Seram pun ada. Benar benar ada makhluk ke yang tinggal disini?
"Eyyy....mulut kau jangan celopar sangat. Kang tak fasal fasal 'dia' betul betul muncul depan kau. Tapi fasal tempat ni, aku rasa, dah betul dah ni. Tak mungkin aku salah buka portal kan?"
"Meh aku gi ketuk." Dengan bangganya Evan menawarkan diri untuk mengetuk pintu.
"Haa...pergilah. Dah kau berani sangat." Kata Oceana.
Evan berhenti melangkah. Ternyata kata kata Oceana membantut kan niatnya untuk melangkah. Ye lah kan...kenapa tak terfikir tadi? Mungkin ada hantu kat dalam rumah tu macam mana????
"Kenapa berhenti? Takkan kau takut hantu kot?" Sindir Oceana dengan nada sinis. Dia juga tersenyum dengan sinis kearah Evan.
Evan mempamerkan muka cuak.
'Heh. Hantu kau takut, demon kau tak takut pula.' Getus Oceana. Kalau dia, memang sah sah laa dia takut hantu, Evan pun dua kali lima je. Tadi tu, Evan nak acah jadi berani. Huhuhu...
"Aku? Takut hantu? Omo! Jjinjja! Hah! Aku tak takut hantu laaa." Dengan gelabahnya Evan membalas. Dalam takut pun nak berlagak lagi. Kalau takut tu mengaku je lah. Bukannya kena bayar kan?
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...