I miss you, the love I can't reach
I've cut my heart again, a terrible wound♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥
Vince berjalan dengan laju kearah penjara yang menempatkan tahanan yang cuba untuk membunuh Oceana semalam. Oceana cuba menyaingi langkah Vince yang berada jauh dihadapannya.
"Yaaaa... Vince, can't you wait for me? I'm tired for sure." Keluh Oceana. Vince pun satu, bukannya penjara istana tu ada kaki untuk lari. Kalau penjara tu boleh berlari, sahlah kalau Vince nak kejar pun. Ini, penjara pun tak hidup. Nak lari macammana?
Vince berpaling kearah Oceana.
"Kesah apa aku." Kata Vince dengan muka yang tiada perasaan. Dia meneruskan langkahnya yang tergendala tadi.
"Kejamnya!" Laung Oceana. Dia menyumpah seranah Vince di dalam hati nya. 'F*ck ! Dasar Vince anjay. Tak berhati perut. Tak patut betul dia tinggalkan aku!' Keluhnya di dalam hati. Oceana berjalan dengan menghentakkan kakinya. Entah di mana silapnya, dia terjatuh seperti nangka busuk disitu.
"Auch! Kaki aku! Eyhh.... leceh betul laaaa. Bodoh punya heel! Kenapa laaaa aku ni cuai sangat?" Keluh Oceana seorang diri. Dia mencabut kasut tersebut daripada kakinya lalu melemparkan kearah dinding dengan kuat.
Dia cuba bangun. 'Tak de laa sakit sangat pun. Boleh kot aku ikut Vince.' Monolognya. Dia berlari terhincut-hincut mengejar Vince dari belakang.
"Vinceeeee.... tunggu laa!" Laung Oceana.
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥
Sesampainya di penjara yang menempatkan orang yang ingin membunuh Oceana.
"Ohayou okudasai (selamat pagi)" sapa Vince kepada orang yang ingin membunuh Oceana. Penjahat tersebut tersentak. Asal baik sangat orang ni? Fikirnya. Dia hanya merenung dinding tanpa memperdulikan Vince.
Oceana melihat Vince dengan pelik. 'Buang tabiat ke Vince ni? Asal dia buat baik dengan penjahat ni pula?' Getus nya hairan.
"Hajimemashite. (Nice to meet you). Watashino namae wa Vince desu . (My name is Vince)" kata Vince dengan ramah. Dia tersenyum manis ke arah penjahat tersebut
"Anatano namae wa nandesuka? (What is your name?)" Sambungnya.
'Ah sudah, dia ni memang dah kena rasuk ke apa?' Monolog Oceana dengan hairan. Dia berjalan ke arah Vince. Bila dia betul betul berada di belakang Vince, fia menampar kuat dibelakang kepala Vince.
BUK!
"Adoi! Kau ni dah kenapa, sial?! Kau rasa dah lama sangat ke kau hidup, moron. Nak mati awal ke, setan?!" Marah Vince dia menggosok perlahan belakang kepalanya. Kalau boleh, segala jenis carutan yang dia nak sebut. Ish ish ish.... Vince, Vince. Tak padan dengan title putera. Adap kelaut.
Oceana menjulingkan matanya." Kau tu yang dah gila! Yang kau buat baik dengan orang yang ingin bunuh kau tu kenapa?!" Marah Oceana. Dia menunding jarinya kearah lelaki yang ingin membunuhnya semalam.
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...