The happiness of your life depends on the quality of your thoughts
Have a Happy Day!
simple_smile
---------^_^---------
Knock Knock Knock Knock
on my door
Knock Knock Knock Knockon my door
"Masuk."
Kelihatan susuk tubuh seorang wanita berenang memasuki bilik king Elzer.
"Ayahnda, Eurice dengar ada tetamu datang." kata perempuan yang menggelarkan dirinya sebagai Eurice itu.
Lorhhh... siapa tu?
Anak king Elzer laa. Siapa lagi."Ha'ah, kamu tak jumpa diorang lagi kan?" Soal king Elzer. Dia masih lagi menyibukkan diri dengan fail fail yang bertimbun mengalahkan gunung kat atas mejanya tersebut. Gunung Everest pun kalah tau.
"Belum ayahanda. Eurice pun baru tahu. Tapi siapa diorang?" Soal Eurice. Dia mengambil tempat di hadapan ayahanya.
"Prince Vince Aydnn, Prince Skywalker Evan dan lady Oceana Snapdragon."
"Vince dengan Evan datang?". Soal Eurice dengan gembira.
Eyyyy.... gila tak gembira. Crush dia tu.
Sebenarnya, Eurice memang dah lama ada crush dengan Evan dan Vince. Cuma tu laa. Malu nak cakap~~.(//^~^//).
"Hmmm..." king Elzer hanya mengiakannya. Malas mau cara. Kerja dia berlambak lagi. Kang kalau melayan anaknya sorang tu, tak sudah kerja. Appoinment pun banyak. Ishhh boleh mati cepat dia kalau duduk kat sini lama lama.
Eurice segera bangun.
"Nak kemana tu?" Soal king Elzer. Ialah takde angin, takde ribut tiba tiba je bangun. Kena sampuk ke hapa?
"Err... nak jumpa diorang laa." Balas Eurice dengan nada entah laa.
"Har, hati hati sikit. Jaga adab tu." Nasihat king Elzer kepada anaknya itu.
King Elzer mempunyai seorang puteri dan enam orang putera. Dan puteri Eurice Crystanelle adalah puteri tunggalnya. Enam orang lagi tu semua abang Eurice. Semuanya handsome handsome you know. Kalah Vince. Haha..
Putera sulung king Elzer ialah prince Albert Crystanelle diikuti dengan :
Prince Ash Lucifer Crystanelle
Prince Fellen Leflail Crystanelle
Prince Hayne Crystanelle
Prince Dynee Crystanelle
Prince Laynn Abyss Crystanelle.Berbelit sia nama diorang. Sis sendiri pun tak ingat. Hahaha
"Har...ayahanda, Eurice pergi dulu eyhh." Pinta Eurice.
"Pegilaa."
Setelah mendapat kebenaran Eurice pun beredar dari pejabat ayahanda nya.
Eurice berenang ke arah ruang tamu dengan gembira sambil melompat lompat keriangan. Hahaha. Hari ni dia gembira sebab... you know. Vince datang castle dia larr..
Lama dah dia rasa Vince tak datang. Around 3 years I bet. Aduhhh rindunya dia kat Vince.
"Ahh!! Macam mana rupa aku sekarang? Cantik ke? Perfect ke? Macam mana kalau comot? Ishhh... cermin mana cermin?" Kata Eurice kepada dirinya sendiri. Dia nak tampil gah di hadapan Vince nanti. Dia nak Vince terkejar kannya. Tapi tu laa, tengok sekarang siapa yang terkejarkan siapa. Dah macam perigi cari timba pulak.
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
FantasiAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...