BAB 47

248 19 4
                                    

Evan termenung lama sambil memandang pasu sakura di tangannya. Sangat lama sehinggakan Oceana sudah muak dengan kelakuan Evan.

   "Ughh... Kau takde benda lain ke nak buat? Asyik tenung pasu tu je! Bukannya cantik pun!" Adu Oceana. Bosan betul! Dah memang kat dalam rumah agam yang besar gedabak ni takde benda lain ke? Banyak banyak benda, pasu ni jugak yang dia nak tenung. Aku yang tengah lihat ni pun rasa bosan tahap dewa dah ni!

    "Bising je kau ni! Aku tengah cari petunjuk ni, sial! Jangan kacau aku boleh tak!" Marah Evan. Ya, dia mengaku yang minah sekor ni memang bising. Dah laaa tak reti nak sabar, nak duduk diam pun tak reti jugak ke? Adoi, susah betul laa nak jadi baby sitter budak tak cukup umur ni. Evan merungut didalam hatinya

     "Ye lah, tapi cepat sikit boleh tak? Aku lapar ni... Kau tak de makanan ke?" Soal Oceana dengan nada meminta belas kasihan.

Evan menjeling Oceana. Hmphh... Malas dia nak layan.

Evan bangun lalu bergerak menjauhi Oceana.

Oceana memuncungkan mulutnya. Dia menggenggam tangan kanannya dengan kuat. Seumpama dia memenyek-nenyekkan kepala Evan.

Yaishhhh... Benci betul!

TING

    "Omo kamchagia!!( aduh, terkejut saya!!)" Laung Oceana sebaik sahaja mendengar bunyi seperti loceng itu. Dia segera menyorok dibelakang Evan.

Evan memandangnya dengan pelik sambil memegang pasu sakura di tangan kanannya.

    "Kau kenapa?? Tak pernah tengok orang menyorok dari hantu ke?" Soal Oceana dengan muka berkerut. Ye lah kan, lupa pula yang Evan ni pun sebenarnya kawan kepada hantu...😂😂😂

    "Tak lah, kau tu yang kenapa. Asal tiba tiba menyorok kat belakang aku ni? Bukannya hantu boleh gigit kau pun kalau kau berdiri kat sana." Evan berkata dengan nada memerli. Diperhatikan Oceana berkali kali namun, dia tak dapat kaitkan pasu ni dengan Oceana. Asal pelik je.

Okay, ukiran pasu ni bermaksud perempuan dan kuasa. Apa kaitan sakura dengan perempuan pula ni? Rasanya pasu ni hanya nak menceritakan tentang keanggunan dan kejelitaan wanita je kot. Mungkin dia dah terlebih fikir pasal ni.

    "Bukan! Bukan fasal hantu lah!"

    "Habis, kalau bukan hantu kenapa??" Soal Evan dengan nada pelik.

    "Kan tadi aku duduk kat sana." Oceana menunjukkan jarinya kearah pintu yang tertulis 'no entry' yang berada tidak jauh dari tempat mereka berada.

    "Hurm?"

    "Pastu aku dengar bunyi 'TING'. Rasanya datang bilik yang ada no entry la. Jangan jangan hantuuuuu...." Oceana sengaja membuat nada meleret diakhir ayatnya. Dia mahu meng 'hightlight' kan perkataan hantu dihadapan Evan.

     "Yaishhh... Kau ni! Balik balik hantu! Balik balik hantu! takde mende lain ke kau nak sebut? Rimas lah!!!" Suara Evan naik seoktaf. Meluat betul dia dengar perkataan hantu ni. Dia dah laa anti dengan hantu ni. Haihh.... Menyakitkan hati betul!

    "Kenapa? Kau takut kee..." Oceana mengejek. Dia tahu yang Evan pun sama macam dia. Dua dua takut hantu...

Kahkahkah

Termasuklah si Vince.

Evan menjegil lalu menjeling Oceana dengan tajam.

     "Bising lah kau!"

     "Huhuhuhu.... Rupanya ada juga yang takutkan hantu." Sekali lagi Oceana mengejek.

     "Aku cakap diamlah!"

Bukkk

Evan menyekeh kepala Oceana.

Padan muka.

    "Apa kau ni sakit la

     "Shhh... Aku dengar sesuatu." Sampuk Evan dengan nada berbisik sambil membuat isyarat tangan 'senyap'.

Oceana mula memfokuskan dirinya. Nak tahu juga apa yang Evan dengar tu.

TING

Sekali lagi, mereka terdengar bunyi tersebut. Evan dan Oceana saling berpandangan antara satu sama lain dengan wajah yang teruja terukir di atas muka masing masing.

    "Aku rasa, bunyi tu betul betul datang dari bilik no entry ni lah." Evan memberikan pendapatnya yang Oceana sendiri dah tahu.

     "Kannn.... Jom masuk!" Oceana memegang tombol pintu tetapi ditahan oleh tangan Evan. Evan menggelengkan wajahnya beberapa kali. Tanda jangan.

Oceeana mempamerkan wajah hairan. Dia menjongketkan kening nya sebagai tanda soal 'kenapa?'

    "Meh aku bukak."pinta Evan. Oceana beralih sedikit dari tempat dia berdiri bagi memberi ruang kepada Evan untuk membuka pintu. Dia sendiri pun tak nak bukak pintu tu sebenarnya

Kreakkk

Pintu tersebut mengeluarkan bunyi yang kuat apabila dibuka kerana enselnya sudah berkarat

Seperti dalam cerita seram, bilik yang gelap itu tiba tiba diterangi oleh lampu lilin di bahagian tepinya. Angin sejuk menerpa ke muka Evan dan Oceana yang ternyata boleh membuat sesiapa sahaja merasa seram sejuk. Oceana menggenggam kainnya. Rasa sejuk sampai ke tulang. Rasanya macam bilik ni dipenuhi salji je Tapi, kontra dengan kawasan luar yang sedikit panas.

    "Seram bhai! Kau tak takut ke?!" Oceana menyoal dengan perasaan takut.

     "Ish! Kesah laa kau! Kau takut, duduk diam diam kat sini. Jangan merayap pula!" Evan memberi amaran. Dia meninjau sekeliling bilik tersebut. Tiada apa yang menarik di dalamnya kecuali di satu sudut. Lif makanan! Kemungkinan bunyi loceng tadi datang dari lif tersebut.

     "Lif makanan? Tapi, kat sini mana ada orang tinggal lah!" Evan menggumam lalu menghampiri lif itu.

Dia dapat lihat, mangkuk dan segelas air terhidang diatas dulang dengan sekeping notis berwarna kuning cair. Dia mengambil notis tersebut lalu membacanya. Tertanya tanya, siapakah yang menyediakan perangkap seperti ini, di dalam rumah yang besar lagikan gah ini. Sungguh menghairankan. Dengan Vince yang hilang entah kemana, dengan keadaan rumah yang sangat menyeramkan ini. Sungguh membuat nya merasa tidak selesa.

Seolah olah berjalan berjalan diatas ais yang nipis yang bakal retak bila bila masa sahaja. Seolah olah nyawa mereka kini dipegang oleh seseorang yang berada di tempat yang tersembunyi. Mungkin mereka akan mati bila bila masa sahaja.

   Your friend with me, find clue in 5 hours or you will never meet him. Orang yang tarik diri akan menjadi orang yang pertama tergantung didinding.

FIRST CLUE:

Tale of the Nine Fox Tailed...

I hope you will like this game. The myth that you know maybe different with my own verse.

I will give you the next clue when you solve this.

Evan membacanya dengan perlahan. Oh my god!!! Patutlah dia rasa tak sedap hati je dari tadi. Vince dalam bahaya!!

Evan segera mendapatkan Oceana lalu memberi notis tadi kepada Oceana.

Oceana membaca sepintas lalu. Dia memandang Evan dengan wajah pelik.

     "Nampaknya, kita terpaksa bermain dengannya." Kata Evan.

    "Kita tak akan mati kan?" Oceana menyoal dengan kalut. Dia menggenggam kedua dua belah tangan Evan.

    "I hope so . Tapi, aku akan pasti kan kita semua berjaya keluar dari sini hidup hidup.

RISE OF ANGEL [OG]Where stories live. Discover now