Sometimes in life,
what you are searching for will be right behind you.
Judge nothing,
you will be happy;
Forgive everything,
you will be happier;
Love everything,
you will be happiest.
Have a Happy day today!
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥
KRINGGGGG.......KRINGGGGGG....Jam loceng Oceana berbunyi. Sudah banyak kali jam loceng tersebut berbunyi. Namun, Oceana masih lagi terbungkam di atas katil. Hujan renyai renyai di luar rumah Oceana menyebabkan dia samakin malas untuk bangun daripada tidur. Biasalah, suhu sejuk mesti best tidur. Nak nak time holiday gini. Memang buat peta kat bantal la jawabnya.
KRINGGGGG....KRINGGGG.....
Sekali lagi jam locengnya berbunyi.
"Eghhhh... kacau betulla jam ni!" Gumannya. Oceana mencari cari jam locengnya yang berbunyi disebelah katilnya. Dapat sahaja jam itu, dia terus menekan punat loceng supaya berhenti berbunyi. Dua menyambung tidurnya semula.
KRINGGGGGGGGGGGG.....
"Arhhh....bunyi lagi kau!" Kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh jamnya, dia mengambil keputusan untuk melempar jam tersebut tanpa berfikir dua kali.
Haaa... ambik kau!
Habis berderai jam locengnya. Ini dah jam ke 5 untuk bulan ni. Ahhh... kesah apa dia. Sape suruh kacau time orang tengah tidur.
'Eh, kejap hari ni kan nak pergi picnic. Halamak!!!' Getus hati Oceana. Matanya terus terbuka.
Hujan hujan pun nak piknik ke. Erk... alaa bukannya lebat pun kan? Betulke?
Dia segera bangun dari pembaringannya lalu bergegas ke bilik air. Namun, nasib tak menyebelahinya. Dia terpijak serpihan jam yang dilemparnya tadi.
"Auch... Auch... aduhhhh menyesal sungguh aku lempar jam tadi. Sakit nye kaki akuuu..." Adu Oceana. Sekarang baru dia rasa menyesal. Dia berjalan terhincut-hincut menuju ke bilik air
Usai mandi, Oceana mengambil gaun yang telah dia gosok semalam."Nasib baiklaa aku dah siap siap pilih dan gosok baju semalam. Kalau tak, mesti kalut hari ini." Kata Oceana dengan perasaan lega. Oceana memakai baju itu secepat mungkin.
Selepas itu dia mengikat rambutnya dengan gaya ponytail. Dia juga menyembur sedikit perfume dibajunya.
Dia menjeling sekilas jamnya.
'Ada setengah jam lagi sebelum masa yang di janjikan. Eeee... baik aku cepat. Jam tu nantilah aku buang.' Getus Oceana.
Oceana mencapai tas tangan dan kunci keretanya yang berada di atas almarinya. Dia bergegas menuruni tangga. Dan menuju kearah pintu rumahnya.
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...