Quote Of The Day ❤
"If I were to live a thousand years,I would belong to you for all of them.
If we were to live a thousand lives,
I would want to makeYou mine in each one."
---------------------
Oceana P.O.V
Aku melangkah masuk ke dalam banglo Evan yang setinggi dua tingkat. Kami (aku dan Vince) diheret oleh Evan supaya tidur dekat rumahnya. Dia kata lama tak jumpa dengan Vince. So, dia nak la luangkan masa dengan Vince. Aku pun dia heret sekali. Ingat nak suruh Vince bukakkan telepotasi tapi dia kata malas. Kesian aku.
"Wei! Kau berangan apa, sial?" Sergah Vince secara tiba tiba.
Terkejut aku. Kau ni kan, memang nak kena laa. Kang aku tampar jugak kau ni!
"Kau nak apa, setan?" Balas ku. Tak guna nak cakap lembut lembut dengan Vince ni. Baik sumpah seranah terus! Eh, tapi tak baiklah! Tapi.... Ugrhhhh... Kesahlah!
"Setan kau panggil aku? Habis tu kau tu apa? Iblis? Lembu? Hantu?" Balas Vince dengan nada perli. Dia menjegilkan matanya kearah ku.
Ehh Vince ni. Memang nak kena ni! Aku sepak baru tahu...
"Kau la yang iblis tu. Aku ni manusia tercomel pada abad ni tau tak."
Vince membuat gaya seperti nak termuntah.
"Kau tu orang yang paling hodoh dan bodoh yang pernah aku jumpa. Dah la pendek, tak guna, lepastu ada hati nak panggil orang setan! Baka! (bodoh!)" Kata Vince.
"Are? (What?)"
.
.
."Idiot Vince!! What do you want, hah? Ka! (berambus!) Ka! Get out from my sight! I don't want to see you anymore!" Laungku dengan kuat. Benci betul aku dengan Vince ni.
"Ermm....actually, aku ada benda sikit nak cakap dengan kau. Eh! bukan sikit tapi, banyak benda aku nak cakap. Eh! bukan bukan, sikit je nak aku cakap...
"Kau...nak cakap apa sebenarnya?" Aku memotong percakapannya. Makin di biar makin panjang pulak karang. Tapi pening la aku dengan Vince ni. Dia nak cakap apa sebenarnya?
"Aku cuma nak cakap yang...." Vince mengetap bibirnya.
"Akuuu err"
"Ak-aku"
"Dah la Vince. Dari tadi lagi cakap, aku.... aku.... Kalau takde apa apa, aku cau dulu." Kata ku sambil berjalan sendirian meninggalkan Vince yang masih terpingga pingga. Seriously Vince? Kalau nak cakap, cakap je la. Menyusahkan betullah! Aku paling benci kalau nak tunggu sesuatu benda sebab, 'penantian adalah suatu penyeksaan'. Betul tak?
Aku berjalan naik ke bilikku, nak mandi. Lagi pun kat dalam bilik mandi aku ada bathtub. So, bolehla aku nak berendam lama lama, tak gitu kann?
Aku mengambil baju yang telah disediakan oleh Evan didalam almari pakaian. Korang tahu kat mana dia amik? Tak? Hurmn...aku pun tak tau. Hahaha. Tapi kesah apa aku. Bukan ke kita perlu layan tetamu dengan baik? Itu yang sedang dibuat oleh Evan kot? Nak jadi tuan rumah mithali laa katakann. Jadi kenalah layan tetamu dengan baik. Nak nak tetamu macam aku ni. Heh! Angkat bakul sendiri nampak.
Ala korang ni...kalau aku tak puji diri sendiri, siapa lagi nak puji aku... be positive laa sikit. Hidup ni tak boleh stress stress, barulah hidup happy ever after kan? Kalau korang ada masalah, korang jangan la simpan kat dalam hati. Luah kan kat orang yang dipercayai korang. Kalau pendam lama lama takut nanti jadi masalah kemurungan pulak.
Okey..apa aku merepek ni. Lupakan je la. Kalau korang nak guna nasihat tu pun boleh.
Aku melangkah ke dalam bilik air.... Woaahhh.... Warna bilik air ni cantik la. Dengan dindingnya bercat biru muda, bertiles kan warna light brown dan bathtub warna light purple sangat sangat la menyerlahkan kecomelannya. Tambah tambah lagi kat dinding tu ada gambar itik. Kat dalam bathtub pun ada. Perfect goals. I like it!
Aku masuk ke dalam bathtub tersebut. Aku nak berendam lama lama. Hahaha..
END P.O.V
---------^_^---------VINCE P.O.V
Oceana. The most ugly and idiot girl. And I really really hate her. Sungguh, aku benci dia. Suka sangat menyusahkan aku!
"Woi!!! Mengelamun apa pagi pagi ni?"
"Makk kau kerbau masuk parit!!" Latah ku. Hish terkejut aku.
"Chincaeyo? (really?) Vince..kerbau masuk parit pun kau nak bagitau mak kau ke. Hahahahahaha." Kata Evan dengan tawa nya. Haa bergema habis ruang tamu rumah akibat gelakan Evan.
"Kau ni dah kenapa hah!? Tiberr je kejutkan orang! Ke kau ni sebenarnya dah tak lama?" Geram je aku tengok Evan ni, rasa macam nak cekik cekik je sampai mampus!
"Tak de la..dah aku tengok kau ni dah macam ralit je mengelamun..tu yang aku kacaunya..." jawab Evan sambil tersenyum senyum. Sah mamat ni dah terlebih gula ni. Kalau tak dia tak kan jadi camni. Kena duduk jauh jauh sikit ni. Kalau tak berjangkit penyakit terlebih gula dia tu kat aku. Tak ke naya macam tu?
Aku bergerak semakin jauh dari Evan. Makin lama makin jauh. Evan pulak buat muka pelik... nampak sangat macam ada tanda soal atas kepalanya.
"Kau dah kenapa?" Soalnya,
"Aku cuba nak jauhkan diri dari kau! Jangan dekat dengan aku!" Kata ku.
"Kenapa pulak?" Evan berjalan perlahan lahan ke arah ku. Aku pulak semakin menjauh!!!?? Creepy siot dengan Evan ni! Aku tak tau aku ada kawan macam ni. It is pathetic bruh.
"Kauu tu sebenarnya dah terlebih gulaaaaa.....jauh kan diri dari akuuu!!!" Aku menjerit kearah nya lalu aku segera berlari dengan membuka langkah seribu. Seribu eaa bukan seratus. Aku berlari menaiki tangga. Aduh! Kenapa laaa tangga ni dua tingkat eaa.. lambat lagi keee...
Selepas beberapa saat baru lah aku sampai di depan bilik aku. Aku membuka kunci pintu dan segera meloloskan diri kedalam bilik. Jendela, tingkap, pintu, lubang lubang tikus semua aku dah kunci. Suasana bilik sangat gelap,.. aku pun membuka lampu...
END P.O.V.
Evan terpingga pingga melihat kelakuan Vince. 'Dia ni dah kenapa? Entah entah ada jembalang gunung yang dah merasuk Vince kot? But, suit yourself laaa.....Aku malas nak ambil tahu. Mesti dia tersalah makan semalam. Sebab tu jadi macam tu.' Getus Evan. Dia beredar menuju ke dapur. Laparrrr...Nak cari makanan katanya.
---------^_^---------
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
خيال (فانتازيا)Alam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...