BAB 50

99 10 5
                                    

Wern Fleur meninjau disekitar utara Fairy Realm dengan menukarkan dirinya kepada seekor helang. Suasana yang lenggang pada waktu pagi ini menyebabkan dia mudah untuk mendapatkan gambaran spesifik berkaitan bentuk muka bumi Tanah Tinggi di Utara Scania ini. Bentuk muka bumi nya tidaklah terlalu sulit untuk diserang namun, sekiranya dia tidak merancang dengan teliti, kemungkinan untuk kalah itu masih tinggi.

Utara Scania merupakan daerah yang agak terpinggir dari Fairy Realm. Kawasannya dipenuhi dengan hutan dan sungai serta mempunyai pelbagai haiwan ganas yang tersembunyi dihabitat hutan. Ini menyebabkan integrasi ke Utara Scania semakin berkurang malah lebih ramai anak anak muda berhijrah ke daerah lain. Jajaran penduduk di Scania juga semakin menurun.

Wern bertenggek di atas dahan pokok willow. Dia kemudiannya bertukar menjadi seekor rama rama hitam dan menuju kearah seorang perempuan yang sedang menangis disebalik rumah kayu yang sudah mereput. Bajunya kelihatan lusuh dan rambutnya kelihatan serabai dan kasut masai. Orang ramai yang lalu lalang hanya mengendahkannya. Wern yang dalam bentuk rama rama itu terbang perlahan kearah gadis itu lalu hinggap pada sekuntum bunga.

Gadis itu yang tadinya teresak esak menangis kini menguntumkan senyuman ngeri. Dia diselubungi oleh asap hitam dan dalam sekelip mata berubah menjadi seorang gadis yang jelita. Baju yang dipakainya juga berubah.

Fesyen Goth Lolic yang dipadankan dengan calitan solekan garang menyerlahkan lagi aura hitam yang di miliki oleh perempuan tersebut. Wern Fleur juga merubah dirinya kepada seorang manusia dan duduk disebelah wanita itu.

     "All done." Kata wanita tersebut. Dia menghulurkan sekeping surat yang sampulnya berwarna hitam dihiasi dengan cop sekuntum mawar merah. Wern Fleur menyambut huluran tersebut lalu menyimpan nya di dalam poket tuxedo nya.

     "Your payment will be settle soon, please go to the castle to redeem your gift and payment." Kata Wern lalu bangun dari duduknya.

     "The information that you need is in that letter. There's also a map about this country. I placed it behind the Quin Bridge." Kata perempuan tersebut sebelum ada asap hiam menyelubungi nya dan terus menghilangkan diri.

Wern menggeleng kan kepalanya.

What a mysterious woman.

Wern tidak berubah sebaliknya menuju ke tempat yang diperkata oleh perempuan tadi.

✨️✨️✨️

      "Pekan ape ni syiel? Asal sunyi je?"

       "Kannn... Padahal ade je orang yang lalu lalang tadi, tapi bila kita datang, diorang terus lari bertempiaran dan mengunci rumah. Kau rasa sebab aku ke?" Tanya Vince sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah dirinya sendiri.

Oceana melihat Vince atas dan bawah. Dia membuat muka pelik.

     "Apesalllll sebab kau pulak?" Soalnya.

    "Aku kan hesmes, kau ape je yang ada. Muka pun tak lawa. Dah laa lembap." Kutuk Vince.

     "Oooo.... Aku ni tak lawa. Habis tu, muka tak siap kau tu lawa sangat laa... Orang pekan lari sebab kau hensem konon. Tah tah diorang lari sebab takut tengok muka kau yang menakutkan tu. Euuww hensem? Tolong laa... Rumah takde cermin ke." Kutuk Oceana dengan padu.

Kata kata tersebut tertusuk terus ke jantung Vince. Vince membuat dramanya, dia menggenggam bajunya didada seolah olah dia sedang menggenggam hatinya.

Oceana memutarkan bebola matanya.

     "Sanggup kau menghina aku yang lemah ini? Aku ni senior kau! Mana boleh kau layan aku macam ni."

     "Diam lah!"

     "Mane boleh! Kau hina aku dulu, lagipun, ni mulut aku kan, asal kau sebok."

    "Heh! Dasar orang gila perasan!" Maki oceana lagi. Vince memandang nya dengan wajah tidak berpuas hati.

     "Kalau aku ni orang gila perasan, kau pun same je. Ape kurangnya."

      "Asal same!? Orang gila tu kau! Bukan aku." Oceana menunding jarinya ke muka Vince.

      "Ye laa kan. Kalau sepupu kau ni gila, maknanya kau pun gila la kan sebab ada sepupu yang tercabut skru macam aku. Jadi, dua dua pun gila. bukan ke fair macam ni?" Vince bersuara dengan nada perlian sambil tangan diletakkan keatas bahu Oceana.

Oceana menepis tangan Vince.

     "Jauhkan diri kau dari aku! Dah Evan, jom pergi!" Kata Oceana lalu menarik tangan Evan untuk masuk ke pekan dihadapan mereka.

'Whaaaat. Tinggal aku macam tu je.' Gumam Vince dengan nada tak percaya sambil mendepakan tangannya.

Tak lama kemudian dia juga melangkah masuk ke pekan tersebut dengan rela hati. Pasrah kena tinggal. Nasib baik kena tinggal dengan member bukan dengan awek. Kalau tak, malu dia wei! Mana nak letak muka dia yang hesmes ni?!

✨️✨️✨️

Quin Bridge

Wern berjalan jalan dibawah Quin Bridge dengan membawa sebuah buku dan segulung skroll yang berwarna kuning cair. Lopak lopak air dipijak pijak olehnya. Persekitaran nya amat gelap.

Selalunya, demon dan pelarian akan memenuhi tempat ni apabila tiba waktu malam. Hal ini menyebabkan banyak mayat yang bergelimpangan pada waktu pagi. Tahun lepas, ada banyak usul yang tentang merobohkan jambatan ini. Tapi, entah diterima atau tak. Dasar kerajaan yang tak bertanggungjawab!

Walaupun gelap, Wern masih lagi dapat melihat dengan jelas kerana dia mempunyai mata persis kucing.

Zasss

Satu bayangan hitam melintas dibelakangnya. Dia dapat rasa dengan jelas angin sejuk yang dari belakangnya. Wern menoleh sedikit. Skroll dan buku dimasukkan kedalam sling bag yang dibawa. Sarung tangannya diperkemaskan. Dia merapikan rambutnya.

Zasss

Bayangan itu melintas pula dihadapannya. Anak matanya bertukar menjadi merah.

1
2
3

Bayang tersebut melintas pula ditepinya. Belum sempat bayang tersebut melintasinya, satu cahaya biru dihalakan pada makhluk tersebut.

KEBUSHHH

Cahaya tersebut meletup menyebabkan sebahagian besar Quin Bridge runtuh.

Satu bebola api tiba tiba meluru kearahnya. Dia bergerak kekiri untuk mengelak.

BOOM

Bebola tersebut menghempas dinding Quin Bridge.

Rekahan yang besar mula timbul dan secara tiba tiba, terdapat banyak air yang masuk melalui rekahan tersebut. Disebabkan tekanan air yang kuat, dinding tersebut pecah. Batu batu yang besar meluru kearah Wern Fleur dengan laju.

Wern mengeluarkan pedangnya dan melibas ia kearah batu batu tersebut.

Libasan pedang Wern mengeluarkan satu aura hitam dan terkena pada dinding jambatan. Jambatan tiba tiba runtuh dan sisanya menghempap Wern.

Wern mengeluh. Kakinya ditindih dengan batu yang sangat besar. Dia lansung tidak boleh menarik kaki kanannya itu. Darah mengalir dengan banyak. Nampaknya, kakinya itu cedera parah. Rasa menyengat nyengat dikakinya dirasai.

Sheat!

Wern menukarkan tubuhnya kepada seekor tikus dan menyelinap keluar dengan kaki yang sakit. Setelah bertungkus lumus untuk keluar dari runtuhan tersebut, dia menukarkan dirinya kepada seekor helang dan terbang pergi dari situ.

RISE OF ANGEL [OG]Where stories live. Discover now