BAB 36

535 38 2
                                    

Evan berjalan jalan di Coral Cave yang berdekatan dengan istana king Elzer. Coral Cave merupakan taman yang dipenuhi dengan batu karang yang sangat cantik. Pada waktu malam, taman ini sememang nya sangat cantik. Terdapat juga kerang yang menghasilkan mutiara di taman ini.

     "Macam mana ni? Takkan nak pergi mintak je dengan king Elzer? Kalau nak mintak, boleh je. Tapi, dia nak bagi ke kalau aku mintak je. Rantai tu berharga kot. Dia siap buat bilik khas lagi untuk letak rantai tu. Takkan dia senang senang nak bagi, kann..." Evan bercakap dengan dirinya sendiri. Sambil sambil itu sebenarnya, sudah dua kali dia tawaf taman ni. Nak buat macammana, hatinya tak tenang sekarang ni. Duyung duyung yang lalu berhampiran dengannya tidak dihiraukan. Dia cuma fikirkan masalah dia je sekarang.

Macamlaa besar sangat masalah dia, kann?

Sudah setengah jam dia berfikir, akhirnya dia membuat keputusan untuk minta baik baik kunci tu dengan king Elzer. 'Ahhh... lantak laa orang tua tu nak bagi ke tak nak. Bukannya aku peras ugut dia pun. Aku minta baik baik je.' Getus Evan. Dia berlari memasuki istana king Elzer. Nasib baik dia boleh berlari dalam air tanpa masalah.huhuhu...

Sesampainya Evan di hadapan bilik singgahsana King Elzer, dia menendang pintu bilik itu. Omo, dah macam gangster laa pulak. Overacting betul Evan ni.

King Elzer dan pembesar yang berada didalam bilik itu terkejut dengan tindakan Evan. Nasib tak pecah je pintu yang ditendang itu. Nasib baik duyung yang berada di dalam bilik tersebut tidak mempunyai sakit jantung, kalau tak... arwah kat situ terus.

    "Putera Skywalker Evan! Mana adab kamu!?" Soal King Elzer dengan nada marah. Bangang sungguh dia rasa dengan Evan ni. Rasa macam nak lumat lumat je. Ishh... kalau tu anak dia, dah lama dia sepak sepak. Eeyyyy...geram betul!

Evan yang berdiri dihadapan pintu itu hanya tersengih mempamerkan giginya yang tersusun rapi itu.'Alamak! Mana aku tahu uncle ada persidangan dengan pembesar. Habis laa aku!!! Mati aku orang tua tu kerjakan.' Getus Evan. Nampaknya, dia dah salah masa laaa..

     "Semalam, adab saya ada je dekat sini tapi, pagi ni saya tak tahu laaa dia pergi mana. Saya rasa saya tertinggal kat stesen bas belakang istana. Mungkin sekarang ni, dia tengah naik bas.... kot." Balas Evan dengan merepeknya. Dia menelan air liur. Peluh membasahi dahinya. Nampaknya, memang basak laa dia nanti.

King Elzer menjegil tajam kearahnya. Kalau diperhatikan, nampak seperti api yang muncul di mata king Elzer. Pembesar pembesar yang berada di situ terasa seram sejuk. Aura kemarahan yang dikeluarkan oleh king Elzer itu diibaratkan mampu membunuh mereka semua.

    "Macam mana kamu boleh terlupa yang adab kamu tu tertinggal di stesen bas belakang istana, hah Evan?" Soal king Elzer dengan nada yang menyeramkan. Pandangan mata ditajamkan dan hanya menumpukan kearah Evan seorang. Evan ni memang menguji kesabarannya.

    "Sa-saya lu-lupa n-nak letak da-dalam beg..." kata Evan dengan tergagap gagap. Semasa menyebut perkataan 'beg', dia memperlahankan suaranya. Dia menundukkan kepalanya kerana takut dengan panahan mata king Elzer. Walaupun stesen bas tak pernah wujud di dalam lautan, kenapa dia bangkitkan jugak hal ni?

    "Sempat jugak kamu buat lawak, kan?" Tanya king Elzer. Suaranya dan gayanya masih sama seperti tadi. Sangat menyeramkan. Malah, lebih seram daripada terjumpa dengan Hanako kun di tandas perempuan di sekolah Jepun!

     "Err... Ha-Ha-Ha... la-lawak -kan?" Evan membuat gelak palsunya. Keadaan menjadi semakin janggal. Para pembesar yang berada di situ merasakan yang perang dunia ke 3 bakal meletus. Mereka juga tidak berani mengangkat muka untuk melihat keadaan antara Evan dan King Elzer.

  Zaasssss

Sekali lagi king Elzer memberikan pandangan membunuh. King Elzer membuka mulutnya untuk berkata sesuatu namun,

DUUMMMM

Vince tiba tiba datang menendang pintu bilik singgahsana itu juga. Evan, king Elzer dan pembesar pembesar yang berada didalam bilik itu terkejut dengan kedatangan Vince. Ibarat BTS mengumumkan kepada peminat mereka bahawa mereka akan mengadakan comeback hari ini.

Evan yang sedia maklum memang tengah takut dengan king Elzer terkejut beruk sehingga terlompat dan tersasul," OH, dinding istana jatuh berderai ke tanah terhempap king Elzer. Opsss..." latah Evan.

Keadaan didalam bilik itu senyap seketika. Mereka memandang antara satu sama lain. King Elzer pula hanya ternganga. Terkejut kerana singgahsananya diterjah oleh dua orang putera yang menendang pintu bilik itu. Hari ini, istananya bakal runtuh dek kerana kejadian tadi. King Elzer juga terkejut akan kata kata Evan tadi. Sanggup budak itu kata dia kena hempap dinding. Today, is a disaster day!

    "Pffff.....HAHAHAHAHAHAHAAHHAHA...." Vince ingin menahan tawanya namun, tak boleh. Lawak sangat, sampai tak boleh bawak bincang... Evan, Evan, king Elzer ada depan kau, tapi kau kata dia kena hempap dinding istana. Mati kau kejap lagi. Hahhaha... tapi kenapa Evan macam takut sangat? Pembesar dalam ni pun macam takut. Apa dah jadi?

Pembesar yang ada di dalam bilik itu hanya melihat gelagat Vince. Tiada sikit pun rasa lawak yang mereka rasakan. Sungguh, Vince seorang sahaja yang berani gelak pada waktu waktu macam ni.

    "KAMU VINCE!!! ADAB KAMU TERTINGGAL DI STESEN BAS JUGAK KE!!???? ATAU KAMU TERTINGGAL DI NERAKA, HAHHH???!!!!" Kata king Elzer dengan perasaan marah yang membuak buak. Mereka ini memang sengaja nak cari pasal! Sudah lah tengah mesyuarat, ishh memang nak kena laaa...

     "Woah... garangnya king Elzer hari ni. Uncle makan apa semalam sampai boleh jadi macam ni?" Soal Vince.

     "MAKAN APA KAMU TANYA!? BETA YANG RASA MACAM NAK MAKAN KAMU BERDUA!!!!" Kata king Elzer.  Dia berjalan tunrun dari singgahsananya dan menuju kearah Evan dan Vince. Pembesar pula masih menundukkan wajah mereka.

Evan yang melihat king Elzer yang sedang berenang dengan laju kearah mereka memejamkan mata. Seram dengan wajah king Elzer yang mencerlung tajam kearah mereka berdua itu. Vince pula menayangkan muka bersahaja. Langsung tidak takut dengan king Elzer.

    "Ouh... nak buat sup ke nak buat dessert?" Sempat lagi Vince membuat lawak disaat saat genting ini.

King Elzer yang mendengar kata kata Vince rasa macam nak pancung je budak tu.

    "Kamu ni laaa KANNN!!!!!!" King Elzer berkata seraya menarik telinga kiri Vince. Geram betul dia kepada Vince. Asyik menjawab je kerja...

    "Eh, eh lepas laaa uncle sakit laaaaaa...." kata Vince. Dia memegang tangan king Elzer yang menarik telinganya itu.

    "Sakit?!! Hati beta ni lagi sakit tahu tak?!" King Elzer masih lagi menarik telinga Vince.

     "Ke-kenapa uncle nak kena sakit hati dengan saya pula. Bukannya saya ada buat salah pun, kannn?" Kata Vince.

King Elzer menarik telinga Vince dengan lebih kuat.

      "Tak salah kamu kata!? Beta titah kan kamu pergi ke Fromage Castle balik! Dan renung diri disana selama sehari! Esok bagitahu beta apa kesalahan kamu!" Arah king Elzer dengan tegas. Dia melepaskan telinga Vince.

Vince mengusap usap telinganya kian kemerahan itu. Uncle niii.... tak bertimabang rasa betulla!

     "Saya tak nak!" Bantah Vince.

     "Pergi renung diri kamu tu! Bawak Evan ni sekali!" Evan melihat kearah Vince dengan mata yang bersinar sinar. 'Tolong laaa aku Vince. Bawak aku bersama kau.' Monolog Evan. Dia berharap sangat yang Vince ni akan bawanya. Dia nak lari dari king Elzer! Dah menggigil dia disini dari tadi.

    "Whateverlaaa...." kata Vince. Dia menarik tangan Evan bersamanya. King Elzer yang melihat adegan itu mengurut pelipis... haihh.. pening dengan perangai dua ekor putera tu. Bilalahhh mereks berdua tu akan balik ke negara asal mereka....

♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

Hello gais....

Vote eyhhhh...

Bye

Korang jangan jadi macam Evan yang tertinggal adabnya di stesen bas yeaa...

RISE OF ANGEL [OG]Where stories live. Discover now