Quote Of The Day ❤
Love is clear like a jewels,
Bloom into the flower of hope
---------------
Pagi pagi lagi Vince sudah bangun. Dia melihat kawannya Evan dan sepupunya Oceana masih lagi diulit mimpi.
'Pemalas laa diorang ni. Orang bangun laa pagi pagi, barulah rezeki cepat masuk. Haihh...', getus Vince. Dia berhajat nak cari sungai ke, air terjun ke sebab dia rasa melekit sangat ni. Dia nak mandi!
Vince mula berjalan memasuki hutan.
'Tapi kaann, sungai kat mana eh? Ermm... kalau dekat istana(banglo) Evan, aku rasa ada kolam kat tepi rumah dia. Baik aku pergi rumah Evan daripada cari sungai. Buat letih je nak cari.' Getus Vince lagi. Dia kini berjalan menuju ke arah rumah Evan.
Walaupun Evan ni seorang putera, tapi dia ni jenis yang tak suka bergantung hidup dekat sesiapa. Lebih lebih lagi dekat ayahandanya. Sebab tu dia duduk jauh jauh dari ayahanda nya. Kalau dulu ayahanda nya itu seringkali melawat nya tapi sekarang dah jarang. Sibuk dengan pentadbiran negara barangkali.
Apasal pergi describe pasal Evan pulak ni. Okey lupakan pasal Evan tu. Dia tak penting.
Selepas sekian lamanya berjalan, Vince akhirnya tiba di depan rumah Evan. Eleh, setakat rumah Evan tu senang je nak cari. Lagipun, dia dah datang rumah Evan tu setiap kali raya. Tu yang dia ingat tu. Kalau tak mesti dah sesat.
Dulu, dia punyalah ingat rumah Evan ni biasa biasa je. Dibuat dengan kayu, sempit pastu binaanya dah nak runtuh. Al maklumla kan, si Evan kan duduk dalam hutan. Hutan mana ada simen nak buat rumah banglo. Tapi jangkaannya meleset sama sekali. Rumah Evan tu jauh lebih cantik dari rumahnya. Sekali tengok dah macam rumah gingerbread dah. Bukan kecik eaaa... Besar nak mati!...sama besar dengan rumah banglo 2 tingkat. Macam mana laa dia boleh reka rumah macam ni kat dalam hutan? Dia guna magik ke? Eh, jap! Ni rumah Evan ke? Semalam, bukan ke rumah Evan ni design dia lain? Ke aku yang tersesat pergi masuk kawasan perkampungan elf?
'Kecomelan rumah ni, kalah istana aku. Renovate sendiri ke? Macam mana laa pemilik rumah ni buat eaaa? ' omel Vince. Dia masih lagi dalam mod terkejut. Seingatnya, rumah Evan bukannya macam yang dilihat sekarang ni. Semalam baru dia pergi rumah Evan. Takkan laa dia lupa boleh lupa macam mana rumah Evan. Ni angkara elf ke? Setahu dia, puak elf ni kannn, suka sangat usik orang. Kalau kat dalam hutan, elf selalu sorokkan siapa siapa yang diorang jumpa.
Di tepi rumah itu, terdapat sebuah kolam ikan yang besar macam swimming pool. Eh! salah. Itu bukan kolam ikan. Kolam tu dipenuhi dengan lumpur? Dia pergi lebih dekat untuk melihat kolam tersebut.
Ternyata jangkaan meleset, kolam itu bukannya kolam ikan mahupun swimming pool tapi ternyata kolam yang penuh dengan coklat yang berwarna koko. Apabila ianya terkena cahaya matahari coklat tersebut menjadi bersinar sinar.
"Kolam coklat? Tempat apa ni? Boleh makan ke coklat ni?" Soal Vince dengan pelik.
Bau wangi coklat mula menusuk ke dalam rongga hidungnya. Sungguh wangi. 'Padan la Evan tak nak balik ke negeri dia sendiri pun. Rupa rupanya best duduk kat sini. Tapi, aku mushkil laaa... betul ke ni rumah Evan? It is beyond my imagination! Semalam lain dia punya rumah, hari ni lain pulak. Ke rumah Evan ni jenis boleh bertukar tukar? Sekejap jadi banglo, sekejap rumah gingerbread, sekejap rumah disney....pelik lah!'
YOU ARE READING
RISE OF ANGEL [OG]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...